MELIAR mata Zahir memandang sekeliling kawasannya. Ayshah kata nak terus pulang ke rumah, ini dah kenapa ke tempat lain? Segera wajah Ayshah dipandang.
"Kenapa kita dekat pasaraya?" soal Zahir.
"Saya lupa barang dapur kita dah habis, so alang-alang tu saya singgah terus lah kat sini." jawab Ayshah. Zahir diam tidak membalas, sebenarnya niat dia memang terus nak balik tak mahu kemana-mana dah. Tapi Ayshah ni suka bagitahu last minute, ish!
Ayshah lihat Zahir masih bersandar pada kusyen kereta. Eh Mamat ni nak keluar ke tak nak?
"Jom lah keluar! Awak tunggu apa lagi?" berkerut-kerut kening Ayshah memandang Zahir. Tahap malas Zahir ni memang betul-betul nampak pekat!
Tanpa merungut, Zahir pantas keluar dari perut kereta tanpa menunggu isterinya terlebih dahulu. Ayshah pandang belakang tubuh Zahir dengan lama. Haish Mamat ni, memang menyakitkan hati betul!
Masuk sahaja mereka berdua di dalam pasaraya mewah, segala barang-barang keperluan di ambil untuk dijadikan stock di kondo mereka. Yang paling penting adalah barang basah.
Sudah penuh satu troli itu dengan barang-barang dapur. Kemana Ayshah pergi, disitu lah Zahir ekori. Sampai sahaja di kaunter pembayaran, Ayshah mula tangkas mencapai barang untuk di letak atas kaunter.
Zahir perlahan-lahan mendekati isterinya, lalu mulut comelnya hampiri telinga kanan Ayshah. Mulanya Ayshah terkejut dengan tindakan Zahir, iyela di depan ramai orang kan?
"Hari ni aku bayar barang dapur." Zahir berbisik halus. Ayshah kerut dahi, setakat nak cakap macam tu je pun? Perlu ke nak bisik-bisik?
"Eh tak payah lah, saya bayar." Ayshah tak mahu kalah. Bukan apa, dia tak nak susahkan Zahir. Lagipun selama ni barang-barang dekat kondo, itu semua duit dia.
"Tak apa lah, aku dapat gaji hari ni. Lagipun ni semua tanggungjawab aku kan?"
Dan akhirnya Ayshah akui semua itu. Ayshah diam dan berikan satu senyuman ikhlas. Zahir balas senyuman itu dengan nipis, segan dilihat orang ramai. Lagi-lagi cik gadis yang berdiri di kaunter ini.
Namun tiba-tiba sahaja Ayshah mendapat satu panggilan. Terburu-buru Ayshah mencari telefon pintar di dalam beg tangannya. Alahai siapa pulak kacau dia waktu-waktu begini!
Ambil sahaja telefon di dalam beg tangan, tertera jelas nama Datuk Tarmizi di kaca telefon. Ayshah mengeluh malas.
"Awak, papa call.. Awak bayar dulu ye, saya tunggu dekat luar." Ayshah meminta diri, Zahir angguk faham. Pantas Ayshah melangkah keluar dari pasaraya. Dia mencari tempat yang sesuai untuk dia bercakap dengan Datuk Tarmizi.
Pantas telefon diangkat.
"Em apa dia?" acuh tak acuh Ayshah bertanya.
"Malam ni Aunty Mel ada masak untuk makan malam. Datang eh?" suara Datuk Tarmizi kedengaran tenang dan lembut.
Ayshah mengerut kening.
"Tak apa lah pa, Ayshah dah beli barang dapur. Lagipun Ayshah ingat nak masak untuk makan malam dengan Zahir. Papa ajak Diyana jelah." Ayshah menolak lembut.
Lagi pula dia malas nak bersemuka dengan Datin Melinda. Nak makan masakan wanita tua itu lagi lah dia tak ingin!
"Papa cuma ajak kamu. Lagipun papa ada jemput tetamu.. jadi alang-alang tu papa suruh lah Aunty Mel masakkan sekali. Untuk kita makan malam nanti.."
Ayshah mengeluh panjang. Tetamu mana pulak dah? Papa ni suka lah buat keputusan tak bagitahu aku!
"Datang eh malam ni? Jangan lupa ajak sekali suami kesayangan Ayshah tu." hujung suara Datuk Tarmizi seperti menyindir Ayshah.
YOU ARE READING
Syurga Buat Ayshah
RomanceKarya keempat in romance by hernazulaikaa 📖 TAMAT Nur Ayshah, gadis sekuat batu. Hidupnya tidaklah seindah yang disangka, walaupun datang dari keluarga yang senang, dia tetap berdiri teguh seperti orang biasa. Dari dulu hingga sekarang, dia masih...