Bab 63

4.2K 262 26
                                    

SUDAH lima hari Zahir berada di hospital. Kedatangan Ayshah masih dinanti. Dia sangat rindukan isterinya itu, setiap hari dia berdoa agar terbuka hati Ayshah untuk berjumpa dengannya. Masa yang dia dapat bersama Ayshah tempoh hari, sangatlah sikit dan tak puas bagi dia. 

Dia masih berfikir, kenapa Ayshah sanggup tinggalkan dia? Kenapa tak bincang dulu? Dia bukannya pemarah, dia faham kalau Ayshah nak diberikan masa. Tapi kenapa pergi tinggalkan dia macam itu aje?!

Dia jugak punya perasaan dan hati. Dia dahagakan kasih sayang dari Ayshah, tak sempat berbuat apa lagi Ayshah sudah pergi. Tinggalkan dia sorang-sorang kat hospital macam orang gila!

Zahir meraup wajah. Penat dengan semuanya!

Bunyi pintu yang terbuka dari arah luar, membunuh lamunan Zahir. Pantas dia mengalih wajah ke arah daun pintu, dia ingatkan Ayshah yang datang rupanya Diyana yang datang. Harapannya punah!

     "Abang..." Diyana kemam bibir, perlahan-lahan dia hampiri Zahir, abang iparnya. Zahir tidak jawab, hanya membalas dengan pandangan redup. Pelan-pelan Diyana melabuh punggung di kerusi berhadapan dengan Zahir.

Wajah pucat abang iparnya dipandang. Jauh di sudut hati Diyana, merasa sedih dengan keadaan abang dan kakaknya. Masing-masing berjauhan disebabkan seorang pakcik tua ini!

     "Abang sihat?" Diyana senyum nipis. Zahir membalas dengan anggukan. Lemah sungguh!

     "Sorry tau kalau Yana tak jenguk abang mana. Yana busy dengan assignment. Ni baru ada masa nak datang tengok abang." Diyana memohon ampun. Zahir masih diam dan hanya memandang wajah adik iparnya. Tiada kudrat untuk membalas.

Diyana menjadi sedih melihat kondisi Zahir. Sampai begitu sekali raut wajah abang iparnya, pucat lesi! Ini mesti rindukan Kak Ayshah.

     "Abang dah makan ke?" soal Diyana prihatin terhadap Zahir.

     "Dah, makan makanan hospital tadi." barulah Zahir membuka suara. Diyana senyum lega. Dibuatnya tak makan disebabkan Kak Ayshah, mampus aku!

     "Err abang.. Yana nak cakap ni. Abang jangan lah risau pasal Kak Ayshah, dia okay. Dia.." belum sempat Diyana mahu menghabiskan ayat-ayatnya, Zahir terlebih dahulu memotong.

     "Abang tak nak dengar pasal dia. Tak payah cerita!"

Terdiam Diyana seketika. Aik? Dah kenapa pulak Abang Zahir ni? Tak rindu bini ke?

     "Abang tak nak tahu ke pasal Kak Ayshah? Tak rindu?" Diyana menyoal sambil kening bercantum.

     "Tak. Kalau dia sayang abang, dia ada depan mata abang sekarang. Tapi kenapa dia tinggalkan abang macam orang gila kat hospital ni?" bentak Zahir. Diri dia yang berada di atas katil dipandang. Terasa macam dah tak guna hidup kalau isteri pun sanggup tinggal.

Diyana menjeling. Tak jauh pun lah Kak Ayshah tinggal, tak rilek la Abang Zahir ni. Aku tahu lah si kakak aku tu mana maunya dengan Aydeen tu.

     "Jadi abang nak salahkan Kak Ayshah?" Diyana soal dengan wajah garang. Membulat biji matanya memandang abang iparnya. Zahir diam tidak membalas, dia pura-pura memandang ke arah tingkap.

Diyana berdecit sebelum dia menampar lembut lengan abang iparnya. Geram betul aku dengan Mamat beku ni!

     "Abang ni! Ish! Kenapa macam nak salahkan Kak Ayshah? Abang tahu tak yang salahnya papa. Dia yang rancang semua ni! Abang tak baik tau sesuka hati nak tuduh Kak Ayshah tinggalkan abang tanpa sebab. Dia buat semua tu disebabkan abang! Dia sayang abang, sebab tu dia sanggup ikut kehendak orang tua tu!" membebel Diyana di depan Zahir.

Syurga Buat Ayshah Where stories live. Discover now