"AWAK dah makan ubat?" soal Ayshah sambil memicit kepala suaminya. Zahir yang sedang berbaring di atas pehanya dipandang minat. Bebola mata yang comel itu selalu mencuit hatinya, kalau boleh tak nak lepas pandang pun.
Zahir yang sedang menonton TV yang menyaksikan persembahan lawak jenaka itu hanya mengangguk kepala. Tiba-tiba sahaja kepalanya pening, jadi sebab itu dia menyuruh Ayshah memicit kepalanya.
"Zahir, kalau awak ada rasa benda yang tak kena pada tubuh awak. Awak bagitahu saya okay? Saya boleh cepat-cepat bawak awak ke hospital.." kata Ayshah memberi peringatan kepada suaminya. Zahir menghela nafas malas.
"Ayshah.. aku okay. Jangan risau lah, lagipun ubat yang doktor bagi tu aku tak pernah skip pun." jawab Zahir ingin menyedapkan hati kecil isterinya. Dia perasan yang Ayshah terlebih risaukan dia. Dia tahu Ayshah sangat menyayanginya, dia jugak tahu isterinya takut kehilangan dia. Tapi kadang-kadang dia jugak rimas kalau Ayshah sering menyoal tentang ubat.
"Saya bukan apa, saya cuma risau je kalau awak lupa nak makan ubat. Ubat tu kan penting bagi awak? Sorry kalau saya selalu buat awak rimas." perlahan Ayshah menjawab. Bukan terasa cuma dia tahu dari ayat-ayat Zahir itu pun sudah dapat dia mengagak yang Zahir tidak sukakan soalan yang sama.
"Aku tak rimas pun lah. Aku tak nak kau terlebih risau dengan aku, aku okay Ayshah." balas Zahir perlahan sebelum tangannya naik mengenggam jari-jemari isterinya. Ayshah melorek senyuman nipis.
"Ayshah.." tak lama kemudian, Zahir memanggil nama Ayshah.
"Ye?"
"Kenapa dalam banyak-banyak lelaki dekat dunia ni, kau pilih aku? Kau rasa bahagia ke bila kau hidup dengan aku?" soal Zahir. Matanya tertunak ke atas memandang Ayshah. Ayshah diam dulu.
"Kenapa awak tanya?"
"Ish! Jawab jela!" Zahir berdecit.
"Okay saya jawab..." Ayshah mengambil nafas dahulu sebelum dia menjawab pertanyaan suaminya.
"Senang je, jodoh. Semua tu Allah dah tentukan, saya cuma ikut kata hati. Apa yang selesa di depan mata saya, itulah jodoh saya. Saya bermula dengan selesa dan berakhir dengan cinta. Awak pilihan saya Zahir, datang lah beribu lelaki kaya pun saya tetap pilih awak. Tak kira la awak tak sempurna ke, awak tak berduit ke, saya tetap nak awak. Saya tahu, papa saya tak pernah restu kita dua. Tapi apa saya boleh buat? Itu dah jodoh saya, takkan saya nak lawan kehendak Allah?" ujar Ayshah panjang lebar, sesekali bibirnya tersenyum lebar.
Zahir di atas riba Ayshah sudah tersenyum bahagia. Puas hati dengan jawapan isterinya, perkara yang paling terindah bagi dia bila mengahwini seorang wanita yang begitu ikhlas menerima apa adanya dia.
"Terima kasih sebab selalu menceriakan hari-hari aku. Walaupun aku selalu sakitkan hati kau, tapi kau masih bertahan sampai sekarang." tutur Zahir penuh ikhlas. Bibirnya melorek senyuman manis. Ayshah balas senyuman itu dengan malu-malu.
"Sama-sama. Kalau sayang kita kena bertahan kan? Kita kena terima lah baik buruk perangai pasangan kita. Mungkin intan permata tak mampu untuk saya bagi pada awak, tapi kalau sayang dan cinta inshaallah selalu saya akan bagi. Dan takkan pernah terpadam pun." balas Ayshah dengan penuh romantis sambil membelai wajah suaminya. Zahir di atas riba Ayshah mula diserang rasa malu.
Romantik jugak ayat-ayat yang di keluar dari mulut Ayshah. Hampir tak senang baring Zahir buatnya.
"Aku sayang kau Ayshah.." tak lama itu Zahir mengucapkan rasa cintanya pada Ayshah. Ayshah senyum malu.
YOU ARE READING
Syurga Buat Ayshah
רומנטיקהKarya keempat in romance by hernazulaikaa 📖 TAMAT Nur Ayshah, gadis sekuat batu. Hidupnya tidaklah seindah yang disangka, walaupun datang dari keluarga yang senang, dia tetap berdiri teguh seperti orang biasa. Dari dulu hingga sekarang, dia masih...