AYSHAH merengus geram apabila Aydeen dari tadi menayang wajah dingin. Dia sendiri pelik dengan kelakuan Aydeen semenjak dia tolak ajakan Aydeen semalam. Takkan lah Tuan Aydeen betul-betul merajuk dengan aku?
Ayshah pandang Aydeen melalui badai yang menghalang antara dia dan Aydeen. Satu keluhan kecil terbit di bibir Ayshah apabila wajah Aydeen masih kelihatan tegang. Langsung tiada secalit senyuman di bibir.
Tiba-tiba telefon pejabat berbunyi nyaring, tersentak Ayshah jadinya. Pantas Ayshah mengangkat telefon tersebut.
"Ayshah masuk bilik saya sekarang!"
Terkejut Ayshah tatkala mendengar suara Aydeen yang bergema melalui corong telefon.
Peh! Mamat ni memang suka main terjah ke apa hah?
"Errr okay tuan."
Pantas Ayshah bangun dari kerusi dan berganjak ke pintu bilik Aydeen. Satu ketukan diberi dahulu sebelum dia melangkah masuk. Perlahan-lahan Ayshah menghampiri meja kerja Aydeen, lelaki itu elok sahaja menghadap komputer riba.
"Ada apa Tuan Aydeen?" ketika ini wajah Ayshah diserangi takut dan risau. Gila ke tak risau, nanti dibuatnya singa tua ni mengamuk depan aku macam mana?
"Saya nak awak batalkan appointment saya dengan Puan Syifa." garau suara Aydeen menyampaikan tuturnya. wajah Ayshah tidak dipandang. Hanya fokus pada komputer ribanya.
"Hah?! Kenapa tuan?" jelas wajah Ayshah kelihatan hairan. Manakan tidak, tiba-tiba je ubah fikiran macam tu? Dia tak tahu ke yang Puan Syifa dah nak on the way ke sini? Nanti apa pulak kata dia?
Aydeen angkat wajah pandang Ayshah. Wajah lelaki itu masih setia kelihatan tegang.
"Saya suruh batalkan jela, kenapa nak perlu soal lagi?" suara Aydeen kelihatan marah. Ayshah sedikit gerun dengan pandangan mata tajam milik Aydeen.
Kalau ye pun nak marah, tak payah lah pandang aku macam nak telan!
"Tapi Puan Syifa rasanya dah nak on the way ke sini? Saya serba-salah nak bagitahu dekat dia yang tuan cancel appointment dengan dia." jujur Ayshah sedikit risau jikalau hal ini boleh melukakan hati Syifa.
"Saya boss ke atau awak yang boss?" Aydeen mula menunjuk kuasa veto nya. Ayshah kemam bibir.
Memang lah kau tu boss! Tapi pikir lah sikit perasaan orang mangkuk oi!
"Dah, batalkan aje!" Aydeen segera bangun dari kerusi beroda empat sebelum dia menuju ke pintu bilik kerjanya. Ayshah dah kerut kening.
"Tuan! Nak pergi mana tu?" soal Ayshah pelik. Aydeen mati langkah.
"Saya nak balik. Nak rest." tanpa berkalih memandang Ayshah, Aydeen menjawab. Baru sahaja Aydeen mahu membuka tombol pintu, Ayshah bersuara lagi.
"Tuan, tuan marahkan saya pasal semalam ke?" Ayshah cuba menukar topik tentang semalam.
Aydeen diam. Pertanyaan Ayshah dibiar sepi sebelum dia melangkah keluar dari bilik kerja dengan selamba. Ayshah mengeluh kecil, dah agak. Nampak sangat Tuan Aydeen marahkan aku!
Aduhai! Apa lah nasib?
ZALIKHA senyum lebar tatkala melihat Diyana yang sedang membelek telefon keseorangan di kerusi batu. Perlahan-lahan dia menghampiri gadis keras kepala itu.
Punggung dilabuh disebelah Diyana.
"Hai Yana!" satu teguran dari Zalikha menyinggah di gegendang telinga Diyana. Terus wajah ceria Zalikha dipandang benci.
YOU ARE READING
Syurga Buat Ayshah
RomanceKarya keempat in romance by hernazulaikaa 📖 TAMAT Nur Ayshah, gadis sekuat batu. Hidupnya tidaklah seindah yang disangka, walaupun datang dari keluarga yang senang, dia tetap berdiri teguh seperti orang biasa. Dari dulu hingga sekarang, dia masih...