Bab 47

3.8K 172 9
                                    

SHASHA membelek majalah-majalah kecantikan sambil menunggu kedatangan Aydeen yang sedang menjalankan mesyuarat bersama pekerja-pekerjanya. Sesekali dia mengeluh panjang, lama menunggu mungkin?

Tekak pun sudah dibasahi dengan air coffee yang dibuat dari Mak Wan. Tak sabar rasanya mahu melihat reaksi wajah Aydeen sebentar nanti. Agak-agak apa lah yang akan berlaku nanti ye? Makin menambahkan masalah Datuk Tarmizi ke tidak? Harap-harap bakal musnah lah hidup Datuk Tarmizi kita tu ye..

Shasha menilik jam seketika. Sudah pukul 2:30 tengahari, lamanya si Aydeen tu meeting? Entah-entah sengaja dia aje nak melambatkan meeting supaya buat aku lama-lama tunggu dekat sini!

Baru sahaja Shasha mahu bangkit dari sofa, Aydeen muncul bersama staff-staff yang lain. Sudah habis mesyuarat mungkin? Shasha senyum lebar tatkala Aydeen melirik ke arahnya. Perlahan-lahan dia hampiri Aydeen, lengan sasa lelaki itu dipeluk selamba. Staff Aydeen mula memandang hairan ke arah mereka berdua.

Bukan dengan Ayshah ke?

     "Hai sayang!" Shasha senyum bahagia. Ketat wajah Aydeen memandang Shasha sebelum lengannya ditarik kasar. Rimas bila Shasha dengan selamba memeluk lengannya.

Shasha bengang. Berlagak eh kau!

     "Apa ni Shasha? Tak malu ke peluk-peluk lengan I depan staff I?" Aydeen bersuara tegang.

     "Alahaii.. peluk lengan aje pun? Bukannya I pergi cabul you depan staff you pun." selamba Shasha membalas. Sesekali bibirnya tersenyum nakal. Aydeen mula segan bila Shasha berkata demikian, memang tak ada perasaan malu ke anak tiri Datuk Tarmizi ini?

     "You nak apa hah? You memang tak ada kerja ke selain nak ganggu I je terus?" tepat mata Shasha dipandang Aydeen. Gadis di depannya ini selalu menimbulkan masalah, sudah berapa kali dipesan jangan selalu datang ke ofis nya. Tapi tetap keras kepala mahu berjumpa dengannya!

Shasha senyum pendek.

     "Kan I dah cakap dekat you yang I ada benda penting nak bincang dengan you." Shasha tersenyum-senyum. Senyuman yang penuh makna. Aydeen mendengus perlahan.

     "Hah apa dia? Cakap lah dekat sini terus."

     "Cakap dekat sini apanya Aydeen, takkan lah kita nak borak dekat sini? Jom lah kita keluar makan, nak?" Shasha menguis bahu Aydeen dengan menggunakan kenakalan dia. Aydeen gigit dinding pipi, dia malas betul nak hadap muka Shasha sekarang. Sudahlah hari ni dia tak ada mood nak keluar selain buat kerja di ofis.

Mananya tak ada mood, Ayshah dah berapa hari tak masuk ofis. Kata gadis itu, dia ada masalah yang harus diselesaikan. Tapi sampai sekarang tak masuk kerja.

     "You nak bincang apa sampai nak kena keluar makan bagai? I tak ada mood lah Shasha, cakap dekat sini sudah lah." Aydeen menjeling sekilas wajah Shasha. Geram betul dia dengan sikap miang Shasha ni, cakap banyak kali pun tak ada guna bukannya dengar pun!

     "Oh, kalau Ayshah laju je you ada mood kan? Kenapa eh you ni jahat sangat dengan I Aydeen? Apa salah I pada you?" soal Shasha bengang. Dipandang wajah bengis Aydeen.

     "I tak ada masa nak gaduh. Masalah I dalam bilik kerja tu belum siap lagi tau. Dah-dah, you balik jela. Lupakan apa yang you nak bincang dengan I tu. I tak nak jumpa siapa-siapa lepas ni!" Aydeen mula muak dan bosan dengan Shasha. Seribu kali pesan pun Shasha bukan dengar, lebih baik dia berkurung dalam bilik kerja daripada layan perangai tak semenggah Shasha.

Syurga Buat Ayshah Where stories live. Discover now