"SERONOK?" dingin suara Ayshah menyoal Zahir tatkala dia melihat tubuh Zahir terlentang di atas sofa. Balik sahaja dari ofis, Ayshah segera mengurung diri di dalam kamar. Tunggu Zahir punya lama, buat dia rasa nak meletup dada.
"Apa yang seronok?" Zahir balas acuh tak acuh. Dijeling sekilas wajah Ayshah. Rasa marah dia pada Ayshah tentang Aydeen masih terbuku di hati. Mananya dia tak ambil hati kalau Ayshah seolah-olah membela Aydeen lebih daripadanya.
Ayshah berpeluk tubuh dan berdiri tegak di depan Zahir.
"Seronok balik lewat? Seronok dapat dukung Melissa depan saya? Seronok Zahir?" mata Ayshah dah merenung tajam wajah Zahir. Geram dia pada Zahir masih ada, gila ke tak sakit hati tengok suami sendiri mencempung tubuh wanita lain? Depan mata sendiri pulak tu!
Zahir segera bangkit dari baring dan duduk di hadapan Ayshah. Anak mata memandang riak wajah tegang isterinya.
"Dia pengsan, jadi aku tolong dia." bagitahu Zahir. Ayshah ketawa sinis.
"Pengsan? Kenapa dah tak ada orang lain ke nak tolong dia? Kenapa mesti awak jugak?" soal Ayshah garang. Hari ini dia akan mengisytiharkan bahawa peperangan antara dia dan Zahir bakal berlaku hari ini.
"Kau faham tak, waktu tu semua staff pandang aku. Jadi takkan lah aku nak biarkan Melissa terbaring atas lantai macam tu? Aku cuma nak tolong, bukan buat apa pun!" jawab Zahir malas.
"Senangnya awak cakap? Cuma tolong? Zahir... saya.." kini airmata Ayshah mula berlinang. Entah kenapa hati dia merasa sebak ketika ini, mungkin perasaan cemburu dia pada Zahir semakin menebal.
Zahir hanya memerhati.
"Saya tak suka awak rapat dengan Melissa! Awak tak faham bahasa ke?!" Ayshah dah meninggi suara. Merah matanya memandang Zahir dengan tajam.
"Yang kau nak tengking aku macam ni kenapa?" Zahir bangun dari sofa empuk dan berdiri tepat di hadapan Ayshah. Dahinya sudah berkerut-kerut memandang Ayshah.
"Zahir, saya ni dah cukup penat dengan awak. Macam mana lagi saya nak tunjuk rasa cinta saya pada awak? Kenapa awak masih tak faham? Kenapa awak masih tak nampak?" airmata Ayshah mula menitik perlahan-lahan di pipi gebunya. Hati dia kian bertambah sebak.
Zahir mengeluh.
"Aku dengan Melissa tak ada apa-apa. Aku cuma tolong dia je, kenapa kau nak melenting sangat ni?" ujar Zahir. Salah ke dia nak tolong Melissa? Dia sendiri pun tak tau yang Melissa sudah pengsan di tengah-tengah lobi utama. Dan waktu tu semua mata staff pandang ke arahnya. Takkan dia nak buat dunno?
"Sakit hati saya tengok awak dukung tubuh Melissa macam tu. Macam awak ni bukan suami saya. Berapa kali saya nak cakap, saya tak suka awak rapat dengan Melissa. Tak kira tolong ke tak tolong ke, saya tetap tak suka. Awak milik saya, saya tak suka kongsi! Lagi sekali saya ulang, saya tak suka!!!" Ayshah menjerit sekuat hati dengan nada marah. Dia benar-benar geram melihat adengan bersentuh itu.
Zahir kemam bibir. Dia tahu Ayshah sedang marah, jadi dia perlu tenang.
"Zahir... selama kita kahwin, pernah awak sentuh saya? Pernah awak bagi nafkah batin pada saya? Saya ni memang bukan isteri awak ke Zahir? Saya pun ada hati dan perasaan. Dah dua bulan kita kahwin Zahir! Kenapa awak buat saya macam ni?!" pantas dada tegap Zahir tepuk tampar Ayshah. Dia betul-betul kecewa dengan Zahir. Kenapa Zahir masih tak faham dengan perasaan dia? Susah sangat ke bagi Zahir?
Perbuatan Ayshah langsung tak memberi impak pada Zahir pada awalnya, tapi lama-kelamaan Zahir terbatuk kecil.
"Awak jahat! Awak langsung tak nak faham saya! Awak betul-betul jahat!" Ayshah dah menangis teresak-esak sebelum dia membawa langkah ingin meninggalkan Zahir di ruang tamu.
YOU ARE READING
Syurga Buat Ayshah
RomanceKarya keempat in romance by hernazulaikaa 📖 TAMAT Nur Ayshah, gadis sekuat batu. Hidupnya tidaklah seindah yang disangka, walaupun datang dari keluarga yang senang, dia tetap berdiri teguh seperti orang biasa. Dari dulu hingga sekarang, dia masih...