BAB 33

6.5K 381 8
                                    

Ariana Atilia mengeraskan tubuh. Dia langsung tak tahu bagaimana untuk menjawab soalan yang dilontarkan oleh suaminya. Pegangannya pada buku milik Mawar Adriana makin kuat.
Risau sekiranya terlepas daripada pegangan tangannya.

Tanpa amaran, Adi Ashraf merampas buku tersebut daripada pegangan isterinya lalu mencampakkannya ke atas katil. Pandangannya kini beralih kepada Ariana Atilia sepenuhnya. Rahangnya yang diketap membuatkan Ariana Atilia menelan air liur.

"Mana kau dapat buku tu, Ariana Atilia?" soal Adi Ashraf sekali lagi dengan nada yang dingin. Riak wajahnya yang beku dipamerkan.

Ariana Atilia menundukkan muka apabila menyedari pandangan tajam suaminya terhadap dirinya. Nama penuh miliknya yang disebut oleh Adi Ashraf membuatkan dirinya lebih takut.

Adi Ashraf mula rasa tidak puas hati apabila soalannya tidak dijawab oleh isterinya. Dia langsung tidak menyedari bahwa dia telah menakutkan Ariana Atilia. Satu langkah diambil untuk dia mendekati isterinya.

Tindakannya itu membuatkan Ariana Atilia mengambil satu langkah ke belakang. Di dalam hatinya tak henti dia mendoakan agar tiada buruk yang bakal berlaku antara mereka berdua.

Namun Adi Ashraf langsung tidak menghentikan langkah. Tanpa Ariana sedari, belakang badannya terlanggar dinding bilik mereka. Oleh kerana itu, barulah Adi Ashraf menghentikan langkah.

Tetapi kali ini dia mendekatkan pula wajah kepada isterinya. Perbuatannya itu membuatkan Ariana Atilia memalingkan mukanya ke arah lain. Matanya dipejam rapat. Nafasnya tak tentu arah.

Kedua-dua belah tangan disisi tubuhnya digenggam kuat. Jantungnya berdegup kencang. Sehingga telinganya mendengar setiap degupan jantungnya pada ketika itu.

"Siapa bagi kau kebenaran sentuh barang dia?" bisik Adi Ashraf dengan nada yang keras di telinga Ariana Atilia.

Ariana Atilia sedaya upaya cuba untuk mengeluarkan suara. Tak tahu jika hanya bisikan yang keluar. Otaknya pula ligat bekerja untuk berfungsi sepenuhnya. Tersekat-sekat perkataan yang mula keluar dari mulutnya.

"A...ku, aku-"

Tok...tok...tok...

Bunyi ketukan pintu bilik tersebut menarik perhatian mereka berdua. Adi Ashraf membuang pandangan ke arah pintu bilik mereka. Kelihatan tombol pintu bilik mereka dipulas dari luar. Namun gagal dibuka kerana tombol tersebut telah dikunci dari dalam.

"Riana..." panggil Mai dari luar. Lalu, sekali lagi pintu bilik mereka diketuk.

Ariana Atilia yang menyedari dirinya dipanggil membuka mata perlahan-perlahan. Kepalanya yang ditundukkan sebentar tadi diangkat sedikit. Dia menarik nafas dalam sebelum menjawab panggilan sahabatnya itu.

"Ya, Mai." jawab Ariana Atilia dengan nada yang dibuat-buat. Cuba untuk mengelakkan rakannya itu daripada mengesyaki apa-apa.

"Umi dengan abah kau nak balik dah ni." maklum Maisarah tak lama kemudian. Bermaksud gadis itu langsung tidak mengesyaki apa-apa.

Ariana Atilia menghela nafas lega. Matanya mengerling suaminya sekilas. Tetapi hampa kerana Adi Ashraf langsung tidak memandang ke arah dirinya.

Tak lama kemudian, Adi Ashraf menjauhkan diri daripada isterinya. Dia mengambil semula tempat duduknya dihujung katil. Kepalanya ditundukkan dan tangannya meraup wajahnya dengan kasar. Anak matanya masih tetap memandang ke arah buku milik Mawar Adriana.

"Okay, Nanti aku keluar. Kau pergilah dulu." balas Ariana Atilia seceria yang boleh. Tetapi wajahnya dimasamkan. Belum sempat dia berkata apa-apa kepada suaminya, kata-kata lelaki itu membuatkan hatinya retak tanpa dia sedari.

C | LOVE HATE Where stories live. Discover now