Bab 7

4.5K 208 3
                                    

Flashback 10 tahun yang lalu...

     "Hajar Binti Abu Bakar, aku ceraikan kau dengan talak tiga!"

Prakk!! Ketika ini hati perempuannya mula remuk tatkala suami yang dia cintai telah melafazkan cerai talak kepadanya. Sudah lah dia baru sahaja ingin khabarkan berita baik kepada suaminya, namun tiba-tiba sahaja dia mendapat 'hadiah' daripada Tarmizi.

     "Apa ni bang? Apa salah saya?" Hajar menyoal sebak. Jantungnya mula mengepam sakit. Tidak terkata peritnya apabila suami sendiri melafazkan kalimah seperti itu.

     "Kau tanya aku lagi apa salah kau?! Kau sedar tak yang selama ni kau kahwin dengan aku sebab harta?! Kau sedar tak yang kau dah tipu aku?! Kononnya cinta sampai mati, tapi rupa-rupanya dusta!" berurat leher Tarmizi saat meluahkan rasa hatinya. Tajam matanya memandang raut wajah Hajar.

Hajar menangis.

     "Apa abang merepek ni? Bila saya cakap saya nak harta abang? Ya Allah bang, sumpah saya tak ada niat macam tu pun. Saya ikhlas kahwin dengan abang, saya tak tipu abang pun!" Hajar mempertahankan maruahnya. Sakit rasanya bila suami yang kita cinta menuduh kita yang bukan-bukan tanpa sebarang bukti.

Astagfirullah al-azim, siapa yang buat fitnah ni?

     "Orang kalau dah tamakkan harta, semua boleh tipu! Kau dengar hipokrit kau boleh berambus dari rumah aku!" Tarmizi mencapak beg pakaian Hajar ke luar halaman rumah.

Hajar terkesima. Namun siapa sangka, anak sulung perempuannya sedang memerhati dengan airmata yang berderai di pipi.

     "Tergamak abang buat saya macam ni. Siapa yang hasut abang sampaikan abang percaya dengan perkara fitnah ni?!" Hajar cuba memaut lengan Tarmizi, namun ditepis kasar oleh Tarmizi.

     "Aku nak kau keluar dari rumah ni. Aku tak nak tengok muka kau dekat rumah aku lagi!" tubuh Hajar ditolak kasar. Namun nasib baik Hajar dapat mengimbangi tubuhnya dari jatuh ke atas lantai.

     "Tapi.. tapi saya mengandung."

Wajah Tarmizi berubah mendadak apabila Hajar mengungkap kata itu.

     "Saya mengandung anak abang. Anak kita." sambung Hajar. Rasanya talak yang dilafaz Tarmizi tidak sah, melainkan bila Hajar sudah melahirkan bayi tersebut baru lah talak itu jatuh.

Syurga Buat Ayshah Where stories live. Discover now