"ZAHIR.." Ayshah menepuk sedikit bahu suaminya yang masih lena di ruang tamu. Lama betul Zahir tidur di atas sofa, solat Asar sudah pun masuk tapi masih lelaki itu lena ketiduran.
"Zahir.. bangun dah masuk Asar ni." suara dikuatkan sedikit sambil tangan masih menepuk-nepuk di bahu kiri suaminya.
Zahir masih lena dibuai mimpi tanpa sedar dari kejutan Ayshah. Wajah kacak Zahir dipandang Ayshah.
"Penat sangat ni.. sampai aku kejut pun dah tak sedar." gumam Ayshah sorang diri. Tanpa sedar, bibir merahnya menguntum senyuman manis. Dibelai pipi putih Zahir dengan lembut.
Alang-alang Zahir tengah tidur, ini lah peluang dia untuk menyentuh segala permukaan Zahir. Selalunya susah untuk dia menyentuh kulit lelakinya, Zahir kan sejenis dingin. Garang tak bertempat!
"Muka hensem, tapi hati batu!" kutuk Ayshah perlahan. Bibir sudah tercebik-cebik sambil mata tak lepas memandang Zahir yang enak ketiduran. Buat sekian kalinya Ayshah mengeluh panjang.
"Zahir bangun.. dah Asar ni!"
Baru lah lelaki itu menggeliat kecil, seakan memberi respon kepada Ayshah. Perlahan-lahan biji mata Zahir membuka kecil, dipandang segenap wajah Ayshah dengan pandangan kabur.
Ayshah menjeling sekilas.
"Bangun, dah Asar.. kejap lagi terlepas solat Asar padan muka awak!" ujar Ayshah garang. Zahir jeling sekilas wajah Ayshah, sempat dia menguap di depan isterinya.
"Hari ni kau masak tak?" tiba-tiba soalan itu menjadi pertanyaan.
"Kenapa? Awak lapar?"
"Kalau aku tanya tu maksudnya aku lapar lah.." balas Zahir menyindir. Dah lama dia tak merasa masakan Ayshah sejak mereka berdua bergaduh kecil tentang Melissa. Ayshah mencebik.
"Awak nak makan apa?" Ayshah menyoal acuh tak acuh. Lagipun dia rindu jugak nak masak untuk Zahir, dah lama dia tak bermanja-manja dengan suami tersayang walaupun dia tahu layanan Zahir kepadanya agak kasar.
"Apa-apa jelah! Jangan kau masak daging ular sudah." Zahir pantas bangkit dari kerusi lembut dan melangkah meninggalkan Ayshah di ruang tamu. Sudah ingin menunaikan solat Asar, risau kalau ditinggal lama-lama. Tak pasal-pasal dapat dosa!
Ayshah mengeluh panjang. Susah betul lah Zahir ni, memang tak penat ke asyik tayang wajah bengis sahaja?!
AYAM gulai yang sudah siap dimasak, ditutup api gas dengan segera. Ayshah sempat menghidu bau masakannya, kembang kempis hidungnya sambil bibir tak lekang dengan senyumannya.
Baru sahaja Zahir ingin melangkah ke arah dapur, kakinya terhenti di sebalik dinding. Lama dia perhati belakang tubuh isterinya yang sibuk dengan memasak. Tanpa sedar bibir comel Zahir tersenyum memandang isterinya.
Girang Ayshah bernyanyi di ruang dapur sambil tangannya lincah menyiapkan hidangan makan malam untuk si suami tersayang. Gulai ayam yang sudah siap dimasak, sudah pun berada dalam mangkuk kaca berwarna putih.
Bibir masih bernyanyi kecil. Enak sekali dia bergembira di ruang dapur tanpa dia menyedari kehadiran Zahir. Gulai ayam diletak atas meja makan, udang masak merah jugak siap dihidang bersama.
Nasib baik lah dia sempat membeli barang basah kelmarin lepas, saja nak buat stock baru. Senang lah dia nak masak kalau si Zahir ini mintak.
Sedang Ayshah menyediakan hidangan malam, Zahir melangkah menghampiri Ayshah. Terkaku sekejap Ayshah apabila Zahir sudah menarik kerusi di depannya. Aik? Sejak bila pulak Mamat ni ada dekat sini?
YOU ARE READING
Syurga Buat Ayshah
RomanceKarya keempat in romance by hernazulaikaa 📖 TAMAT Nur Ayshah, gadis sekuat batu. Hidupnya tidaklah seindah yang disangka, walaupun datang dari keluarga yang senang, dia tetap berdiri teguh seperti orang biasa. Dari dulu hingga sekarang, dia masih...