SIAP sahaja Ayshah membersihkan dirinya, Ayshah duduk bersila di atas sofa sambil mengeringkan rambutnya menggunkan tuala. Benak fikirannya sering teringatkan kata-kata Aydeen sewaktu di dalam bas.
"Tuan Aydeen!" laungan dari Ayshah mematikan langkah Aydeen yang sudah keluar dari perut bas di saat bas berhenti di bas stop. Terkedek-kedek Ayshah berjalan menghampiri lelaki kacak itu.
Aydeen berpaling memandang Ayshah. Gadis berambut panjang itu mendekatinya.
"Ye?" Aydeen mengangkat kening, memandang Ayshah yang sedang berdiri tegak di depannya.
"Maaf." hanya perkataan itu yang terluah di bibir mulut Ayshah. Ayshah menunduk sedih, bibirnya dikemam rapat.
"Maaf? Untuk apa?" kening Aydeen bercantum rapat. Pantas anak mata Ayshah kembali menegak memandang Aydeen.
"Sebab dah lukakan hati tuan. Saya tahu saya salah sebab tak pernah berterus-terang dengan tuan. Saya tak sepatutnya buat tuan macam tu. Tapi percaya lah tuan, saya buat bersebab. Tak pernah terlintas pun dekat hati saya nak mempermainkan tuan." ujar Ayshah menahan sebak.
Aydeen tersenyum mendengar luahan Ayshah.
"Awak tak cakap macam ni pun, saya dah tahu. Ayshah, dalam hidup ni ada sesuatu yang dimiliki dan ada sesuatu yang tak dimiliki. Mungkin saya dan awak bukan jodoh, saya yang terlalu berharap pada awak sampai saya lupa yang sepatutnya saya berharap adalah Allah. Saya tahu, sebelum awak tak kahwin dengan Zahir pun, awak memang tak ada perasaan dekat saya selain anggap boss sahaja."
"Saya kena terima hakikat yang saya tak mampu nak capai bintang yang selama ni saya idamkan. Bintang yang saya idamkan selama ni, adalah milik orang. Sakit dia hanya Allah sahaja yang tahu bila saya dapat tahu yang awak dah berkahwin."
Ayshah terdiam sejenak. Tidak berkelip matanya memandang Aydeen. Lelaki itu peka bercakap dengannya.
"Awak wanita yang baik Ayshah. Tiada siapa yang dapat hilangkan nama awak dalam kepala saya. Saya tahu, saya tak sepatutnya jadi macam tu. Tapi awak kena tahu, move on bukan lah perkara yang mudah bagi saya."
Ayshah terus tersentak dari mengelamun.
Lelaki itu mohon maaf atas apa yang terjadi. Dan kelamaan hatinya tersentuh dengan sikap Aydeen. Walaupun Ayshah tahu yang sebenarnya sikap lelaki itu agak dingin, tapi tak sangka sebaik itu percakapan Aydeen.
Ayshah tersenyum sambil melirik ke arah gelang yang dihadiahkan oleh Aydeen. Cantik!
"Kalau Tuan Aydeen tak kahwin dengan aku pun, belum tentu papa nak berlembut hati dengan aku." gumam Ayshah sorang diri. Bibirnya mula mengeluarkan keluhan berat.
Apa lah yang Melissa dengan Zahir borak tadi?
Terus fikiran Ayshah melayang teringatkan momen Zahir dan Melissa pula. Melissa dah tahu perkara sebenar ke? Macam mana dia tahu Zahir ada dekat hospital ek?
Tiba-tiba deringan telefon milik Ayshah berbunyi nyaring. Hilang terus lamunan Ayshah, pantas dia mencapai telefon bimbitnya. Tertera nama 'Melissa' di skrin telefonnya.
Bibir Ayshah mencebik. Dah kenapa call aku malam-malam macam ni?
Ayshah tidak angkat, dia biarkan aja telefon itu berbunyi. Nak mintak izin aku jadi bini nombor dua Zahir lah tu!
Bengkak jantung Ayshah ketika ini.
"KALAU ye pun nak ambil masa lupakan budak Ayshah tu, jangan lah sampai ke luar negara kamu nak pergi Aydeen." Puan Sri Aida membebel. Jauh bebenor nak perginya.
YOU ARE READING
Syurga Buat Ayshah
RomanceKarya keempat in romance by hernazulaikaa 📖 TAMAT Nur Ayshah, gadis sekuat batu. Hidupnya tidaklah seindah yang disangka, walaupun datang dari keluarga yang senang, dia tetap berdiri teguh seperti orang biasa. Dari dulu hingga sekarang, dia masih...