ZAHIR diam, dia perhati sahaja wajah isterinya. Habis basah lencun dek airmata yang tidak henti-henti keluar. Dia bukan marah, dia jugak faham yang Ayshah buat semua tu kerana takut kehilangannya.
Tapi pernah ke Ayshah terfikir, yang dia jugak akan kehilangan Ayshah? Tiada apa yang berubah pun, masing-masing akan rasa kehilangan. Dan perasaan itu makin sakit, bukan menambah makin bahagia. Faham?
"Saya nak kita bahagia semula. Tolong Zahir, bagi saya peluang. Saya janji yang saya takkan tinggalkan awak lagi, saya merayu jangan tinggalkan saya." permintaan sebak dari Ayshah itu buatkan Zahir terdiam. Dia cuba menjadi anak jantan supaya tidak keluarkan cecair jernih di tubir mata.
Dia jugak mahu bersama Ayshah semula, tapi perasaan kecewa dan sedih masih bermain di hatinya. Dia jugak ada perasaan dan hati, dia tahu dia datang dalam hidup Ayshah dengan sebatang kara. Tapi perlu ke Ayshah tinggalkan dia sorang-sorang di hospital?
Sekurang-kurangnya jenguk lah, walaupun dia tidak tahu.
"Papa kau cakap, yang kau akan kahwin dengan Aydeen. Jadi kau kembali lah pada dia, kalau kau nak aku lepaskan kau hari ni, jom kita pergi hospital. Aku lepaskan kau depan papa kau."
Ayshah tersentak. Tidak berkelip matanya memandang Zahir, bergetar tubuhnya sambil menggeleng-geleng kepala. Dia tidak setuju dengan cadangan Zahir, pantas dia dekati Zahir dan mencengkam pergelangan tangan Zahir dengan lembut.
Dia menatap bebola mata Zahir dengan penuh berkaca di kelopak mata. Cuba ingin menenangkan jiwa dan fikiran Zahir, dia tahu Zahir sedang kacau bilau. Dia tak nak disebabkan perasaan Zahir yang satu itu, boleh meruntuhkan rumahtangga dia bersama Zahir.
Dia tak nak sama sekali!
"Zahir sayang... jangan macam ni please? Saya merayu jangan ubah fikiran awak, tolong jangan terhasut dengan kata-kata papa. Semua tu tak betul! Saya dengan Aydeen takkan kahwin. Kami berdua takkan kahwin sampai bila-bila, saya dah ada awak buat apa lagi saya nak kahwin dengan lelaki lain?" Ayshah dah berdebar. Kehilangan Zahir amatlah terluka dan perit baginya, cukup la dia menanggung rindu sebelum ni.
Tidak mahu lah dia terus-terusan merasa kehilangan Zahir. Dia tidak mahu melihat kepergian Zahir sementelah pula dia sedang mengandungkan anak lelaki itu. Tergamak kah Ayshah mahu melihat baby yang baru lahir tanpa ayah disisi?
Tidak! Dia tak kuat untuk mengharungi perjalanan seperti itu. Dugaan berat itu tidak mampu buat dia, dia akan lemah sepenuhnya.
"Itu perjanjian kau dengan papa kau. Dia nak aku lepaskan kau, dan nak kau kahwin dengan Aydeen. Ayshah, cuba kau tanya orang lain dari mana datangnya bahagia dalam sebuah perkahwinan. Hubungan kita tak direstui, sampai bila-bila pun kita takkan bahagia kalau orang tua kita tak redho."
"Papa kau bencikan aku Ayshah. Dia sanggup nak bunuh aku sebab nak suruh kau kahwin dengan Aydeen. Pandang muka aku pun dia tak nak! Apa lagi yang kau nak harapkan dalam diri aku ni, Ayshah? Aku tak ada apa untuk dibanggakan."
"Jadi jalan yang terbaik, kita berpisah." tangan putih Ayshah dileraikan setelah panjang lebar dia berkata. Zahir terpaksa, walaupun dia tahu melepaskan Ayshah itu adalah berat baginya. Dia tak sanggup tengok Datuk Tarmizi terlantar dihospital kerana mahu sangat dia lepaskan Ayshah.
Gila ke? Disebabkan mahu perpisahan, Datuk Tarmizi sakit. Bukan jelas nampak salah Zahir ke di situ? Mungkin Zahir hanya pembawa malang di dalam keluarga Ayshah.
Ayshah dah takut, dia tarik balik tangan Zahir sambil mencium-cium belakang tapak tangan Zahir. Menangis-nangis dia di depan Zahir. Jantung Zahir seakan berdetak dengan laju, dia tak sanggup tengok Ayshah sebegini.
YOU ARE READING
Syurga Buat Ayshah
RomanceKarya keempat in romance by hernazulaikaa 📖 TAMAT Nur Ayshah, gadis sekuat batu. Hidupnya tidaklah seindah yang disangka, walaupun datang dari keluarga yang senang, dia tetap berdiri teguh seperti orang biasa. Dari dulu hingga sekarang, dia masih...