Bab 16

3.2K 149 1
                                    

SUDAH setengah jam Ayshah terperuk di meja kerjanya sambil termenungkan sesuatu. Lenguh dipunggung sudah tidak ambil peduli lagi, ingatannya sering melayang ke arah Zahir. Entah mengapa dia selalu memikirkan lelaki itu. Mungkin rasa sayang dan cinta dia semakin bertambah di hati? Dan mungkin sebab itu jugak dia terlalu banyak fikirkan Zahir.

Ada satu hal jugak yang dia harus fikirkan. Tentang Aydeen. Ya lelaki itu jugak sedang bermain-main di kotak fikirannya. Dia tak tahu macam mana dia nak berdepan dengan Aydeen lagi? Papanya dah ada rancangan untuk jodohkan dia dengan lelaki itu.

Macam mana kalau Datuk Tarmizi dah berbincang dengan Aydeen terlebih dahulu? Pasti rasa janggal itu semakin menebal jikalau mereka mahu berurusan tentang kerja? Ayshah tak nak ada perasaan cinta antara mereka berdua. Dia bersumpah, dia tak pernah anggap Aydeen lebih daripada seorang majikan. Dia cuma mahu berkerja dengan Aydeen sahaja, jadi dia harap sangat agar Aydeen tidak menyimpan perasaan terhadapnya.

Ayshah semakin obsess dalam dunianya. Langsung tidak pedulikan siapa-siapa disisi. Kerja-kerjanya jugak tidak disentuh dari tadi, manakala jari setia memegang pen biru sambil bermain-main dengan pen.

Tiba-tiba meja kerjanya diketuk kuat sehingga Ayshah tersentak hebat. Terkebil-kebil matanya naik memandang Aydeen di depan. Wajah lelaki itu jelas kelihatan tegang dan dingin sahaja gayanya.

     "Awak ingat Ofis saya ni kilang ayam? Saya bayar awak tau Ayshah, bukannya tak ada gaji!" sinis Aydeen berkata sambil menyeluk tangan ke dalam kocek seluar kerjanya. Tepat wajah cantik Ayshah dipandang bengis.

Ayshah pantas bangun dari kerusi dan berdiri tegak di depan Aydeen. Sempat dia mengangguk kecil tanda memberi hormat kepada Aydeen.

     "Maaf Tuan Aydeen, saya salah." Ayshah akui kesalahannya. Tak pasal-pasal dapat sindir free. Macam-macam lah kau ni Ayshah! Termenung tak bertempat!

     "Apa masalah awak ni Ayshah? Dua tiga hari ni saya tengok awak banyak termenung? Kalau awak rasa awak dah hebat sangat, berhenti jela kerja!" Aydeen menyinga, boleh dikatakan satu department boleh terdengar suara tingginya. Tersentak Ayshah apabila Aydeen mengeluarkan suara tingginya.

Dipandang wajah bengis Aydeen sebelum lelaki itu menonong pergi. Saat ini, hati Ayshah sedikit terluka dengan kata-kata kesat dari Aydeen. Airmata perempuannya mula jatuh menyembah pipi putihnya. Ayshah perlahan-lahan menghenyak punggung dengan hati yang kecewa. 

Rasanya, tak perlu kut nak tinggi suara macam tu depan aku? Aku tau salah aku, tapi tak payah lah tengking aku macam tu sekali!

     "Ayshah, okay tak? Kenapa dengan Tuan Aydeen tu? Marah betul dia dengan awak?" Melissa muncul dan segera menyoal siasat. Dipandang wajah Ayshah yang sudah basah lencun itu.

     "Saya okay, tak apa memang salah saya." balas Ayshah perlahan lantas mengusap airmata. Dia tahu Aydeen masih marahkan dia, lagipun memang salah dia pun sebab buat perangai tak bertempat. Lain kali Ayshah kalau ada masalah, jangan bawa ke Ofis, tak pasal-pasal kena tengking dengan boss sendiri.

     "Betul ni?" Melissa inginkan kepastian. Terjongket keningnya memandang Ayshah. Ayshah angguk perlahan.

     "Ya, betul."

Kelibat Aydeen dicari, namun tak kelihatan pula di mata Ayshah. Sesekali bibir Ayshah mengeluh perlahan. Aydeen pasti marah benar padanya, sebab itu sanggup hilangkan diri. Ayshah sendiri pun tak tahu kenapa sikap Aydeen semakin banyak berubah sejak dua menjak ni.

Takkan Tuan Aydeen masih merajuk dengan aku sebab tolak ajakan dia hari tu? Haih, aku kena pujuk lah ni? Ish! Dia yang marah aku, aku pulak yang kena pujuk!

Syurga Buat Ayshah Where stories live. Discover now