LANGKAH Ayshah terhenti tatkala bebola matanya terpandang susuk tubuh Zahir di dalam hospital mart. Lelaki itu sedang memilih beberapa roti di rak makanan, tak menunggu lama Ayshah pantas masuk ke dalam hospital mart. Sempat dia memberitahu Diyana dan Puan Hajar sebelum mahu ke tempat suaminya.
Pergelangan tangan Zahir dipeluk Ayshah. Tersentak tubuh Zahir bila Ayshah menyandarkan kepala pada bahu dia. Agak sedikit terkejut bila kehadiran Ayshah datang dengan tiba-tiba. Padahal baru je dia teringatkan isterinya itu.
"Ayshah? Masa bila kau datang? Kau datang dengan siapa ni?" soalan Zahir buatkan Ayshah tersenyum. Ah rindunya!
"Mama dengan Yana." balas Ayshah. Tangannya masih melekat pada jari-jemari Zahir.
"Diorang mana?" Zahir menanya. Tak nampak pulak kelibat ibu mertuanya dan adik iparnya itu.
"Pergi tengok papa lah. Awak pulak, kenapa sorang-sorang dekat sini? Papa macam mana?" buat seketika, wajah Ayshah berubah saat bertanyakan soal Datuk Tarmizi. Zahir ukir senyuman.
"Alhamdulillah, papa okay. Tadi sebab ada masalah sikit, pernafasan papa tiba-tiba tak betul. Ni sekarang, papa dah okay. Tapi tula, tak sedar-sedar jugak." bagitahu Zahir, seraya mencapi roti sardin.
Ayshah kemam bibir, dia ke sini bukan kerana rindu Zahir sebenarnya, ikutkan dia boleh je datang bila-bila masa dia nak kalau nak berjumpa dengan Zahir sekalipun. Tapi entah kenapa hati dia terdetik nak melawat papanya.
"Pelik pulak kau ye." Zahir berjalan pulak ke arah peti ais, sambil-sambil itu Ayshah mengekorinya dari belakang. Kening Ayshah berkerut, dipandang wajah suaminya.
"Apa yang pelik?" tak lepas matanya merenung Zahir. Ambik air dalam peti ais pun hensem ek?
"Yela, tiba-tiba je datang hospital. Aku call Yana suruh datang hospital, tapi dengan-dengan kau sekali datang ye." tutur Zahir. Dua air kotak milo dicapai, seraya kakinya melangkah ke kaunter untuk membayar.
Ayshah diam sahaja, dia ikut kemana Zahir berjalan. Dia tahu, suaminya itu memerli dia. Tak pernah-pernah dia ada niat nak melawat Datuk Tarmizi, tiba-tiba hari ni terdetik nak ikut sekali.
Sampai sahaja di lif, Zahir dan Ayshah menunggu pintu lif terbukak. Saat pintu sudah terbukak, susuk tubuh Datin Melinda muncul. Dan ketika ini, Ayshah dan Datin Melinda bertembung mata.
Datin Melinda melangkah keluar dari perut lif. Saat wanita tua itu mengukir senyuman manis buat Ayshah, sikit pun Ayshah tak membalas senyuman itu. Zahir perasan yang wajah isterinya berubah tegang tatkala bertembung mata dengan Datin Melinda.
Zahir membalas senyuman untuk Datin Melinda, bila keadaan sedikit tegang ketika Ayshah buat bodoh dengan senyuman Datin Melinda. Baru sahaja Zahir mahu membuka mulut, Ayshah sudah tarik tangannya masuk ke dalam perut lif.
Terus pintu lif tertutup rapat. Selamba aje Ayshah menayang wajah tak bersalah.
"Aku baru nak cakap dengan Aunty Mel tu, kau dah tarik tangan aku. Apa masalah kau Ayshah?" Zahir menyoal tenang. Wajah bengis isterinya di tenung. Garang naw!
"Sejak bila pulak awak dengan Aunty Mel tu jadi kawan? Awak jangan macam-macam ye Zahir, saya kenal Aunty Mel tu macam mana. Dia ada scandal lebih muda dari papa saya tau. Takut nanti, awak pulak dia try." tutur Ayshah, membebel di sebelah Zahir.
"Masyaallah! Sampai ke situ kau fikir ye Ayshah? Kau mengarut apa? Kau ingat, Aunty Mel tu ada selera ke dengan aku? Aku ni diibaratkan macam anak dia tau, takkan lah sebab kesalahan dia yang dulu, kau nak fikir yang negatif sampai sekarang." Zahir menggeleng kepala. Sangat-sangat lah geram dengan pemikiran tak waras isterinya ini.
YOU ARE READING
Syurga Buat Ayshah
RomanceKarya keempat in romance by hernazulaikaa 📖 TAMAT Nur Ayshah, gadis sekuat batu. Hidupnya tidaklah seindah yang disangka, walaupun datang dari keluarga yang senang, dia tetap berdiri teguh seperti orang biasa. Dari dulu hingga sekarang, dia masih...