BAB 14

8.4K 487 41
                                    

Setelah dua bulan bertunang, akhirnya hari yang dinantikan telah tiba. Ariana Atilia duduk bersimpuh di atas kusyen yang telah disediakan. Dia menundukkan muka melihat jari jemarinya yang merah kerana berinai.

Puan Sandra mengukir senyuman lebar. Dia saling berpandangan dengan Puan Ratna sesekali. Encik Johan dan Encik Marzuki menghela nafas lega.

Baju nikah yang berwarna putih bak salju dipakai oleh Ariana Atilia pada hari pernikahan dia dan Adi Ashraf. Maisarah memberikan senyuman kepada Ariana Atilia untuk menghilangkan kegelisahan yang mula menguasai gadis itu. Tak lama lagi, dia akan dijabkabulkan.

Lafaz akad nikah dilafazkan oleh Adi Ashraf dengan lancar. Hanya perkataan 'sah' sahaja yang dapat ditangkap oleh telinga milik Ariana Atilia. Dengan itu, secara rasminya dia telah menjadi isteri kepada Adi Ashraf. Air mata gadis itu mula bertakung tanda tak percaya.

Setitis air mata berjaya mengalir dari anak matanya. Adi Ashraf yang mendekatkan dirinya untuk menyarungkan cincin pada jari isterinya menyedari perkara itu.

Lantas, ibu jarinya mengelap air mata itu dari terus mengalir. Ariana Atilia menelan air liur dengan kesat. Cuba mengawal emosi yang mula tak terkawal.

"Don't cry, wifey." bisik Adi Ashraf perlahan pada telinga isterinya. Tangan isterinya digenggam lembut. Bibirnya mengukir senyuman cuba menenangkan emosi gadis itu.

"Mana ada nangis. Habuk masuk mata." balas Ariana Atilia tak nak mengaku. Padahal hati dah berdebar-debar bagai nak gila kerana nama panggilan yang baharu itu.

Malangnya hidungnya yang merah mengatakan yang sebaliknya. Pipi gebu milik Ariana Atilia turut berubah warna. Membuatkan Adi Ashraf menyedari cubaan menipu gadis itu.

Adi Ashraf tersengih menunjukkan sebaris giginya yang putih. Tangannya naik mencuit hidung mancung milik Ariana Atilia. Membulat mata gadis itu dibuatnya. Habis merah lagi hidung Ariana Atilia.

"Ouch, sakitlah gila." marah Ariana Atilia tak puas hati. Dia menggosok lembut hidungnya yang pedih dicuit suami tak guna dia tu. Tetapi tangannya ditampar lembut oleh Adi Ashraf.

"Liar." ucap Adi Ashraf kepada Ariana Atilia. Isterinya menjeling tajam ke arah suaminya. Lelaki itu hanya tersengih.

Tanpa amaran, hidungnya dicium lembut oleh Adi Ashraf. Dahinya turut dilakukan perkara yang sama. Namun dahinya dikucup lama membuatkan rentak jantung Ariana Atilia semakin laju.

"Better?" bisik Adi Ashraf sesudah itu. Bibirnya tersenyum manis. Ariana Atilia diam tak membalas. Risau kalau kata-katanya keluar tergagap-gagap. Tangannya yang masih dalam genggaman tangan suaminya ditarik perlahan.

Sebentuk cincin perak disarungkan pula pada jari manis Adi Ashraf. Lalu, disalam oleh Ariana Atilia dengan lembut. Adi Ashraf memerhatikan tindakan isterinya.

"Dah habis termenung, husband?" tegur Ariana Atilia sambil tersenyum mengejek. Adi Ashraf yang baru tersedar mencebikkan bibir. Ceh.

Husband huh?

𑁍𑁍𑁍


Pasangan pengantin tersebut duduk bersanding sambil melihat tetamu yang datang dari atas pelamin. Mereka berdua telah menukar pakaian yang lain untuk majlis ini. Senyuman lebar terhias diwajah Ariana Atilia.

Izz Faris yang merupakan pengapit lelaki untuk Adi Ashraf pada hari itu menyiku Adi Ashraf sekali sekala cuba mengganggu lelaki itu. Namun dibalas dengan jelingan tajam daripada Adi Ashraf.

Manakala, Maisarah pula sibuk berbual-bual dengan Ariana Atilia tentang tetamu yang hadir. Adi Ashraf menjeling isterinya disebelah yang tak mahu berbual-bual dengan dirinya. Mukanya dimonyokkan. Ingat dia tunggul ke?

C | LOVE HATE Where stories live. Discover now