BAB 3

10.3K 645 14
                                    

"Adi! Dengarlah Mawar cakap ni. Tumbuk kang." marah Mawar Adriana tak puas hati. Matanya menjeling tajam ke arah lelaki itu.

"Ya, ya Adi dengar. Mama suruh try baju hari ni kan?" balas Adi Ashraf cuba memuaskan hati gadis itu. Dia terlalu leka bermain permainan dalam telefon pintarnya.

"Dah tu, jomlah. Tunggu apalagi? Nak kahwin ke tak nak ni?" soal Mawar Adriana sambil menjongketkan keningnya. Tangannya disilangkan ke dada.

"Mestilah nak. Jom, sekarang jugak kita pergi. Mawar pilihlah baju pengantin yang paling mahal dekat situ. Biar Adi yang bayarkan. Pakailah baju apa pun. Mawar tetap cantik di mata Adi." jawab Adi Ashraf tersengih nakal.

Mawar Adriana menjulingkan mata ke atas. Kedua-dua belah pipinya mula berona kemerahan. Walaupun dia dah biasa mendengar lelaki itu berkata sedemikian, dia tetap tak dapat menahan diri daripada malu.

"Ye ye jer. Dah cepatlah." balas Mawar Adriana tak sabar. Mata dia bersinar-sinar apabila memikirkan baju pengantin yang cantik untuk dipakai sewaktu majlis perkahwinan mereka tak lama lagi.

Pasangan tersebut berasa gembira dapat meluangkan masa bersama sepanjang hari. Hari tersebut dipenuhi dengan gelak tawa dan senda gurau daripada pasangan bahagia itu sendiri. Senyuman tak pernah lekang dari bibir lelaki itu.

Wajah Mawar Adriana yang memandang dirinya dengan penuh kasih dan cinta membuatkan hati Adi Ashraf berbunga-bunga. Suara merdu milik gadis itu bagaikan melodi indah dimainkan pada telinganya. Gelak tawa daripada gadis itu juga mampu melenyapkan segala kepenatan dan masalah yang dialami oleh Adi Ashraf.

Memiliki gadis yang dicintai olehnya sepenuh hati sebagai isteri merupakan antara impian yang bakal tercapai tak lama lagi. Sejujurnya, dia sudah tidak sabar untuk menghabiskan seluruh hidup mereka bersama sebagai sepasang suami isteri. Dia sudah membayangkan betapa bahagianya dia dapat melihat senyuman gadis itu lagi setiap kali bangun dari tidur. Akhirnya dia dapat menuntut Mawar Adriana sebagai hak miliknya seorang.

Yes, mine. Only mine.

Namun malangnya, angan-angan tersebut hilang begitu sahaja apabila suara milik Mawar Adriana menerjah ke dalam gegendang telinga milik Adi Ashraf. Serta-merta, perhatian lelaki itu diberikan sepenuhnya kepada gadis dihadapannya. Sebuah senyuman dihadiahkan kepada Mawar Adriana. Namun senyuman tersebut dibalas dengan wajah sugul gadis itu.

"Adi, Mawar nak minta maaf. Mawar nak mintak maaf awal-awal. Maafkan Mawar sebab tinggalkan Adi macam ni. Mawar nak Adi tahu yang Mawar sentiasa cintakan Adi. Bila Mawar dah pergi, jangan rindu Mawar tau. Mawar nak Adi gembira walaupun bila Mawar dah tak ada dengan Adi. Boleh?" pinta Mawar Adriana sayu. Senyuman yang sukar ditafsirkan dilemparkan oleh gadis itu.

Adi Ashraf terkedu mendengar kata-kata gadis itu. Dahinya terkerut mahukan kepastian. Kata-kata tersebut membawa maksud yang mendalam sehingga menusuk ke kalbu lelaki itu. Tangannya digenggam erat menahan diri daripada menarik gadis itu ke dalam pelukannya.

"Mawar..." panggil Adi Ashraf lembut. Gadis itu menoleh ke arah suara lelaki itu. Riak wajah Mawar Adriana sungguh tenang sehingga mampu menenangkan sedikit hatinya yang sedang gelisah. Keresahan yang dialami lelaki itu juga beransur hilang.

"Mawar nak pergi mana? Jangan tinggalkan Adi. Adi tak sanggup nak hidup tanpa Mawar. Adi cintakan Mawar seorang. Tak ada siapa boleh gantikan Mawar dalam hati Adi. Tolonglah. Adi merayu sangat jangan tinggalkan Adi." rayu Adi Ashraf bersungguh-sungguh. Hatinya bagai disiat-siat apabila membayangkan gadis itu meninggalkan dirinya. Bibirnya terketar-ketar dalam ketakutan. Dia terlalu sayangkan gadis itu sehingga tidak dapat menerima kehilangan Mawar Adriana di dalam hidupnya.

C | LOVE HATE Where stories live. Discover now