Ariana Atilia merenung ke arah Adi Ashraf yang sedang sibuk menjamu selera. Lelaki itu hanya bertingkah bagai tiada apa-apa yang berlaku antara mereka sebentar tadi. Naik geram gadis itu dibuatnya.
Akid Ahnaf yang menyedari pandangan daripada kakak iparnya menyiku perut Adi Ashraf. Mujurlah hanya mereka sahaja yang sedang makan pada ketika itu.
Ibu bapa mereka masih sibuk melayan tetamu di ruang tamu. Adi Ashraf menoleh ke arah adiknya dengan riak muka tak puas hati. Akid Ahnaf memuncungkan bibir ke arah Ariana Atilia memberi isyarat.
Bebola mata Adi Asyraf bergerak ke arah yang ditunjukkan oleh Akid Ahnaf. Anak matanya bertembung dengan panahan mata daripada Ariana Atilia. Dia membalas renungan itu dengan berani. Walaupun tak tahu apa penyebab gadis itu pandang dia macam nak makan. Dia nampak macam makanan ke?
"Kenapa? Makanan kau tak sedap ke?" soal Adi Ashraf sebelum menghirup air minumannya sedikit. Ariana Atilia meletakkan sudu dan garfu diatas pinggannya tanda sudah selesai menjamu selera. Tangannya disilangkan ke dada.
"Kalau ya pun kenapa?" soal Ariana Atilia cuba cari pasal. Dia mahu cari jalan untuk membalas dendam atas perbuatan lelaki itu sebentar tadi. Sehari suntuk dia menanggung malu sendirian. Manakala, lelaki itu pula menikmati setiap saat daripada penderitaan dirinya. Kejam!
Adi Ashraf mengangguk sebagai balasan. Dia kembali menjamu selera tanpa bertanya lebih lanjut. Namun tindakannya yang seterusnya mengelirukan Ariana Atilia. Dahinya dikerutkan.
"Kenapa?" soal Ariana Atilia kehairanan. Pelik apabila tangan Adi Ashraf menyuakan sesudu nasi goreng milik lelaki itu di hadapan mukanya.
"Buka mulut. Nak suap cakap jelah. Aku tahulah aku suap sedap." balas Adi Ashraf selamba. Dia mengerak-gerakkan sudu yang dipegang dihadapan Ariana Atilia sambil tersengih.
Akid Ahnaf sudah menongkat dagu melihat pasangan tersebut. Bibirnya mengukir senyuman lebar sampai ke telinga. Matanya bersinar-sinar dengan teruja. Seronoknya bercinta!
Ariana Atilia terdiam. Dia mengecilkan mata ke arah lelaki itu. Wajah Adi Ashraf yang sedang tersengih membuatkan dia sakit hati. Adi Ashraf pula sedang bergembira melihat reaksi gadis itu. Lebih-lebih lagi, apabila pipi gebu itu mula bertukar warna.
Dia menyangka itu kerana Ariana Atilia cuba menahan malu. Tapi salah sama sekali kerana itu adalah tanda gadis itu sedang menahan perasaan geram yang tak terhingga. Senyuman
Adi Ashraf mati serta-merta apabila matanya menangkap senyuman yang mengerikan pada wajah Ariana Atilia.Two can play the games.
Belum sempat Adi Ashraf berkata apa-apa, Ariana Atilia telah membuka mulut dan menerima suapan lelaki itu dengan rela hati. Matanya dikenyitkan kepada Adi Ashraf tanpa serba salah. Adi Ashraf kaku buat seketika. Sudu yang dipegang terlepas dari tangan.
Ariana Atilia tersenyum kemenangan. Terasa terlunas juga dendam gadis itu pada akhirnya. Tangannya pantas mencapai sudu yang dijatuhkan oleh Adi Ashraf sebentar tadi. Lalu, dicedok ke dalam pinggan yang masih berbaki nasi goreng lelaki itu. Kini giliran Adi Ashraf pula yang menerima suapan daripada Ariana Atilia.
"Eat well, sweetheart." ucap Ariana Atilia dengan nada memerli kepada Adi Ashraf. Dia bangun berdiri meninggalkan lelaki itu dengan keadaan terpinga-pinga bersama senyuman kemenangan.
Padan muka! Kutuk hati Ariana Atilia berkali-kali. Tudungnya dikibaskan ala-ala diva. Kakinya berjalan perlahan kerana kain baju kurung yang dipakai menyukarkan dia untuk berjalan.
"Awww...sweetnya korang! Nak kahwin!" rengek Akid Ahnaf yang sejak dari tadi memerhati mereka berdua. Kalau bertunang pun dah macam tu, dia tak tahu macam mana pula selepas berkahwin nanti. Aissh.
YOU ARE READING
C | LOVE HATE
Romans𝗥𝗼𝗺𝗮𝗻𝗰𝗲 𝗦𝗲𝗿𝗶𝗲𝘀 •°. *࿐ «2𝐧𝐝 𝐁𝐎𝐎𝐊» ©2021• ᶜᵒᵐᵖˡᵉᵗᵉᵈ ˚ ༘♡ ·˚𝐀𝐃𝐘 𝐀𝐒𝐇𝐑𝐀𝐅 𝐗 𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐓𝐈𝐋𝐈𝐀˚ ༘♡ ·˚ Adi Ashraf dan Ariana Atilia. Adi dengan sikap bekunya manakala Ariana dengan sikap cerianya. Apa akan jadi bila Ar...