Bab 23

3.3K 141 0
                                    

SELAMBA sahaja Shasha meredah masuk ke dalam bilik tidur Datin Melinda. Tangan disilang ke atas dada dengan wajah masam ketat. Datin Melinda yang berada di meja solek tersentak dengan kemunculan anak perempuannya.

     "Apa ni main masuk bilik mama macam tu je?! Tak reti nak ketuk dulu ke?" mencerlung tajam anak mata Datin Melinda memandang Shasha. Shasha mendengus perlahan. Dipandang wajah Datin Melinda yang sedang memakai mask diwajah.

Itulah rutin harian Datin Melinda kalau cuaca sudah menginjak ke cahaya malam. Kerja dia melawa aje. Tak kira lah muda ke tua ke, dia memang pentingkan kecantikan. Kadang-kadang sehari boleh mencecah 2000 harga barang kecantikannya.

     "Papa mana?" Shasha menukar topik bertanyakan soal Datuk Tarmizi. Dalam bilik ni tak nampak pun bayang-bayang Datuk Tarmizi?

     "Ada tu dalam bilik air. Kenapa?" kening Datin Melinda bercantum rapat. Diperhati segenap wajah anak perempuannya, masam ketat aje muka tu. Ada masalah dengan kerja ke?

     "Ma, jom kita bincang dekat luar jap."

     "Bincang apanya? Tak nampak ke mama tengah buat apa?" Datin Melinda seakan tidak mahu melayan kerenah anaknya. Malam-malam macam ni bincang apanya? Lebih baik dia menyibukkan diri dengan mencantikkan wajahnya.

Shasha berdecit kasar.

     "Ni pasal Aydeen. Mama nampak ni apa Ayshah buat?" pipi kanan yang kelihatan kesan merah ditunjuk pada Datin Melinda. Terkejut Datin Melinda melihat kesan merah pada pipi kanan anaknya. Berderau darah Datin Melinda bila melibatkan anak tirinya, Ayshah.

     "Dia tampar Shasha?" Datin Melinda menebak. Terangguk-angguk kepala Shasha. Makin tambah marah jadinya Datin Melinda dengan jawapan dari anaknya.

     "Kenapa ni?" Datuk Tarmizi muncul setelah keluar dari kamar mandi. Berkerut-kerut dahi Datuk Tarmizi memandang Shasha yang tiba-tiba sahaja muncul dalam bilik tidurnya. Sebenarnya dia memang tak gemar kalau anak-anaknya berada dalam bilik tidurnya. Privasi kan?

Terteleng kepala Datin Melinda dan Shasha ke arah Datuk Tarmizi. Dingin aje wajah lelaki tua itu.

     "Tak ada apa lah. Jom Shasha, kita bercakap dekat luar." laju punggung Datin Melinda bangkit dari kerusi sebelum tangan anak perempuannya ditarik. Datuk Tarmizi malas nak ambil tahu, lagipun ada lah tu masalah dua orang tu. Ada aje tak kena, haih!

Sampai sahaja diruangan kolam mandi, Shasha segera menceritakan semua tentang tolakan cinta Aydeen padanya sehinggalah dari Ayshah menampar pipinya. Sesekali Shasha mengacip gigi. Masih geram dengan serangan mengejut Ayshah.

Tak sangka Ayshah sebegitu berani menamparnya. Dia sendiri pun tak expect yang Ayshah berani-beraninya mengugut dengan menggunakan perkataan 'membunuh'. Marah betul Ayshah padanya.

     "Shasha nak kahwin dengan Aydeen. Shasha sukakan dia mama. Lagipun ma tahu kan yang Shasha dah lama minat dia." ujar Shasha separuh merayu. Kadang-kadang dia dah penat tunjuk effort dia pada Aydeen, lelaki tu tak pernah nampak keikhlasan dia. Hanya ada Ayshah, Ayshah, Ayshah!

Sampai dia rasa, diri dia dibawah Ayshah! Semuanya Ayshah yang boleh dapat, tapi dia?

     "Mama tahu, tapi masalahnya macam mana mama nak pujuk papa tu? Dia sendiri pun nak jodohkan Ayshah dengan Aydeen. Mama pelik, Zahir tu menantu dia, tapi yang layan macam menantu Aydeen? Zahir ke Aydeen ni menantu dia." tutur Datin Melinda sambil tergeleng-geleng kepalanya. Kadang-kadang dia pelik dengan suaminya, kalau tak suka pada Zahir kenapa terima Zahir sebagai menantu? Hari tu bukan main bantah.

     "Kalau papa cuba-cuba nak jodohkan Ayshah dengan Aydeen. Shasha nak bagitahu perkara sebenar pada Aydeen yang sebenarnya Ayshah dah kahwin!"

Syurga Buat Ayshah Where stories live. Discover now