AYSHAH termenung sendiri sambil baring mengiring. Berkelip matanya memandang ke sebelah, terfikirkan keadaan Datuk Tarmizi di hospital. Anak mana yang tak fikirkan soal bapa yang terlantar di hospital? Walaupun Datuk Tarmizi berbuat macam-macam padanya, tapi keadaan Datuk Tarmizi masih berlegar-legar dalam ingatannya.
Cuma perasaan marah nya sahaja belum selesai. Perbuatan Datuk Tarmizi masih belum dimaafkan, tapi dia sebagai anak haruslah mempunyai hati yang baik untuk memaafkan segala perbuatan papanya. Tapi, sukar bagi Ayshah. Ia terlalu sakit dan sangat kecewa baginya.
Tanpa sedar, ada cecair jernih yang mengalir di batang hidungnya. Cepat-cepat Ayshah usir airmata itu sebelum di perasan Zahir.
"Ayshah." Zahir menegur sambil berlabuh punggung di birai katil. Punggung isterinya ditepuk lembut. Segera Ayshah bangun dari baring, wajah suaminya yang baru selesai mandi dipandang.
"Jom, pergi hospital." ajak Zahir tiba-tiba. Dahi Ayshah berkerut mendengar ajakan suaminya itu. Terus dia menggeleng kepala, tahu sangat nak kemana kalau tak pergi jenguk Datuk Tarmizi.
"Papa kau tenat tu, jom la pergi tengok." Zahir ajak lagi. Ayshah masih tetap sama, menggeleng dan terus kembali baring membelakangi suaminya. Hati dia masih sakit. Tiada siapa yang mampu ubatkan luka dihatinya!
Zahir mengeluh panjang. Dia akui yang dia banyak terasa hati dengan sikap bapa mentuanya itu, tapi dia sebagai menantu harus cekalkan hati. Walau sebanyak mana pun sikap jahat Datuk Tarmizi padanya, dia masih bapa kita walaupun bapa mentua.
"Ayshah jangan degil, jom!" lengan Ayshah disentuh lembut. Ayshah tetap sama, keras kepala dan buat tak dengar.
"Ayshah kau tak sayang ke dekat papa kau? Kalau dia mati hari ni macam mana? Kau sanggup tengok dia mati dalam keadaan macam tu?" Zahir membidas. Riak wajah Ayshah tika ini sangat tegang, tubir matanya mula terasa panas.
"Dah malam kan? Nak buat apa pergi?" perlahan Ayshah membalas, tanpa memandang wajah suaminya. Zahir mengeluh lagi.
"Ayshah, baru pukul 8:00. Hospital dari rumah mama tak jauh pun. Kau tak payah bagi alasan, pergi bangun siap-siap." Zahir memberi arahan keras.
"Saya tak izinkan awak pergi jenguk papa. Awak kan tak sihat lagi, rehat jela." Ayshah malas dengar arahan suaminya, masih dengan ego tingginya. Tak lama kejap, airmata pun keluar meleleh di pipi. Sensitif betul sejak dah mengandung ni.
"Aku suami ke atau kau yang suami? Sedap-sedap kau je bagi arahan macam tu? Aku tak sihat tu aku punya hal, sekarang ni bangun pergi siap sekarang!" Zahir dah mula marah. Dengar sahaja suara marah dari Zahir, Ayshah pantas bangkit dari baring dan merenung tepat wajah suaminya.
"Zahir awak ni memang bongok ke? Awak dah lupa ke apa yang papa dah buat dekat awak? Dah lupa ke?! Saya bermati-matian mempertahankan awak depan papa, tapi awak senang-senang je serah diri macam seolah-olah awak yang bersalah! Zahir, fikir guna otak. Sampai bila awak nak tunduk depan papa?" meninggi suara Ayshah ketika ini. Pandangan Zahir dilawan dengan tajam.
Mata Ayshah yang sudah berkaca itu dipandang Zahir tanpa riak. Dia tahu, Ayshah marah dia bukan sebab mahu berkurang ajar, tapi sebab masih simpan rasa terkilan terhadap Datuk Tarmizi.
"Awak tahu tak, waktu awak dalam hospital. Dia cakap, dia nak bunuh awak kalau awak tak ceraikan saya! Anak dalam perut ni dia tak pernah langsung anggap macam cucu dia! Dia kalau boleh nak campak anak ni dekat rumah anak yatim. Awak sedar tak, macam-macam papa hina awak tapi awak masih nak backup papa."
"Tak payah tunjuk alim sangat Zahir, kita hidup tak payah nak tunjuk yang kita ni baik. Kalau awak rasa awak tak puas hati dengan papa, awak bagitahu dia apa yang dia dah buat selama ni dekat awak. Saya sanggup tengok dia melutut depan awak dan merayu-rayu mintak maaf." bergerak-gerak rahang Ayshah. Merah wajahnya saat ini.
YOU ARE READING
Syurga Buat Ayshah
RomanceKarya keempat in romance by hernazulaikaa 📖 TAMAT Nur Ayshah, gadis sekuat batu. Hidupnya tidaklah seindah yang disangka, walaupun datang dari keluarga yang senang, dia tetap berdiri teguh seperti orang biasa. Dari dulu hingga sekarang, dia masih...