• Thanks for 834 reads and 303 votes for this story✨ Best birthday gift ever ✨🥰💞•
«« Don't forget to votes! Enjoy reading! »»
•••
Keesokan harinya datang begitu pantas. Barang- barang milik Ariana Atilia telah pun siap dikemas. Dia melabuhkan punggung di atas katilnya yang empuk. Pandangannya diliarkan pada sekeliling bilik tidurnya buat kali terakhir. Ceh.
Cara dia tak ubah seperti orang pergi tak kembali. Dia mengeleng perlahan cuba membuang perasaan itu jauh-jauh. Lagipun nanti dia datang situ semula akhirnya jugak.
Tangannya mengusap lembut cadar katil kegemarannya. Kalau ikutkan mahu dibawa bersama tapi biarlah tinggal di situ. Tiba-tiba, dia teringatkan sekotak barangan miliknya yang disimpan di atas almari. Dia berkira-kira untuk membawanya bersama atau tidak.
"Hmmm, nak bawak ke eh? Tapi nanti kalau dia tahu-" gumamnya sendirian namun terhenti apabila Adi Ashraf muncul di muka pintu.
"Barang kau dah siap?" soal Adi Ashraf melihat kepada isterinya yang sedang duduk di atas katil. Tangannya disilangkan ke dada. Belakang badannya disandarkan pada pintu.
"Dah. Buta ke? Tak nampak tu?" jawab Ariana Atilia dengan nada memerli. Dia mengerakkan kepalanya ke arah barangannya yang sudah siap dikemas kepada Adi Ashraf.
"Mata aku ni elok je lagi. Kaki kau tu elok dah ke? Meh, sini aku tengok. Kau ni bukan boleh diharap." ucap Adi Ashraf mengembalikan paku buah keras kepada isterinya. Ariana Atilia sudah menarik muka.
Adi Ashraf mengatur langkah ke arah isterinya. Tangannya membuka balutan pada pergelangan kakinya milik Ariana Atilia dengan berhati-hati. Usai saja, dia menilik mana-mana bahagian yang masih bengkak atau menjadi lebih teruk. Namun, mujurlah tiada.
Beberapa bahagian tertentu ditekan sedikit. Cuba memeriksa sekiranya masih terasa sakit apabila dikenakan tekanan. Kalau semuanya baik-baik saja itu bermakna pergelangan kaki gadis itu sudah sembuh sepenuhnya. Namun, apabila baru sedikit tekanan yang dikenakan, Ariana Atilia mendesis kesakitan. Sakitlah!
"Kaki kau tak baik lagi ni. Itulah kau gatal sangat jalan banyak-banyak. Kan dah susah. Rehat bukan merayap merata-rata." pesan Adi Ashraf seperti orang tua-tua. Dia membetulkan kembali balutan pada kaki isterinya.
Ariana Atilia hanya berpeluk tubuh. Tak suka apabila dibebel sebegitu seperti budak kecil. Dia reti jaga diri sendiri. Cuma cuai. Yes, itulah Ariana Atilia.
"Dah, aku nak angkat barang kau ni masuk kereta." maklum Adi Ashraf. Lengan bajunya disinsingkan hingga ke siku.
"Okay. tapi aku tak boleh tolong kau. Yelah, macam yang kau cakap tadi. Aku kan kena banyak R.E.H.A.T. kalau nak cepat sembuh. Antaranya, macam angkat barang-barang berat ni lah. Nanti lambat pulak sembuh kaki aku ni, K.A.U yang susah." terang Ariana Atilia panjang lebar dengan nada memerli. Siap diejanya lagi. Amik kau! Bibirnya tersenyum sinis.
"Tak nak tolong cakap, tak payah nak gunakan P.E.S.A.N.A.N khidmat masyarakat aku tu sebagai alasan kau." bidas Adi Ashraf dengan nada yang sama. Dia tersenyum bongkak.
"Cepatlah bawa masuk kereta." arah Ariana Atilia cuba menukar topik. Kalau macam inilah gayanya, sampai tahun depan tak sampai mereka ke rumah Adi Ashraf. Mana taknya, bergaduh tak henti-henti.
"Beratnya. Kau bawa apa ni, woi?" rungut Adi Ashraf apabila cuba mengangkat salah satu beg pakaian milik isterinya. Ada emas ke?
"None of your business." ringkas Ariana Atilia menjawab. Dia menjeling ke arah suaminya sebelum meninggalkan lelaki itu sendirian. Adi Ashraf berdecit.
YOU ARE READING
C | LOVE HATE
Romance𝗥𝗼𝗺𝗮𝗻𝗰𝗲 𝗦𝗲𝗿𝗶𝗲𝘀 •°. *࿐ «2𝐧𝐝 𝐁𝐎𝐎𝐊» ©2021• ᶜᵒᵐᵖˡᵉᵗᵉᵈ ˚ ༘♡ ·˚𝐀𝐃𝐘 𝐀𝐒𝐇𝐑𝐀𝐅 𝐗 𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐓𝐈𝐋𝐈𝐀˚ ༘♡ ·˚ Adi Ashraf dan Ariana Atilia. Adi dengan sikap bekunya manakala Ariana dengan sikap cerianya. Apa akan jadi bila Ar...