"BUKAK!"
Meraung Ayshah di dalam kamar tidurnya. Diketuk-ketuk daun pintu itu dengan kuat, namun orang luar tetap menghiraukan tangisan Ayshah. Zalikha pandang kamar tidur Ayshah dengan lama. Terbit rasa kesian dengan kakaknya itu.
"Hah Ika, buat apa depan bilik Ayshah?" Datin Melinda menyoal dingin, saat dia muncul di sebelah anaknya itu. Zalikha pandang Datin Melinda.
"Apa function papa kunci Kak Ayshah dalam bilik? Tak ada gunanya lah dia kurung Kak Ayshah macam ni." tutur Zalikha marah. Kesian dia melihat Ayshah meraung-raung di dalam bilik. Apa salahnya biarkan gadis itu mencari suaminya? Kejam sungguh Datuk Tarmizi ini!
Datin Melinda menghela nafas pendek.
"Kamu jangan mengada-ngada nak bukak kan pintu untuk dia. Nanti tak pasal-pasal papa pulak yang tampar kamu!" Datin Melinda memberi peringatan kepada anak perempuannya itu. Zalikha merengus perlahan.
"Punca sebenarnya apa? Kemana Abang Zahir pergi?" Zalikha mula menyoal.
"Kamu tak payah sibuk hal orang tua. Kamu tu budak lagi. Ingat, jangan mengada-ngada nak tolong Ayshah!" Datin Melinda menjeling sekilas sebelum mengorak langkah meninggalkan Zalikha di situ. Zalikha mati kata.
Heshh! Macam-macam lah.
JAM menunjukkan pukul 1:30 pagi. Ayshah masih belum lena, dirinya masih menangis memikirkan Zahir yang hilang tanpa punca. Hidup Ayshah sekarang benar-benar pudar. Dirinya tak tahu dimana suaminya sekarang?
Tubuhnya bersandar pada hujung katil sambil memeluk kaki. Airmata sentiasa mengalir tanpa di usap. Dia risau dengan keadaan Zahir yang tak tahu dimana sekarang. Sumpah, dia betul-betul bencikan Datuk Tarmizi. Sampai bila-bila pun dia akan ingat perbuatan Datuk Tarmizi kepadanya!
Untuk apa Datuk Tarmizi mengurungnya sebegini? Apa lagi yang Datuk Tarmizi mahu menghukumnya? Apa lagi yang masih tak puas hati? Kenapa sanggup Datuk Tarmizi buat dia sebegini? Dimanakah hati orang tua itu?
"Zahir, mana awak? Awak pergi mana? Tolong saya.. saya perlukan awak." Ayshah berkata sendirian. Sungguh dia merindukan suaminya saat ini. Sumpah demi apa pun, dia tak nak berpisah dengan Zahir. Sehebat mana pun rancangan papanya, dia tetap akan setia mati bersama Zahir.
Air hidung ditarik. Tersedu-sedu Ayshah menangis di hujung katil. Dia tak tahu macam mana cara untuk dia keluar dari bilik tidurnya. Tiada siapapun yang akan tolong dia. Dia ketuk pintu pun tak akan ada yang bukak. Macam mana caranya lagi untuk dia selamatkan Zahir?
"Ya Allah... aku tak kuat.." bebola mata dipejam rapat, mengalir airmata Ayshah menyembah lekuk pipinya. Dia hanya mampu berdoa kepada Allah supaya menolongnya keluar dari rumah neraka ini!
Dia berharap agar Zahir tidak diapa-apakan oleh sesiapa. Dia takut kalau lelaki itu jatuh pengsan atau lebih tepat nyawa terhenti. Ya Allah, kau lindungi lah suamiku..
PAGI yang suram itu membuatkan Ayshah masih terkunci di dalam kamar tidurnya. Perlahan-lahan biji matanya dibuka. Semalam lewat dia tidur, lepas solat Subuh baru Ayshah memilih untuk melelapkan mata. Pukul 10:30 pagi baru lah dia tersedar dari tidur.
Mungkin kenderaan Datuk Tarmizi menganggu lena Ayshah. Pantas Ayshah bangkit dari katil dan berlalu ke arah balkoni biliknya. Kelihatan kereta milik Datuk Tarmizi keluar dari pekarangan rumah banglo miliknya. Lelaki itu pasti mahu berangkat ke pejabat.
Ayshah memandang ke arah Izz dan Noah. Dua lelaki itu sedang menjaga pagar rumah dengan ketatnya. Lagi empat orang bodyguard menjaga di belakang rumah. Sungguh ketat kawalan mereka berdua. Ayshah mengeluh buat seketika.
YOU ARE READING
Syurga Buat Ayshah
RomanceKarya keempat in romance by hernazulaikaa 📖 TAMAT Nur Ayshah, gadis sekuat batu. Hidupnya tidaklah seindah yang disangka, walaupun datang dari keluarga yang senang, dia tetap berdiri teguh seperti orang biasa. Dari dulu hingga sekarang, dia masih...