Bab 73

5K 251 10
                                    

LAMA biji mata Ayshah memandang figura Zahir di hadapan cermin meja solek. Lelaki itu elok sedang menyikat rambut dengan rapi, sebelum bibirnya tersenyum memandang Ayshah melalui pantulan cermin.

Berat Ayshah mahu melepaskan Zahir yang benar-benar mahu menjaga Datuk Tarmizi di hospital. Dia takut, kalau suatu hari nanti Datuk Tarmizi tersedar dari koma, dan lelaki tua itu masih tak terima dengan cara Zahir. Ayshah mengeluh.

     "Awak nak tinggalkan saya?" Ayshah menyoal, sedih. Dengarkan sahaja suara sedih Ayshah, perlahan-lahan Zahir menghampiri isterinya. Punggung dilabuhkan di sisi Ayshah, sebelum rambut Ayshah yang terjuntai di dahi di sisir lembut.

     "Hospital tak jauh pun dari rumah ni, bila-bila masa je aku boleh balik tengok kau. Lagipun ni lah peluang aku nak jaga papa, kan dia tengah sakit tu. Kesian dia.." Zahir membalas lembut. Digenggam erat tangan gebu Ayshah.

Ayshah kemam bibir. Dia beruntung sangat memiliki Zahir, walaupun cara lelaki itu kasar tapi sebenarnya Zahir memiliki hati yang tulus ikhlas.

     "Saya sebenarnya tak 100% izinkan awak jaga papa. Tapi awak suami, nak tak nak saya kena dengar cakap. Saya tahu, saya anak yang tak guna. Tapi...." tubir mata Ayshah sudah terasa panas. Suaranya berubah sebak.

     "Tapi?" Zahir angkat kening. Bila lihat wajah Ayshah sudah berubah sedih, dia kuatkan lagi pegangan tangan dia pada Ayshah. Dia tahu, Ayshah sensitif kalau sentuh bab Datuk Tarmizi ni.

     "Saya.. saya takut kalau papa nak suruh awak tinggalkan saya lagi. Saya tak sanggup Zahir, saya tak nak semua tu! Sebab tu kalau boleh, saya nak lari dengan awak supaya papa tak ganggu kita lagi." berkaca-kaca mata Ayshah membalas pandangan suaminya.

Zahir ketawa kecil. Comel je nangis!

     "Ayshah.. kenapa sampai ke situ kau fikir? Aku takkan tinggalkan kau, dan takkan sesekali lepaskan kau. Apa yang hari tu aku buat, aku cuma nak uji kau. Lagipun masa tu aku sakit hati bila kau tinggalkan aku macam tu je kat hospital. Jadi tu yang aku balas dendam balik." Zahir membalas dengan riak wajah selamba.

Bibir Ayshah mencebik. Terus tangannya laju menghempuk bahu Zahir. Kurang asam betul!

     "Sampai hati awak buat saya macam tu. Tau tak, separuh mati saya menangis sebab takut awak lepaskan saya. Kalau tau awak mainkan saya hari tu, baik saya balik je. Tak payah datang tengok awak!" Ayshah menjeling. Tersengih-sengih Zahir.

     "Aku tahu kau sayang aku. Sebab tu aku tunggu kau dekat bustop." ujar Zahir dengan wajah bangga. Tersenyum dia hingga menampakkan barisan gigi putihnya. Ayshah senyum malu-malu.

     "Awak tahu tak, saya gelabah tau bila dengar awak dah keluar hospital. Saya lari cari awak sampai lupa yang saya tengah mengandung. Kesian anak kita, tak tahu apa-apa tiba-tiba kena join sekali lari dengan ibu dia." terkekeh-kekeh Ayshah ketawa di depan Zahir.

Zahir yang mendengar cerita isteri, hanya menggeleng kepala. Betapa sayang-nya Ayshah pada dia sampai sanggup lari.

     "Kesian cinta hati ayah ni ye." perut kempis Ayshah diusap penuh kasih sayang sebelum dicium lembut. Ayshah tenang dengan sentuhan Zahir, tersenyum lebar bibirnya.

     "Awak nak pergi hospital pukul berapa?" Ayshah menyoal tiba-tiba. Zahir meneliti jam di pergelangan tangannya. Jarum jam menunjukkan pukul 1:00 tengahari.

     "Sekarang lah." balas Zahir. Riak wajah Ayshah mula berubah, sedih sebenarnya bila suami nak tinggalkan kita walaupun tak ada lah jauh mana. Alahai, bukan suami nak pergi berperang pun!

Ubun-ubun Ayshah diusap perlahan, bila Zahir perasan air wajah Ayshah berubah redup. Alahai, berat sangat nak lepaskan suami.

     "Kau pun boleh datang hospital. Dah seminggu papa kat hospital, biar lah kali ni aku pulak yang jaga papa." Zahir senyum nipis. Lemah Ayshah mengangguk kepala.

Syurga Buat Ayshah Where stories live. Discover now