Bab 29

3.2K 141 0
                                    

MASUK sahaja Ayshah di dalam ofis Aydeen, bibirnya mula tersenyum bahagia tatkala melihat Melissa murum apabila dirinya ditolak mentah-mentah oleh Zahir. Suka apabila Zahir mengikut perintah-nya, tak ada lah hati dia rasa cemburu bila Zahir dekat-dekat dengan Melisaa dua puluh empat jam!

Sedang dia termenung di meja kerjanya, muncul Aydeen dengan lengkap berpakaian kerja. Wajah cantik Ayshah dipandang terlebih dahulu.

     "Ayshah, jom. meeting time.."

Pantas Ayshah bangun dari kerusi dan membuntunti Aydeen dari belakang. Seperti biasa, Ayshah akan turun ke lobi utama terlebih dahulu sebelum keluar dari perut ofis. Namun begitu, terlihat sahaja Zahir sedang melakukan kerja di lobi utama, Ayshah dengan segera mengenyit mata kepada Zahir.

Seperti yang disuruh Zahir sewaktu di basement. Zahir ketawa tanpa berbunyi apabila melihat isterinya melakukan aksi comel itu. Barulah dia terasa senang sedikit, tak ada lah bau-bau cemburu itu datang.

Hilang sahaja kelibat Ayshah dan Aydeen, pantas dia melakukan kerja. Namun tiba-tiba dia ternampak susuk tubuh Melissa sedang datang ke arahnya. Zahir gelabah, sepantas kilat dia menghilangkan diri dari bertembung dengan Melissa. Dia harus mencari tempat menyorok sebelum dia bersemuka dengan gadis gila ini!

Keliru sebentar Melissa dibuatnya. Bukan ke tadi dia melihat kelibat Zahir ada di sini? Mana pulak lelaki itu pergi? Lalu Melissa melangkah menghampiri kaunter untuk bertanyakan tentang Zahir.

     "Maria, ada nampak kelibat siapa-siapa tak dekat sini?" Melissa menyoal.

     "Tak ada. Saya pun sorang je dekat sini tadi." jawab Maria tenang. Sebenarnya dari awal-awal lagi Zahir memberi amaran kepadanya supaya merahsiakan tempat sembunyi-nya.

Melissa mati kata. Habis yang dia nampak tadi siapa? Bukan Zahir ke?

     "Sumpah awak tak nampak?" Melissa mendesak. Maria geleng kepala.

     "Betul Cik Melissa, saya sorang je dekat sini."

     "Habis tu tadi saya nampak Zahir dekat sini? Takkan lah mata saya rabun pulak?"

Tersengih-sengih Maria di depan Melissa.

     "Maybe Cik Melissa silap orang kut? Sebab tadi saya tak sempat nak tenung muka orang dekat depan saya tadi." balasnya tenang. Kalau bab menipu dia lah nombor satu!

Melissa mengeluh perlahan. Malas nak bercerita lagi, segera dia menghayunkan langkahnya meninggalkan lobi utama. Hilang sahaja kelibat Melissa, kepala Zahir memanjang keluar dari sebalik dinding. Sempat wajah Maria dipandang sambil menunjukkan ibu jari menandakan dia berpuas hati dengan tipu daya Maria.

Maria ketawa kecil.

     "AYSHAH." nama Ayshah ditegur Aydeen. Pantas kepalanya terteleng disebelah, memandang wajah Aydeen yang sedang memandu kereta. Hari ini Pak Ahmad diberi cuti. Sebab itu Aydeen drive sendiri ke ofis.

     "Iye?"

     "Kalau saya ajak awak makan dekat rumah ibu saya malam ni, awak nak tak?"

Berubah terus wajah Ayshah. Berkelip-kelip mata Ayshah memandang Aydeen, rasa bersalah pulak kalau dia nak tolak pelawaan Aydeen. Tapi kalau dia terima, macam mana perubahan wajah Zahir nanti?

     "Errr... boleh tak kalau bagi saya fikir dulu?" Ayshah mengerutkan dahinya. Dia seorang isteri, jadi dia perlu mintak izin kepada Zahir. Bagi atau tak itu Zahir punya keputusan. Jadi dia perlu dengar dari mulut Zahir.

Aydeen senyum nipis.

     "Kenapa tak fikir sekarang?"

Soalan dari Aydeen buatkan Ayshah mengeluh perlahan. Sebab saya isteri orang Aydeen, syurga saya pada dia. Susah untuk saya bagi jawapan.

Syurga Buat Ayshah Where stories live. Discover now