AYSHAH mengusap airmata dengan perlahan. Tidak betah dia berada di hospital dengan melihatkan keadaan Zahir yang begitu redup sekali baginya. Dia rindukan lelaki itu, tapi apa yang mampu dia buat? Kalau lah dia boleh jadi halimunan, sekarang jugak dia pergi peluk suaminya.
Baru sahaja Ayshah mahu menapak selangkah, susuk tubuh seorang gadis yang begitu dia kenal sekali membuatkan Ayshah berpaling kebelakang. Mata Ayshah membulat besar.
Melissa!
Terus Ayshah berjalan lancar menuju ke sebalik dinding. Dia mengintai peluang dari situ. Kelihatan Melissa menuju masuk ke dalam wad Zahir. Jantung Ayshah mula mengepam laju, hati pulak makin terasa panas.
Melissa buat apa dekat hospital?
Hilang sahaja Melissa dari pandangan Ayshah, terus dia perlahan-lahan menyorok di pintu bilik wad Zahir kembali. Mahu melihat keadaan mereka berdua di dalam bilik itu. Rasa cemburu mula bertandang.
"Cik Melissa buat apa dekat sini?" terkejut Zahir melihat Melissa di sebelahnya. Bukan ke Melissa tak tahu yang dia tengah sakit sekarang? Macam mana gadis itu tahu keberadaan dia?
Melissa tarik nafas dalam sebelum dihembus perlahan. Kedatangan dia mungkin membuatkan Zahir terkejut, namun dirinya sudah tak dapat ditahan lagi bila Zahir menyembunyikan rahsia daripadanya.
"Kenapa awak tipu saya?" soal Melissa, mendatar. Zahir pandang Melissa yang kelihatan tegang wajahnya. Sudah dapat diagak, mesti Melissa sudah tahu semua rahsianya.
Siapa yang bagitahu? Ayshah?
"Tipu? Saya tipu apa?"
Melissa ketawa hambar. Zahir ingat dia bodoh ke? Ini Melissa la, sampai bila nak tipu dia macam ni?
"Zahir! Kenapa awak tak bagitahu yang awak dah kahwin dengan Ayshah? Kenapa awak perlu nak tipu saya dengan Tuan Aydeen? Awak buat saya jatuh cinta dekat awak, awak buat saya suka dekat lelaki yang dah bergelar suami pada kawan saya sendiri. Awak tahu tak, yang saya betul-betul kecewa dengan awak!" Melissa cuba menahan airmata, dia tahu yang dia tak sepatutnya menangis di depan Zahir.
Dia yang salah kerana terlebih berharap pada Zahir. Sepatutnya dia siasat dahulu siapa Zahir. Ini tidak, terus jatuh suka.
Zahir diam menunduk. Dia tahu yang dia salah kerana menipu Melissa tentang status dia yang sebenar. Dia buat semua ni sebab Ayshah yang paksa, kalau ikutkan hati dia memang seluruh dunia dia nak bagitahu yang dia suami kepada Nur Ayshah.
"Sekarang, awak sakit pun awak tak bagitahu apa-apa pada saya. Perlu ke hidup menipu? Saya tahu saya salah sebab menaruh harapan pada awak, tapi sekurang-kurangnya awak jujur dengan saya. Saya tak marah kalau awak jujur lebih awal dengan saya. Sebab saya tahu, dari awal pun awak memang tak cintakan saya." ujar Melissa menahan sebak.
Sakit mencintai orang yang bukan milik kita. Dia kena sedar, yang dia bukan untuk Zahir. Lelaki itu jugak sudah bergelar suami kepada rakannya. Dia kena akui yang cinta dia bukan kepunyaan Zahir.
"Kenapa awak buat saya macam ni? Tolong jawab Zahir, jangan diam." kelopak mata Melissa berkaca. Ah lemah!
Mata Zahir naik bertembung dengan anak mata Melissa. Zahir perasan yang Melissa sedang menahan tangisan. Sedih mungkin kerana ditipu.
"Siapa bagitahu Cik Melissa?" tanya Zahir lembut. Melissa senyum sinis.
"Kenapa nak tahu?"
"Ayshah ke yang bagitahu?" tebak Zahir tiba-tiba.
Dalam perbualan mereka itu, Ayshah masih setia memerhati melalui cermin kaca pintu wad.
YOU ARE READING
Syurga Buat Ayshah
RomanceKarya keempat in romance by hernazulaikaa 📖 TAMAT Nur Ayshah, gadis sekuat batu. Hidupnya tidaklah seindah yang disangka, walaupun datang dari keluarga yang senang, dia tetap berdiri teguh seperti orang biasa. Dari dulu hingga sekarang, dia masih...