Bab 22

3.5K 166 8
                                    

SEDANG enak Ayshah menonton televisyen bersama Diyana, telefon bimbitnya berbunyi mesej. Sungguh menganggu ketenteraman dia sekarang. Siapa lah mesej aku waktu-waktu malam macam ni? Segera Ayshah mencapai telefon disebelah tempat duduknya. Tertera nama ‘Tuan Aydeen’ di situ. Ayshah gigit bibir.

     “Kak, nak air tak? Aku nak buat.” Diyana mencelah, dipandang wajah kakaknya yang sedang menatap telefon bimbit. Ayshah toleh pandang adiknya. Hanya anggukan sahaja dia beri. Diyana akur lalu punggung di angkat untuk menuju ke ruangan dapur.

Hilang sahaja kelibat adiknya. Ayshah segera membaca mesej dari Aydeen.

Tuan Aydeen :
Ayshah, saya nak jumpa awak malam ni boleh?

Berkerut dahi Ayshah apabila membaca mesej dari majikannya. Malam-malam macam ni Tuan Aydeen nak jumpa aku? Nak buat apa jumpa? Ayshah berada dalam teka-teki, ingin membalas atau tidak. Tapi masalahnya dah lewat malam. Takkan aku nak keluar jumpa dia? Haih, Ayshah kau dah ada suami okay!

Zahir turun tangga dengan perlahan. Terlihat sahaja bayang Ayshah diruang tamu, segera dia hampiri gadis itu. Baru sahaja dia ingin melabuhkan punggung di sebelah isterinya. Anak matanya mula perasan mesej yang tertera di kaca telefon isterinya. Kini dia membelakangi Ayshah tanpa gadis itu sedar dengan kehadirannya.

     “Mesej siapa tu?”

Tersentak Ayshah dengan soalan Aydeen. Hampir sahaja tak terbaling telefonnya di bawah. Terpinga-pinga mata Ayshah memandang Zahir yang sudah berada di sisinya. Risau jikalau Zahir tahu mesej dari Aydeen.

     “Tak.. tak ada siapa.” tergagap Ayshah sambil tersengih kelat. Ingin membohongi suami, berharap sangat agar Zahir tidak berfikir yang bukan-bukan. Tapi kalau Zahir tahu pun, dia bukan ambil kisah pun kan?

Zahir capai bantal empat segi sebelum dipeluk erat. Wajah ketakutan Ayshah dipandang dari kedudukan tepi.

     “Sini phone tu.” belum sempat Ayshah mahu menepis tangan kasar Zahir, telefon bimbitnya sudah selamat berada di tapak tangan suaminya. Zahir senyum puas kerana dapat merampas telefon bimbit isterinya dengan tangkas sekali. Ayshah dah hembus nafas risau.

Segera Zahir membaca mesej itu. Ajakan dari Aydeen itu membuahkan soalan yang bukan-bukan di dalam benak fikirannya. Berkerut-kerut dahinya membaca mesej itu. Tak silap dia, Aydeen ini majikan Ayshah. Dia masih ingat lagi nama lelaki ini. Pantas mata coklat Zahir menoleh memandang Ayshah yang berdiam diri disebelahnya.

     “Dia ajak kau keluar? Dia nak apa?” Zahir menyoal langsung. Ayshah dengan selamba mengangkat kedua belah bahunya. Zahir kembalikan semula telefon bimbit isterinya. Ayshah sambut dengan takut.

     “Kau setuju ke dia ajak keluar tu?” Zahir menjadi tukang soal. Ayshah pantas geleng kepala dengan laju. Dia memang kalau boleh tak nak setuju pun dengan ajakan Aydeen. Gila ke dia nak keluar dengan lelaki lain, sementelah pula dia sudah sah menjadi isteri kepada Zahir. Memang gila!

     “Bagitau dekat dia yang kau tak boleh keluar, jangan buat dia tertunggu-tunggu.” ujar Zahir perlahan. Matanya mula terhala ke arah kaca televisyen sambil menghela nafas panjang. Ayshah pandang Zahir dengan lama, dia tau Zahir tidak mencintainya, tapi seorang suami pasti marah kalau ada orang lain cuba-cuba untuk mengajak isterinya keluar. Malam-malam pulak tu.

     “Siapa ajak keluar?” Diyana muncul bersama dua gelas air milo panas. Terteleng kepala Ayshah memandang Diyana yang dah mula berkerut dahi itu. Silih berganti Ayshah memandang Zahir dan Diyana. Melihatkan sahaja Zahir diam, terpaksa Ayshah menjawab pertanyaan adiknya.

     “Tak ada siapa lah. Errr tu air aku kan? Terima kasih Yana...” Ayshah mengubah topik sambil menyambut gelas kaca yang dipegang Diyana. Diyana senyum kelat memandang Ayshah dan Zahir. Lain macam betul muka suami Kak Ayshah ni?

Syurga Buat Ayshah Where stories live. Discover now