Bab 42

3.4K 153 6
                                    

NOAH dan Izz tidak sanggup melihat Zahir ditumbuk dan ditendang oleh bodyguard baru dari Datuk Tarmizi itu. Pada mulanya Datuk Tarmizi arahkan Izz dan Noah supaya melakukan kerja sedemikian pada Zahir, namum begitu Izz dan Noah menolak.

Iyelah, mana sanggup Izz dan Noah melakukan perkara kejam itu kepada Zahir. Lagi-lagi Zahir itu pulak suami kepada Ayshah. Jadi tak sanggup dia berlaku kejam pada Zahir.

Seterusnya, tubuh Zahir dicampak ke dalam gudang yang terbiar. Terjelepuk Zahir jatuh di atas lantai tersebut. Terbatuk-batuk dia sambil terbaring di atas lantai. Darah di bibir sudah mengalir perlahan. Sakit di tubuhnya tak usah dikata, sangat-sangat perit. Sementelah pula dia mempunyai penyakit jantung lemah, memang automatik akan menjadi lemah.

Daya tahanan dia jugak semakin menurun. Pandangan dia jugak kabur, namun dia masih nampak bayang-bayang Izz dan Noah yang berdiri tidak jauh darinya. Kedua-duanya sedang memandangnya dengan tidak rela.

     "Tidurlah kau dalam gudang ni sampai bila-bila." lelaki berbadan besar itu menuturkan kata-kata terakhir sebelum dia mengangkat kaki. Izz dan Noah masih berdiri di situ.

Zahir masih batuk.

     "Tolong... tolong aku, Ayshah.. Ayshah sorang-sorang. Tolong aku.." terbatuk-batuk Zahir sambil berharap agar Izz dan Noah menolongnya. Namun Izz dan Noah terpaksa abaikan pertolongan Zahir. Nak tak nak dia harus mendengar arahan Datuk Tarmizi.

Lalu, Izz dan Noah beredar sebelum pintu gudang dikunci dengan kemas. Zahir lemah tak berdaya sambil mata memandang ke arah pintu gudang yang sudah ditutup dengan kemas. Tak lama itu, bebola mata Zahir tertutup rapat. Zahir pengsan.

KE hulur ke hilir Ayshah berjalan di depan TV. Benak fikirannya melayang mengingatkan Zahir di rumah Datuk Tarmizi, bagaimanalah keadaan suaminya di sana? Adakah baik-baik sahaja?

Berkeruh wajah Ayshah ketika ini. Rasa risau dia pada Zahir semakin meningkat, susah untuk dia percayakan Datuk Tarmizi sekarang. Lelaki itu benar-benar nekad untuk memutuskan hubungan dia bersama Zahir. Jadi apa-apa pun boleh terjadi pada Zahir kalau papanya mahu.

Ayshah kemam bibir sambil memandang skrin telefon bimbitnya. Sudah jam 6:00 petang. Zahir masih tak muncul-muncul, katanya sekejap sahaja. Tapi ini dah dekat dua jam!

     "Mana awak ni Zahir? Kenapa tak angkat call saya?" Ayshah hendak nangis. Sumpah dia rasa nak meraung sekarang. Sudah banyak kali dia call Zahir, tapi masih tak angka-angkat!

Keluhan risau terbit di bibir mungilnya. Mana awak ni Zahir?

DATUK TARMIZI memandang telefon bimbit milik Zahir berbunyi di meja kecil ruang tamu. Dipandang nama anak perempuannya yang terpapar jelas di skrin telefon bimbit menantunya.

Dia sedar, sudah banyak kali dia mendengar Ayshah menelefon Zahir. Dan dia cuma menayang wajah selamba seolah-olah tidak ada masalah yang berlaku. Memang dia sengaja mengambil telefon Zahir sewaktu Zahir di pukul diluar rumah.

Dia nak Ayshah tahu, yang dia jugak berani mengapa-apakan Zahir. Kalau ikutkan hati memang dia nak bunuh Zahir dengan sekejamnya. Tetapi permainannya bukan lah seperti itu, dia masih ada otak. Dia jugak tak berani untuk membunuh orang. Dia masih ada reputasi untuk menjaga kepentingan maruah keluarganya.

     "Ayshah, Ayshah... kali ni kamu memang takkan dapat jumpa suami kamu lagi. Tak lama nanti, kamu akan berpisah jugak bila lelaki bodoh tu sendiri akan mati dalam gudang." gumam Datuk Tarmizi tak berperasaan. Senyuman sinis mekar dibibir tuanya.

     "Abang, telefon siapa memekak tu?" Datin Melinda tiba-tiba muncul. Bengis sahaja wajahnya ketika ini. Datuk Tarmizi toleh memandang isterinya.

Syurga Buat Ayshah Where stories live. Discover now