Bab 70

5.6K 272 40
                                    

BAGAIKAN helang mata Zahir merenung segenap wajah isterinya, Ayshah. Tidak lepas satu pandangan pun pada wajah isterinya. Dia mahukan penjelasan daripada wanita itu. Apakah selama ni Ayshah merahsiakan perkara 'baik' itu padanya?

Ayshah yang sedang bersandar pada kepala katil, sudah berdebar-debar bila Zahir merenungnya seakan mahu menelan. Zahir yang duduk di birai katil, langsung tidak memberi Ayshah peluang untuk bernafas lega.

Mesti kena marah kejap lagi.

     "Kenapa saya yang kena rehat? Bukan ke awak yang kena rehat? Awak kan baru keluar hospital? Jantung awak tu masih baru, rehat lah jugak." Ayshah tersenyum. Walaupun Ayshah tahu yang Zahir sedang marahkan dia, tapi tapak tangan Zahir masih melekat pada tangannya.

Dia tak mahu lepaskan tangan Zahir walau macam mana sekalipun. Dia risau kalau Zahir pergi tinggalkan dia lagi.

     "Kau kan mengandung. Kena lah rehat." balas Zahir, mendatar. Ayshah menelan air liur dengan kesat. Begitu tegang sekali keadaan sekarang.

Ayshah diam dan cuba berpura-pura memandang ke bawah. Jari yang masih melingkar erat, ditenung Ayshah. Dia takut nak bertentang mata dengan Zahir. Pandangan itu amat seram!

     "Kenapa pandang bawah? Takut?" Zahir menyoal. Matanya masih setia memandang Ayshah. Masih menanti jawapan dari isterinya. Ayshah angkat wajah, membalas pandangan mata Zahir.

Bibir di kemam.

     "Kenapa awak tenung saya macam tu? Saya ada buat salah ke?" Ayshah bertanya. Sengaja dia tanya soalan yang dia sudah tahu, pandangan Zahir sekarang memang tampak tak puas hati. Ayshah dah buntu, dia takut sebenarnya. Sudah lah dekat bustop tadi dia sudah puas menangis, takkan sekarang pun dia nak nangis lagi?

     "Macam mana mama tahu kau mengandung? Kenapa aku baru tahu hari ni?" soalan dari Zahir akhirnya meniti jugak di bibirnya. Ayshah menelan air liur dengan kesat, agak dah mesti nak tanya soalan begini.

     "Sorry.. saya tak ada niat pun nak rahsiakan hal ni dari awak. Saya tak tahu nak bagitahu dekat awak macam mana? Papa langsung tak bagi saya peluang untuk jumpa awak, saya buntu Zahir." jelas Ayshah sambil beriak wajah sedih.

Pada mulanya, dia memang nak bagitahu Zahir perkara ni. Tapi akal melarang, kerana dia tahu padah apabila memberitahu kepada Zahir. Pasti Datuk Tarmizi tak senang duduk kalau Ayshah bagitahu soal kandungan dia pada Zahir.

     "Aku kecewa, semua orang anggap aku macam tak wujud. Anak dalam perut tu, anak aku tau. Sepatutnya, aku orang pertama yang kena tahu. Macam-macam aku tempuh dekat hospital sorang-sorang. Setiap hari aku tunggu kau datang, setiap hari aku rindukan kau. Salah ke aku nak bahagia?" Zahir hendak nangis. Sebak bila teringatkan dirinya yang sebatang kara ini, keluarga pun dah tak ada. Mana tak kecewa kalau semua orang anggap dia tak wujud!

Ayshah kemaskan lagi pegangan tangannya pada tangan Zahir. Dia tak suka tengok Zahir sedih-sedih begini, lagi tambah risau dia jadinya.

     "Jangan lah cakap macam tu. Semua orang anggap awak wujud, semua orang sayangkan awak. Ye, saya tahu awak orang pertama yang kena tahu soal kandungan saya. Tapi saya nak bagitahu macam mana? Papa larang! Bukan saya tak nak datang tengok awak dekat hospital, tapi setiap kali saya mintak nak jumpa awak, papa tak izinkan. Dan kalau awak nak tahu, saya ada datang jenguk awak dekat hospital. Tapi, dalam keadaan yang awak tak tahu." panjang lebar Ayshah menjelas.

Jari-jemari Ayshah naik menyentuh pipi Zahir. Mengusap penuh lembut dengan kasih sayang.

     "Zahir, saya sayangkan awak lebih daripada nyawa saya. Tiada apa yang dusta pun soal cinta saya pada awak. Apa yang awak rasakan sekarang, sama macam saya rasakan jugak. Perkahwinan kita, takkan hancur sama sekali. Saya takkan kahwin dengan pilihan papa saya, dan saya yakin kita akan bahagia."

Syurga Buat Ayshah Where stories live. Discover now