Bab 60

5.1K 235 30
                                    

PAGI itu Zahir mencuci muka di dalam kamar mandi. Semalam dekat pukul empat pagi jugak dia tak dapat tidur, asyik teringatkan Ayshah sahaja. Macam mana dia nak lelap kalau isterinya hilang dengan tiba-tiba?

Pintu wad di bukak, baru sahaja Zahir mahu melangkah masuk ke dalam wad-nya. Terlihat susuk tubuh Datuk Tarmizi sedang menunggu di kerusi. Berubah tegang wajah Zahir saat dia melihat keberadaan Datuk Tarmizi di situ.

Perlahan-lahan dia menapak ke arah katilnya. Tersedar dengan kemunculan Zahir yang sedang menadah tangan untuk bersalaman, buatkan Datuk Tarmizi memandang sepi huluran Zahir. Zahir memerhati riak wajah bapa mertuanya, lelaki itu berat untuk menyentuh tangannya.

Nak tak nak, Datuk Tarmizi membalas salaman itu dengan acuh tak acuh. Zahir senyum hambar, sampai bila ye Datuk Tarmizi mahu membencinya?

     "Papa datang sini nak cari Ayshah ke?" soal Zahir lemah-lembut. Datuk Tarmizi ketawa kecil.

     "Panggil aku Datuk. Aku tak suka kau panggil aku papa. Kau bukan menantu aku." sinis Datuk Tarmizi membalas. Tersenyum Zahir mendengarnya, dia kuatkan hati kerana dia hormat Datuk Tarmizi sebagai bapa mertuanya.

     "Maaf. Datuk datang sini cari Ayshah ke? Kalau cari Ayshah, maaflah. Dia dari semalam tak datang-datang. Mungkin petang nanti dia datang lah kut lawat saya." ujar Zahir lembut bicaranya. Datuk Tarmizi menggeleng.

     "Aku datang sini nak melawat kau, bukan nak jumpa anak aku. Datang hospital dah tentu-tentu nak melawat kau." balas Datuk Tarmizi. Ada benda penting sebenarnya yang dia nak bagitahu pada Zahir, dia kalau boleh nak cepatkan perkahwinan Ayshah bersama Aydeen.

Zahir mengerut kening. Tak pernah-pernah Datuk Tarmizi mahu berkelakuan seperti ini? Melawat aku? Demam ke papa Ayshah ni?

     "Saya okay je Datuk. Belum mati lagi." satu senyuman manis terukir di bibir Zahir. Pasti Datuk Tarmizi mengharapkan umur aku tak panjang kan?

     "Bagus lah kalau belum mati. Kau sepatutnya bersyukur sebab dapat bukak mata luas-luas macam sekarang ni. Ikutkan hati aku, aku malas nak tolong kau. Buang masa je kau hidup kat bumi ni. Tak mendatangkan hasil pun!" tutur Datuk Tarmizi kesat.

Wajah Zahir sedikit hairan. Datuk Tarmizi tolong dia?

     "Datuk ada tolong saya ke? Maaf lah saya tak tahu. Tapi apa yang Datuk tolong saya ye?" soal Zahir ingin kepastian. Dia sebenarnya tak faham apa yang Datuk Tarmizi katakan. Datang dengan tiba-tiba lepas tu nak berjumpa dengan dia?

Pelik?

     "Aku kesian dengan kau. Kena tipu dengan bini hidup-hidup!" Datuk Tarmizi ketawa menganjing. Makin berubah kerutan di dahi Zahir. Apa yang Ayshah dah tipu dia?

     "Datuk jangan main-main dengan saya. Bagitahu saya, apa yang Datuk nak?" suara Zahir mula beremosi. Dalam anak matanya memandang wajah bapa mertuanya.

     "Duit pembedahan kau, aku yang tanggung. Bukan bini kau yang tanggung! Kau hidup disebabkan aku sudi nak tolong anak aku. Kalau ikutkan hati aku, aku nak kau mampus lagi bagus!" tajam anak mata Datuk Tarmizi menikam bebola mata Zahir. Panas dia melihat wajah tegang Zahir.

Zahir terkejut. Berubah mendadak wajahnya, dia seakan-akan tak percaya dengan omongan Datuk Tarmizi. Bukan kah segala kos pembedahan dia, Ayshah yang bayar? Apa kaitan dengan Datuk Tarmizi?

     "Apa yang Datuk mengarut ni?" Zahir enggan percaya. Ketawa Datuk Tarmizi mendengarnya.

     "Aku mengarut? Zahir, kau sedar tak yang kau ni punca masalah dalam hal keluarga aku? Kau datang dengan tiba-tiba, lepas tu kahwin dengan anak aku pun dengan tiba-tiba dan akhirnya kau menyusahkan lagi hidup anak aku. Kau ingat 50K tu sikit ke? Aku ni cuma kesiankan anak aku je, sebab tu aku tolong kau hidup dekat atas muka bumi ni!"

Syurga Buat Ayshah Where stories live. Discover now