SAMPAI sahaja kenderaan milik Melissa di sebuah rumah agam yang kelihatan sangat sunyi, buatkan Melissa dan Zalikha terdiam melihat suasana rumah itu. Terdapat dua bodyguard lelaki sedang berdiri di luar pagar sambil menjalankan tugas mereka.
"Kak Ayshah ada ke dekat dalam?" Zalikha menyoal, sekilas pandang ke arah Melissa yang masih memerhati suasana rumah banglo milik Datuk Tarmizi itu. Dia mengangkat kedua belah bahu, menandakan tidak pasti dengan keberadaan Ayshah di dalam rumah tersebut.
Tak lama itu, keluar sebuah kereta mewah dari pekarangan rumah milik Datuk Tarmizi. Kelihatan seperti kereta itu meluncur laju saat keluar dari garisan pagar rumah Datuk Tarmizi. Melissa dan Zalikha sempat perasan dengan bayang-bayang manusia di dalam kereta tersebut.
Kelihatan kelibat Ayshah berada di dalam kereta mewah Datuk Tarmizi itu.
Berkerut kening Melissa dan Zalikha. Mereka berpandangan sesama, sebelum Melissa cepat-cepat menekan pedal minyak untuk mengikut jejak langkah kereta tersebut.
Perjalanan yang sangat menimbulkan buah soalan untuk Melissa, dia tahu jalan yang di tuju Ayshah itu jalan ke arah hospital yang sedang duduki Zahir sekarang. Tapi kenapa?
Sampai sahaja di destinasi, seterusnya Melissa dan Zalikha bergegas keluar dari perut kereta tatkala melihat Ayshah melangkah keluar mengikuti bodyguard yang di arah Datuk Tarmizi untuk menjaga Ayshah.
Ayshah mengorak langkah menuju ke dalam perut Institut Jantung Negara. Dimana tempat keberadaan Zahir jugak. Ayshah dikhabarkan oleh seorang kakitangan hospital, bahwa Datuk Tarmizi jatuh pengsan.
Yang buatkan Ayshah hairan, macam mana Datuk Tarmizi boleh jatuh pengsan di tempat yang sama Zahir duduk sekarang? Hospital yang sama pulak tu? Apa yang papanya buat di situ?
Sampai sahaja, Ayshah terus melihat Datuk Tarmizi yang dipasangkan wayar-wayar hospital di tubuh badan lelaki tua itu. Ayshah terkejut melihat sekujur papanya yang sedang terlantar di katil hospital, bertemankan Mesin Ventilator.
Ayshah diam tidak berkata apa. Dia hanya mampu melihat dari luar. Persoalannya sekarang, macam mana Datuk Tarmizi boleh terkena serangan jantung? Apa yang papa dia buat dekat hospital?
Bergaduh dengan Zahir ke?
Terus wajah Ayshah berubah mendadak. Teringatkan wajah Zahir sahaja, Ayshah pantas mahu menuju ke wad lelaki itu. Baru sahaja langkah Ayshah mahu menuju, kakinya terhenti apabila kelibat Zalikha dan Melissa terlihat di depannya.
Wajah Zalikha berubah cemas apabila melihat kemerahan pada wajah Ayshah, kelihatan seperti sedang menangis. Dia menghampiri kakaknya, manakala Melissa hanya diam berkutik.
"Kak Ayshah?" pergelangan tangan Ayshah dipegang Zalikha. Jantungnya berdegup kencang, cuba untuk memahami keadaan sekarang. Ayshah pandang kelopak mata Zalikha. Mengerti sahaja dengan pandangan maksud kakaknya itu, Zalikha toleh ke kiri memandang pintu wad.
Jelas terpamer keadaan Datuk Tarmizi yang tampak kritikal melalui cermin kecil di pintu wad tersebut. Nafas Zalikha mula rasa tersekat, tubuhnya menjadi ketar. Dia terdiam, tidak berkelip matanya memandang sekujur tubuh orang yang dia sayang terlantar di katil hospital.
Airmata Zalikha merembes keluar dengan laju.
"Akak nak pergi tandas kejap. Ika duduk sini." Ayshah berlalu pergi yang sempat mengesat airmata. Kewujudan Melissa diabaikan.
Dia terpaksa berbohong kerana mahu berjumpa dengan Zahir. Sebenarnya, memang dari awal lagi dia mahu berjumpa dengan Zahir di hospital. Tetapi tak sangka pulak yang dia dapat berita, bahwa Datuk Tarmizi jatuh sakit.
YOU ARE READING
Syurga Buat Ayshah
RomanceKarya keempat in romance by hernazulaikaa 📖 TAMAT Nur Ayshah, gadis sekuat batu. Hidupnya tidaklah seindah yang disangka, walaupun datang dari keluarga yang senang, dia tetap berdiri teguh seperti orang biasa. Dari dulu hingga sekarang, dia masih...