SUDAH dua minggu Zahir menjaga Datuk Tarmizi di hospital. Segala penjagaan Zahir terhadap bapa mertuanya, sangat ikhlas dan tidak lepas Zahir mendoakan kesihatan Datuk Tarmizi. Solat lima waktu langsung tak pernah dia tinggalkan di sini. Zahir menjaga penuh dengan kasih sayang.
Ditatap wajah kedut Datuk Tarmizi, terukir senyuman manis di bibir merah Zahir. Tak sangka yang dia dapat sedekat ini dengan Datuk Tarmizi. Kalau dulu susah dia nak dekati bapa mertuanya ini, al-maklum lah orang tua ni kan tak sukakan dia.
Zahir berharap, lepas sahaja Datuk Tarmizi tersedar dari koma. Dia mahukan perubahan dari Datuk Tarmizi, dan berharap Datuk Tarmizi boleh menerimanya. Mudah-mudahan begitu lah.
Renungan Zahir kepada Datuk Tarmizi terhenti, tatkala telefon pintarnya bergetar menandakan ada mesej masuk. Segera dia mencapai telefon pintarnya, mesej Ayshah dibuka.
Ayshah Mok :
Saya rindu, balik lah sehari teman saya :)Zahir ketawa kecil. Padahal hari tu dah balik, nak suruh balik lagi? Makin mengada minah ni.
Zahir :
Kau ni makin mengada lah Ayshah, kelmarin aku dah balik teman kau. Hari ni kau nak suruh aku balik lagi?Ayshah Mok is typing...
Ayshah Mok :
Saya rindu hmm :'(Zahir menggeleng kepala. Memang betul lah, perempuan kalau dah datang dia punya manja, lelaki pun boleh cair. Ergh!
Zahir :
Pandai-pandai lah kau! Dah jangan kacau aku!Zahir terus tutup telefon, seraya ketawa kecil. Mengada!
AYSHAH mencebik setelah baca mesej terakhir dari suaminya. Orang nak manja sikit pun salah! Cari lelaki lain kang! Terus kepalanya di geleng, masyaallah tak nak cari laki lain. Zahir sudah cukup.
Derapan kaki Puan Hajar, mematikan lamunan Ayshah. Di toleh kepala ke kiri memandang kelibat Puan Hajar yang sedang menghampirinya. Di tangan ada dulang berisi kuih-muih serta air teh yang baru dibancuh.
"Suruh Zahir balik lagi ke tu?" Puan Hajar menyoal. Dipandang wajah manis anaknya itu. Terangguk-angguk kepala Ayshah sambil menayang wajah sedihnya.
Puan Hajar ketawa.
"Kelmarin lepas, dia dah balik. Kamu tu yang mengada Ayshah, ada je nak manja dia tu. Lagipun, kamu boleh je pergi hospital tu. Bukannya jauh mana pun kan? Alang-alang tu Ayshah boleh jenguk papa jugak." ujar Puan Hajar, sudah masuk topik bekas suaminya.
Sejak Zahir dah menjaga bekas suaminya itu, dia sudah kurang datang melawat lelaki itu. Lagipun dia bersyukur, masih ada yang mau menjaga Datuk Tarmizi, walaupun masing-masing dah tau perangai buruk Datuk Tarmizi dahulu bagaimana.
"Ayshah bukan tak nak pergi hospital, tapi Ayshah malas nak keluar." bibir gadis itu tersenyum kelat. Serta-merta wajah sakit Datuk Tarmizi menjengah masuk ke dalam benak fikirannya.
"Malas keluar ke atau malas nak hadap muka papa?" soalan dari Puan Hajar, mendiamkan Ayshah. Berkelip-kelip mata Ayshah memandang ke arah kuih karipap yang masih panas. Otaknya sedang bermain-main dengan soalan mamanya.
Adakala benar kata Puan Hajar, tapi terkadang hati Ayshah sangat rindu mahu menatap wajah orang tua itu. Cuma, hatinya masih sakit.
Kelopak mata Ayshah sudah terasa panas. Cepat-cepat dia halakan pandangan ke kanan, tidak mahu Puan Hajar menyedari bahawa yang dia sedang sedih.
"Mama nak cerita dekat Ayshah. Dulu, waktu mama dengan papa masih bersama. Dia pernah cakap dekat mama, yang dia bahagia bila Ayshah muncul dalam hidup kami berdua. Kalau Ayshah nak tahu, nama Ayshah papa yang bagi. Waktu Ayshah masih budak, papa jaga Ayshah dengan teliti. Langsung tiada secalit luka dekat tubuh Ayshah, sayangnya dia pada Ayshah."
"Waktu Ayshah masuk tadika, dia orang pertama paling takut kalau Ayshah kena buli dengan budak sekolah lain. Lagi satu kalau Ayshah nak tahu kan, rambut Ayshah papa selalu ikatkan sebelum nak ke sekolah. Mama nak buat semua tu, dia tak bagi. Sayang betul dia dekat Ayshah." tubir mata Puan Hajar sudah berkaca tinggal masa nak menitis sahaja.
Dia rindukan momen-momen indah itu. Kalau boleh, dia mahu putar balik masa bersama Datuk Tarmizi. Betapa indahnya sewaktu itu.
