Bab 45

3.9K 175 4
                                    

ZALIKHA mengeluh memandang Ayshah yang dari tadi hanya termenung memandang nasi putih berlauk daging merah. Gadis itu pasti sedang memikirkan keadaan suaminya.

     "Makan la Kak Ayshah. Dari tadi Ika tengok Kak Ayshah termenung je? Nanti kalau perut tu masuk angin macam mana?" Zalikha bersuara perlahan. Sayu matanya memandang Ayshah. Ayshah angkat wajah memandang Zalikha, melakar satu senyuman kelat di bibir.

     "Akak tak ada selera lah. Lagipun akak dah makan pagi tadi sebelum kita keluar dari rumah papa." balas Ayshah.

     "Itu pagi tadi kak, ni dah tengahari."

     "Macam mana akak nak makan kalau akak teringatkan Abang Zahir?" ujar Ayshah sayu. Sebak dia bila memikirkan keadaan Zahir di dalam wad. Sungguh terkejut dia melihat keadaan Zahir yang kelihatan kaku dan pucat. Kejamnya Datuk Tarmizi terhadap Zahir sehingga langsung tiada belas kasihan.

     "Keadaan Abang Zahir macam mana? Tadi akak jumpa doktor, doktor cakap apa?" Zalikha menukar topik tentang Zahir. Izz dan Noah menunggu diruangan bilik Zahir yang diarahkan oleh Zalikha.

     "Akak buntu sekarang." Ayshah mengeluh. Berkerut dahi Zalikha memandang Ayshah.

     "Buntu? Kenapa? Ada yang tak kena dengan Abang Zahir ke?" Zalikha menyoal laju. Makanan yang masih ada saki baki itu ditolak tepi, Ayshah menjadi perhatiannya.

     "Keadaan Abang Zahir dah semakin teruk." balas Ayshah sayu. Sekarang dah tiba masa untuk Zalikha tahu hal mengenai penyakit Zahir. Buat setakat ini, cuma Diyana dan Puan Hajar sahaja yang tahu keadaan Zahir yang sebenar.

     "Hah? Akak biar betul? Kuat sangat ke bodyguard papa pukul Abang Zahir? Teruk macam mana tu? Ada kesan luka yang dalam ke?" Zalikha menjadi penasaran. Sungguh dia tak sangka sebegitu kejamnya Datuk Tarmizi terhadap Zahir. Rasa risau dia terhadap Zahir mula kunjung tiba.

Ayshah mengeluh buat sekian kalinya. Jelas terpancar wajah risau pada permukaan Zalikha. Baik sungguh hati gadis ini walhal dia bukan keluar dari ibu yang sama. Ayshah cukup senang kerana Zalikha tidak mengikut perangai seperti ibunya. Alhamdulillah, Zalikha bukan gadis yang tamakkan harta.

     "Sakit kena pukul memang sakit. Tapi sebenarnya punca dia bukan sebab dipukul. Tapi sebab Abang Zahir menghidap jantung lemah." jelas Ayshah perlahan. Bergenang airmatanya ketika ini. Zalikha tercengang.

     "Akak takut kehilangan dia. Nyawa dia sekarang semakin lama semakin lemah. Dia perlukan pembedahan dengan segera. Akak buntu!" Ayshah meraup wajah.

     "Abang Zahir ada jantung lemah? Baru sekarang ke atau dah lama?" Zalikha merasa simpati dengan kisah hidup Zahir dan Ayshah. Sudah lah tidak direstui bapa mentua, ditambah lagi dengan satu penyakit. Memang padat betul dugaan Abang Zahir.

     "Akak mintak maaf sebab selama ni akak banyak berahsia dengan Ika dan jugak keluarga kita. Tapi Mama Hajar dengan Yana tahu pasal Abang Zahir. Akak rahsia sebab tak penting pun untuk papa dan yang lain tahu. Lagipun, Abang Zahir tak nak papa tahu." ujar Ayshah menjelaskan perkara sebenar kepada Zalikha. Zalikha memicit pelipis.

Sungguh Zalikha tak sangka yang selama ini abang ipar dia menghidap jantung lemah. Kuat betul dugaan lelaki itu. Masih tabah Kak Ayshah untuk bersama suaminya. Memang betul tulus ikhlas cinta Kak Ayshah pada Abang Zahir.

     "Akak sepatutnya cerita dekat Ika terlebih dahulu. Akak tak boleh berahsia macam ni. Akak kena bagitahu hal Abang Zahir pada papa. Kalau akak diam macam ni, makin lemak lah papa! Tengok sekarang apa dah jadi dekat Abang Zahir. Papa senang-senang upah orang untuk pukul suami akak!" Zalikha bengang. Dia sendiri pun tak faham dengan perangai yang dimiliki Datuk Tarmizi. Entah apa yang dia benci sangat pada Zahir pun tak tahu lah!

Syurga Buat Ayshah Where stories live. Discover now