AYSHAH kemas barang kerjanya dengan cepat. Dia dah janji dengan Zahir untuk membawa dia ke rumah Puan Hajar dan ke rumah Datuk Tarmizi. Entah mimpi apa pulak Tuan Aydeen bagi aku kerja banyak-banyak hari ni? Memang sengaja cari pasal lah tu!
Aydeen dari bilik kerjanya mula memerhati tindak-tanduk Ayshah melalui cermin besar yang menghalang antara bilik dia dan tempat Ayshah. Dari gaya Ayshah, memang macam terburu-buru. Apa agaknya buatkan dia nak cepat eh? Aydeen mula berfikiran jauh.
Sebenarnya dia masih marah dan merajuk dengan Ayshah. Tapi tiada pulak gadis itu nak tunjuk tanda-tanda ingin memujuk dia. Memang hati kering jugak si Ayshah ni ye? Memang rasa macam tak bersalah pulak eh?
Hilang sahaja kelibat Ayshah, Aydeen mengeluh. Kenapa selama ni awak tak pernah nampak kewujudan saya Ayshah? Apa saya tak pernah bagi hint dekat awak ke selama ni? Apa yang buatkan awak selalu jauhkan diri pada saya?
Aydeen mengeluh lagi. Segera dia bangun dari kerusi dan berlalu keluar dari ruangan bilik kerjanya. Rasa lenguh di badan semakin menjadi-jadi, rasanya kena rehat dekat rumah ni.
SAMPAI sahaja di pekarangan rumah Puan Hajar, Ayshah segera berhentikan kenderaan. Wajah Zahir dipandang sebelah. Satu senyuman dihadiakan buat lelaki itu.
"Awak jangan risau, mama saya okay." Ayshah memberi keyakinan buat Zahir. Zahir tayang wajah biasa, seolah-olah tidak merasa takut dengan perjumpaan ini. Ayshah dah jeling. Mamat ni tak berdebar-debar ke? Aku yang anak mama pun berdebar-debar tau!
"Agak-agak nak duduk berapa lama dalam kereta kau ni?" Zahir angkat kening dengan lagak selamba. Ayshah mencebik.
"Okay, okay! Dah boleh keluar." Ayshah segera keluar dari perut kereta, manakala Zahir mengikut langkah Ayshah dari belakang. Sampai sahaja di pintu rumah, Ayshah memberi salam selepas melangkah masuk. Ayshah menyuruh Zahir duduk terlebih dahulu. Mungkin sebab kelibat Puan Hajar tidak kelihatan.
"Awak duduk dulu, saya nak pergi cari mama saya kejap." Ayshah pantas mengatur langkah ke arah dapur. Susuk tubuh mamanya dicari, melilau mata Ayshah mencari kelibat Puan Hajar. Sampai sahaja di dapur, kelihatan Puan Hajar sedang menyiram pokok bunga dibelakang rumah. Puan Hajar, dihampiri.
"Mama!" sergah Ayshah dibelakang Puan Hajar. Puan Hajar tersentak dengan kejutan Ayshah dari belakang. Sempat dia mendengus perlahan. Wajah anaknya dipandang geram.
"Ish kamu ni Ayshah! Nasib baik mama tak tersiram muka kamu." omel Puan Hajar geram. Ayshah tersengih di depan Puan Hajar sebelum tangannya memeluk lengan mamanya. Satu senyuman payah terlayar di bibir Ayshah. Macam mana aku nak bagitahu mama pasal Zahir ni eh?
"Mama, kita ada tetamu dekat depan tu." langkah Puan Hajar terhenti di tengah-tengah tatkala Ayshah memberitahu. Wajah anak perempuannya dipandang.
"Siapa?"
"Err kawan Ayshah."
"Lelaki ke perempuan?"
"Lelaki."
Wajah Puan Hajar berkeruh. Sejak bila anak aku dah pandai berkawan dengan lelaki? Selalunya payah dia nak berkawan dengan lelaki, kalau ada pun si Aydeen tu.
"Ma, Ayshah ada benda nak berbincang dengan mama. Boleh kita ke depan kejap?" wajah Ayshah berubah serius. Makin risau muka Puan Hajar memandang Ayshah. Pantas Ayshah menarik lengan mamanya ke ruang tamu.
Sampai sahaja di ruang tamu, Puan Hajar terpandang seorang lelaki yang sedang menunggu di ruang tamu. Wajah Ayshah dipandang, sepertinya ingin penjelasan. Tak pernah-pernah dia lihat wajah lelaki garang itu? Ayshah yang perasan dengan riak wajah Puan Hajar hanya mampu memberikan satu senyuman payah.
YOU ARE READING
Syurga Buat Ayshah
RomanceKarya keempat in romance by hernazulaikaa 📖 TAMAT Nur Ayshah, gadis sekuat batu. Hidupnya tidaklah seindah yang disangka, walaupun datang dari keluarga yang senang, dia tetap berdiri teguh seperti orang biasa. Dari dulu hingga sekarang, dia masih...