Bab 31

4.1K 171 4
                                    

JAM tepat pukul 12:00 am Ayshah mula terlena disebelah Zahir sambil berbantalkan lengannya. Manakala tangannya masih setia mengenggam jari-jemari Zahir. Zahir yang masih belum menutup mata akibat terjaga sebentar tadi hanya merenung Ayshah disebelah.

Lama dia memerhati gadis berambut panjang itu sebelum airmatanya kembali menitis di pipi. Dalam hatinya masih tertanya-tanya, kenapa Ayshah tidak memarahinya selepas tahu keadaan sebenar. Masih kuat kah cinta gadis itu padanya?

Dipandang tangannya yang digenggam kuat oleh Ayshah. Terbit satu senyuman nipis tatkala dilihat tangannya digenggam kemas oleh Ayshah. Benarlah kata Ayshah, hanya dia sahaja yang Ayshah pandang sekarang. Tiada siapa lagi yang berada di hati perempuan itu selain dia.

Beruntung kerana dia dapat berada di samping gadis itu walhal Ayshah tahu yang dia tiada apa-apa selain ada hati dan perasaan. Dia sedar antara dia dan Aydeen, lelaki itu lebih hebat berbanding dia. Kalau dipandang, Aydeen lebih layak berada di sebelah Ayshah. Dia? Sekadar menumpang kasih sayang orang!

Namun apakan daya, dari awal lagi Ayshah sudah memilihnya berbanding Aydeen. Entah apa yang dipandang Ayshah pun dia tak tahu? Dia cuba untuk sedarkan Ayshah, tapi gadis itu tetap degil. Terasa seperti bangga kerana dapat memiliki hati gadis itu.

Ayshah.. menjadi sebahagian daripada hidup awak adalah perkara yang indah bagi saya..

PINTU tandas dibuka setelah usai mencuci muka dan gosok gigi. Perlahan Ayshah hampiri katil Zahir yang sedang menunaikan solat di atas katil hospital. Terbentuk satu senyuman di bibir Ayshah, rasa terharu kerana dapat memiliki suami seperti Zahir. Walaupun kasar macam harimau, tapi kerja dia sebagai hamba Allah tak pernah lupa. Solat itu penting!

Usai sahaja solat subuh, Zahir letak kopiah hitam di atas meja kecil disebelah katil. Dipandang wajah bersih Ayshah disebelah.

     "Kau tak solat sekali?" soal Zahir. Ayshah geleng kepala.

     "Saya tak boleh solat." malu-malu Ayshah menjawab. Zahir angguk faham. Tak lama kemudian, Ayshah labuhkan punggung di atas katil disebelah Zahir sebelum pergelangan tangan suaminya dipegang lembut.

Zahir hanya biarkan sahaja.

     "Maafkan saya.." ujar Ayshah tiba-tiba. Pergaduhan antara dia dan Zahir sewaktu di kondo mereka semalam buatkan Ayshah rasa bersalah. Dia sepatutnya seorang isteri kena faham situasi Zahir. Kalau staff Aydeen tahu perkara sebenar tentang hubungan dia dan Zahir, pasti Zahir tidak dipaksa untuk menolong Melissa.

Zahir mengerut kening.

     "Maaf? Kenapa? Kau ada buat salah apa dekat aku?"

     "Saya dah tengking awak semalam. Saya rasa berdosa. Saya tak sepatutnya desak awak macam tu semalam. Maafkan saya.." tutur Ayshah perlahan. Waktu-waktu begini lah airmata ingin merembes keluar.

Zahir senyum nipis.

     "Bukan topik tu sepatutnya kita bincang. Mesti kau tertanya-tanya kenapa aku tak bagitahu pasal penyakit aku kan? Aku tahu aku dah banyak sakitkan hati kau, sepatutnya aku yang kena mintak maaf. Aku tahu kau cintakan aku, tapi aku je bodoh sebab buat-buat tak nampak. Aku buat semua tu sebab aku sedar diri Ayshah. Aku tak nak susahkan kau, cukup lah aku buat keluarga kau benci aku. Aku mintak maaf.." dibelai lembut rambut panjang Ayshah. Dia betul-betul rasa bersalah dengan Ayshah.

Ayshah senyum sambil mengesat airmata. Air hidung ditarik.

     "Saya nak hidup bersama awak sampai maut memisahkan kita. Tipu lah kalau saya tak marah awak sebab rahsiakan penyakit awak dari saya. Saya isteri awak kut, saya berhak tahu diri awak. Tapi saya faham awak Zahir. Saya tahu apa yang awak alami selama ni. Percayalah, saya cintakan awak lebih daripada nyawa saya. Saya tak nak kehilangan awak. Saya takut kalau awak pergi dulu daripada saya. Awak dah janji kan nak jaga saya?" makin menjadi-jadi pulak tangisan Ayshah. Entah sakit nangis dia lain macam, benar-benar menusuk ke hati.

Syurga Buat Ayshah Where stories live. Discover now