"KAU kena kahwin dengan dia Ayshah! Itupun kalau kau nak tolong dia. Ya, mungkin cadangan aku nampak terburu-buru. Tapi, aku tak nak orang lain fikir yang bukan-bukan. Aku risau kalau papa kau tahu."
Ayshah kemam bibir. Sesungguhnya dia sangat takut kalau keluarga dia tahu yang dia dah tolong seorang lelaki dan tumpangkan lelaki di kondonya. Mesti papa dan mama marah.
"Kalau aku kahwin dengan dia, papa aku takkan terima. Dia mesti bantah." jawab Ayshah perlahan. Dia kenal sangat hati Datuk Tarmizi tu macam mana. Takkan papanya senang-senang nak terima orang luar untuk anaknya?
Dan Ayshah belum tahu latar belakang Zahir macam mana. Dan dia sendiri pun tak tahu macam mana dia boleh kenal dengan Zahir?
"Macam ni lah Ayshah. Kau anggap je yang Allah hantarkan seseorang untuk kau. Mungkin dia jodoh kau?"
Ayshah diam.
Kata-kata Hanee sewaktu di taman Titiwangsa buatkan Ayshah hilang arah. Dia tak tahu sama ada mahu setuju atau tak dengan cadangan Hanee. Kalau dia terima, Zahir akan jadi suaminya. Akan kekal ke hubungan dia dengan Zahir? Atau memang betul kata Hanee yang Zahir dihantar untuknya?
Ayshah geleng kepala. Kenapa berat sungguh untuk dia terima semua ni? Tapi dia tak sanggup nak halau Zahir, sebab dia rasa lain macam bila Zahir ada disitu. Rasa tu buatkan dia mahu dekat dengan Zahir. Aku cintakan dia ke?
Di saat ini, jantung Ayshah berdegup laju. Wajah Ayshah dah berubah mendadak. Otaknya mula terbayang-bayang wajah Zahir. Ah! Apa ni?! Kenapa dengan kau ni Ayshah? Apa yang dah rasuk kau?!
Ayshah pantas memberhentikan kenderaan di bahu jalan. Dia menarik nafas lalu dihembus perlahan-lahan. Bertenang Ayshah, jangan terlalu banyak fikir. Mungkin cadangan yang Hanee bagi tu boleh selesaikan masalah Zahir? Ya, aku yakin! Zahir mesti ada sembunyikan sesuatu dari aku.
Yes! Aku terima cadangan Hanee dan aku akan korek rahsia Zahir! Zahir kita kahwin okay! Tanpa sedar, bibir Ayshah tersenyum sendiri.
AYSHAH melangkah masuk ke dalam kondo miliknya dengan perlahan-lahan. Terpampang jelas susuk tubuh Zahir yang sedang menonton TV di depan ruang tamu. Ayshah senyum sendiri sebelum dia mendekati Zahir.
Zahir yang mula perasan dengan kehadiran Ayshah, mula memandang wajah gadis itu. Dahinya sedikit berkerut tatkala terlihat senyuman yang terbentuk di bibir gadis itu. Ayshah labuhkan punggung disebelahnya.
"Kenapa kau datang sini? Rindu aku?" Zahir angkat kening. Ayshah kawal wajah. Jantungnya sudah berdegup kencang, kata-kata Zahir itu buatkan dia hampir menayang wajah merah.
Ish Zahir ni! Suka hati aku lah nak datang sini. Ni kan kondo aku!
"Saya ada benda nak bincang dengan awak. Hal penting." suara Ayshah sedikit lembut. Cuba untuk serius dengan Zahir walhal hati dia semakin mengepam laju. Zahir angkat kening seakan membalas respon Ayshah.
"Agak-agak berapa lama awak nak duduk sini?" Ayshah menyoal.
"Nampak ni?" Zahir dekatkan dahinya pada wajah Ayshah, seolah-olah ingin menunjuk lukanya pada Ayshah. Ayshah jauhkan sedikit wajahnya apabila hampir terkena kulit dahi Zahir pada permukaannya.
Ayshah berdecit.
"Kalau luka awak tu dah sembuh, awak nak keluar ke dari kondo ni?" Ayshah menyoal lagi. Zahir pandang Ayshah lama sebelum dia angkat bahu dengan selamba.
Entah mengapa hati Ayshah sedikit suka dengan respon Zahir. Comel!
"Awak tahu kan yang kita ni tak boleh selalu macam ni? So boleh tak kalau saya nak tahu latar belakang awak?" Ayshah pandang Zahir dengan penuh pengharapan. Zahir berkerut dahi.
YOU ARE READING
Syurga Buat Ayshah
RomansKarya keempat in romance by hernazulaikaa 📖 TAMAT Nur Ayshah, gadis sekuat batu. Hidupnya tidaklah seindah yang disangka, walaupun datang dari keluarga yang senang, dia tetap berdiri teguh seperti orang biasa. Dari dulu hingga sekarang, dia masih...