Dada Ayshah sudah sebak. Nafasnya sakit sangat bila Puan Hajar menceritakan kisah dulu. Dia pernah teringat sewaktu dia sekolah rendah, waktu itu dia tahun satu. Datuk Tarmizi pernah menunggu dia pulang sekolah, dan waktu itu dia sedang menyiapkan kerja sekolah yang belum disiapkan.
Hampir lama jugak di denda cikgu kerana tidak siapkan kerja sekolah. Dan paling buat Ayshah terharu, Datuk Tarmizi sanggup menunggu dia diluar sekolah dengan waktu-waktu panas terik begitu.
Momen itu sangat tak pernah Ayshah lupakan. Tapi sejak dia sudah masuk sekolah menengah, semuanya sudah hancur. Tiada lagi semua itu. Hanya memberi luka.
"Ayshah naik atas dulu, nak rehat." pantas Ayshah membawa langkah menuju ke bilik tidur. Makin lama dia mendengar cerita Puan Hajar, makin buat dia menambah sebak. Lebih baik dia tenangkan diri di dalam bilik.
Puan Hajar menunduk kepala. Dikesat airmatanya. Mama harap Ayshah dapat lembutkan hati, maafkan lah papa mu Ayshah.
SEBULAN, masa yang lama dia menjaga bapa mertuanya di hospital. Demi mahu hubungan yang baik, dia sanggup bersama Datuk Tarmizi di hospital. Usai solat Maghrib, Zahir membaca surah-surah pendek untuk Datuk Tarmizi, sekaligus dengan surah Yassin.
Zahir langsung tak tinggalkan doa-doa dia untuk Datuk Tarmizi. Sentiasa bersama dan tak pernah renggang. Dia berharap sangat agar Datuk Tarmizi boleh bernafas seperti biasa.
Tengah sedap Zahir membaca surah Yassin kepada Datuk Tarmizi, pernafasan Datuk Tarmizi tersekat-sekat. Terhenti bacaan Zahir, terus di toleh memandang ke arah Datuk Tarmizi. Tubuh lelaki itu bergetar, gelabah Zahir jadinya.
Tak menunggu lama dia memanggil doktor. Zahir diarahkan duduk diluar, sementara menunggu khabar dari Datuk Tarmizi. Dalam hati dia berdoa agar bapa mertuanya baik-baik sahaja.
Rambut Zahir diramas kasar, risau dengan keadaan Datuk Tarmizi di dalam. Tiba-tiba sahaja orang tua itu diserang penyakit, padahal elok sahaja pada mulanya. Mungkin dah tiba masanya Datuk Tarmizi sedar dari koma?
"Zahir? Kenapa duduk dekat luar?" Datin Melinda muncul bersama buah tangan. Dipandang wajah gusar Zahir. Zahir membasahkan bibir.
"Zahir tak tahu, tiba-tiba je pernafasan papa tersekat. Badan dia bergetar." bagitahu Zahir. Bebola matanya sudah berkaca, dia sangat risau kalau dia tak sempat nak bermesra dengan Datuk Tarmizi. Kalau boleh, dia mahukan masa bersama orang tua itu.
Datin Melinda terkesima. Terduduk dia disebelah Zahir, tubir matanya sudah terasa panas. Darahnya seakan terhenti buat seketika, sekarang dia sudah fikir yang bukan-bukan. Dia tak nak kehilangan suaminya, dia tak nak semua tu terjadi.
Zahir lihat Datin Melinda terdiam disebelahnya. Pelan-pelan tangan Zahir naik mengusap bahu Datin Melinda. Orang tua itu jugak ibu mertuanya, walaupun ibu tiri kepada isterinya.
"Aunty sabar ye. Inshaallah, papa okay.." perlahan suara Zahir bersuara, ingin menyedapkan hati orang tua itu. Datin Melinda diam, tidak bersuara.
LANGKAH Ayshah terhenti, tatkala matanya bertembung dengan adik perempuannya. Berkerut dahi Ayshah bila melihat pakaian Diyana seakan-akan mahu keluar rumah. Dah lewat malam pun masih nak keluar rumah ke?
"Dah pukul 11 malam, kau nak pergi mana?" Ayshah menyoal laju. Diyana pandang Ayshah yang baru sahaja keluar dari bilik.
"Hospital." balas Diyana sepatah, sambil itu tangannya mencari-cari kunci kereta di dalam beg tangan. Wajah Ayshah semakin curiga. Hospital? Tengah-tengah malam macam ni?
"Hospital? Kenapa? Kau nak lawat siapa tengah-tengah malam macam ni?" makin melarat soalan Ayshah. Kalau nak lawat papa, pasti Diyana tolak sama sekali. Yelah, dia tahu yang Diyana anti dengan Datuk Tarmizi.
"Tadi Abang Zahir call aku, dia bagitahu yang pernafasan papa tersekat. Aku dengan mama kena pergi hospital ni, kau duduk rumah tau kak." tutur Diyana gelabah sebelum dia melangkah setapak.
"Aku nak ikut."
Kaki Diyana terhenti.
YOU ARE READING
Syurga Buat Ayshah
RomansKarya keempat in romance by hernazulaikaa 📖 TAMAT Nur Ayshah, gadis sekuat batu. Hidupnya tidaklah seindah yang disangka, walaupun datang dari keluarga yang senang, dia tetap berdiri teguh seperti orang biasa. Dari dulu hingga sekarang, dia masih...