Adi Ashraf melangkah masuk ke dalam rumah. Matanya diliarkan cuba mencari kelibat isterinya namun tiada. Encik Marzuki yang menyedari tindakan anak lelakinya mengeleng kepala. Sudah tahu apa yang dicari oleh Adi Ashraf.
"Riana dalam bilik. Adi pergi mana tadi?" ucap Encik Marzuki sambil menyentuh bahu anak lelakinya. Bibirnya tersenyum senget.
Adi Ashraf menyentuh batang lehernya sambil tersenyum nipis. Barangkali malu apabila tindakannya untuk mencari Ariana Atilia disedari oleh bapanya. Nampak sangat ke?
"Adi jumpa Alif tadi. Ada hal sikit nak dibincangkan." jawab Adi Ashraf jujur. Tak mahu di fikir yang bukan-bukan oleh bapanya.
Encik Marzuki mengangguk perlahan tanda faham. Sekali lagi bahu Adi Ashraf ditepuk lembut. Terpamer senyuman penuh makna pada wajah lelaki tua itu.
"Papa bangga dengan Adi. Jadi ketua keluarga yang baik, ingat tu. Dah, pergi tengok Riana." pesan Encik Marzuki bersama senyuman yang tak lekang di bibir sejak tadi.
Adi Ashraf hanya mengangguk sebagai balasan. Dia sendiri tak tahu jika dapat menjadi suami yang baik kepada Ariana Atilia.
Langkahnya diatur ke bilik tidurnya yang telah menjadi bilik tidur mereka berdua.Pesanan Encik Marzuki yang masih bermain di benak fikiran mula membuatkan dia tak senang hati. Tombol pintu bilik tidur itu dipulas menyerlahkan Ariana Atilia yang sedang berehat di atas katil. Satu helaan lega dilepaskan sebaik melihat keadaan isterinya yang selamat dari ancaman yang diterima.
"Kau dah balik?" soal Ariana Atilia melihat ke arah suaminya yang seperti kepenatan. Tanpa amaran, Adi Ashraf menghempaskan tubuhnya bersebelahan gadis itu.
Nyaris-nyaris saja tubuh sasa milik lelaki itu hampir menghempap tubuh kecil milik Ariana Atilia. Adi Ashraf memejamkan mata untuk berehat.
"Dah nampak aku kat sini. Tanya lagi." jawab Adi Ashraf kepada soalan isterinya sebentar tadi. Matanya masih dipejamkan. Tangannya disilangkan ke bahagian belakang kepala.
Ariana Atilia yang berada di sebelah tayang muka menyampah. Belakang badannya yang disandarkan pada kepala katil dibetulkan. Cuba menjarakkan kedudukan antara mereka berdua. Pergerakan gadis itu disedari oleh Adi Ashraf.
"Yang kau nak jauh sangat dari aku kenapa? Kau nak jatuh katil?" soal Adi Ashraf dengan nada tak puas hati. Matanya dipejamkan rapat tanda geram. Nak tidur pun tak senang.
"Lantak akulah." jawab Ariana Atilia selamba. Dia masih membetulkan lagi kedudukan dirinya. Risau sekiranya betul-betul jatuh katil nanti. Tak ke naya?
"Stop moving, Ariana Atilia." arah Adi Ashraf serius. Tangan kasar milik Adi Ashraf menarik lengan Ariana Atilia secara tiba-tiba. Mata lelaki itu masih tertutup.
Tindakan mengejut dari Adi Ashraf menyebabkan tubuh Ariana Atilia hampir menghempap badan milik Adi Ashraf. Serta-merta, Ariana Atilia menahan nafas. Merah padam mukanya. Mujurlah tak disedari oleh lelaki itu.
"Okay, tapi boleh tak kau lepaskan aku sekarang?" pinta Ariana Atilia sambil memalingkan wajah ke arah lain.
Sebelah mata Adi Ashraf perlahan-perlahan dibuka cuba melihat keadaan isterinya. Bibirnya mengulum senyuman kecil. Kini kedua-dua belah matanya dibuka cuba melihat wajah gadis itu dengan jelas.
"Should i?" bisik Adi Ashraf pada telinga isterinya. Tawa halus yang ditahan terlepas jua. Pegangan tangannya pada lengan Ariana Atilia dilonggarkan.
"Kau gelak apa? Nasib tak lebam lengan aku ni kau pegang." marah Ariana Atilia. Lengan milik Adi Ashraf ditumbuk kuat sebagai balasan.
"Lain kali jangan kacau orang tidur. Itulah padahnya." jawab Adi Ashraf selamba. Lengan yang ditumbuk oleh isterinya digosok perlahan. Membuatkan Ariana Atilia sedikit serba salah. Kuat sangat ke aku pukul?
YOU ARE READING
C | LOVE HATE
Romance𝗥𝗼𝗺𝗮𝗻𝗰𝗲 𝗦𝗲𝗿𝗶𝗲𝘀 •°. *࿐ «2𝐧𝐝 𝐁𝐎𝐎𝐊» ©2021• ᶜᵒᵐᵖˡᵉᵗᵉᵈ ˚ ༘♡ ·˚𝐀𝐃𝐘 𝐀𝐒𝐇𝐑𝐀𝐅 𝐗 𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐓𝐈𝐋𝐈𝐀˚ ༘♡ ·˚ Adi Ashraf dan Ariana Atilia. Adi dengan sikap bekunya manakala Ariana dengan sikap cerianya. Apa akan jadi bila Ar...