Genap seminggu pasangan suami isteri itu berada di Langkawi untuk berbulan madu. Seminggu yang dihabiskan bersama di rumah Tok Wan benar-benar merapatkan hubungan mereka dengan lebih mendalam. Nampaknya keputusan untuk Adi Ashraf berbulan madu disitu amat berbaloi.
Kini, kelihatan Adi Ashraf bersandar di daun pintu sambil memerhatikan Ariana yang sedang sibuk mengemas beg pakaian mereka berdua. Segala persediaan untuk mereka pulang sudah pun telah dia lakukan. Hanya tinggal untuk berangkat sahaja.
Memorinya bersama Ariana sepanjang minggu tersebut membuatkan dia mengukir senyuman. Tangannya disilangkan ke dada. Semakin lama dia mengenali isterinya, semakin dia tertarik kepada Ariana.
"Ash, tolonglah. Jangan tengok je." tegur Ariana yang baru sedar dengan kehadiran suaminya di situ. Dia mencekak pinggang, keningnya diangkat sebelah. Cuba untuk kelihatan tegas.
Walaupun sebenarnya pada mata Adi Ashraf, isterinya kelihatan comel apabila berbuat demikian. Dia mula menghampiri isterinya tanpa membalas kata-kata Ariana. Malas mahu cari gaduh walaupun peluang di depan mata.
Sebaik melihat suaminya yang patuh, Ariana mula tersenyum sendirian. Sejak kebelakangan ini, dia perasan bahawa suaminya lebih suka untuk tidak mencari pasal dengan dia. Itu membuatkan dia lebih dari bersyukur terhadap perubahan suaminya itu.
"Nak aku tolong apa?" tanya Adi Ashraf, dia melihat beg pakaian mereka yang hampir siap dikemas oleh isterinya. Apa sahaja yang dia boleh tolong kalau semuanya sudah siap?
"Tolong angkat beg ni masuk kereta. Berat sangatlah. Susah aku nak angkat. Boleh?" pinta Ariana, matanya dikedip-kedipkan beberapa kali. Mahu meminta simpati. Adi menjulingkan mata apabila melihat taktik isterinya.
"Okay. Nak aku angkat apalagi? Kau sekali?" ucap Adi Ashraf penuh selamba. Sekelip mata sahaja wajahnya dibaling bantal oleh Ariana. Dia mengeleng kepala. Gurau pun tak boleh.
Ariana tersenyum kepuasan. Dia menolak beg pakaian mereka ke arah Adi Ashraf sebelum menghempaskan tubuh ke atas katil. Sempat dijeling suaminya sekilas. Baru ingat dah berubah sepenuhnya suami dia tu. Haih.
Dia membuang pandangan ke atas siling. Kedua-dua tangannya diletakkan di belakang kepala. Lalu, pandangannya diliarkan pula di sekeliling bilik. Mahu mengingati setiap inci bilik tidurnya itu sebelum pulang.
Sebuah keluhan berat terlepas dari mulutnya. Membuatkan Adi Ashraf mengalihkan pandangan ke arah isterinya. Pelik apabila mendengar keluhan isterinya yang seolah-olah sedang bersedih.
Ariana memusingkan badan ke kanan. Tindakan itu membuatkan dia membelakangi suaminya. Menghalang pandangan Adi Ashraf pada wajahnya sepenuhnya.
Pandangan Ariana beralih pada dinding bilik. Tak dapat dinafikan dia benar-benar gembira dapat meluangkan masa bersama suaminya sepanjang mereka disini. Tetapi, dia tak bersedia untuk pulang dan meninggalkan Tok Wan.
Adi Ashraf mengambil keputusan untuk memeriksa keadaan isterinya. Sebaik dia mengambil tempat di sebelah isterinya, dia terlihat wajah isterinya yang masam mencuka. Bibir isterinya dimuncungkan tanda tak puas hati.
Lantas, tangan isterinya diambil lalu diusap lembut. Serta-merta, perhatian Ariana terarah pada suaminya. Wajahnya yang masam kembali seperti biasa. Dia segera bangun untuk duduk.
"Kenapa ni? Kau sedih sebab kita nak balik eh?" tanya Adi seperti membaca fikiran isterinya. Ibu jarinya mengusap belakang tangan isterinya penuh kasih. Ariana mengangguk kecil.
Sebegitulah hubungan mereka sekarang. Masing-masing akan menenangkan satu sama lain jikalau salah seorang dilanda kesedihan. Tanpa perlu berkata apa-apa, Adi sudah dapat tahu.
YOU ARE READING
C | LOVE HATE
Romance𝗥𝗼𝗺𝗮𝗻𝗰𝗲 𝗦𝗲𝗿𝗶𝗲𝘀 •°. *࿐ «2𝐧𝐝 𝐁𝐎𝐎𝐊» ©2021• ᶜᵒᵐᵖˡᵉᵗᵉᵈ ˚ ༘♡ ·˚𝐀𝐃𝐘 𝐀𝐒𝐇𝐑𝐀𝐅 𝐗 𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐓𝐈𝐋𝐈𝐀˚ ༘♡ ·˚ Adi Ashraf dan Ariana Atilia. Adi dengan sikap bekunya manakala Ariana dengan sikap cerianya. Apa akan jadi bila Ar...