SHASHA hempas punggung di kerusi meja dengan kasar. Bergerak-gerak rahang Shasha menahan marah yang masih terbuku di hati. Nafas dia jugak kedengaran tak tenang. Zalikha yang sedang menikmati air milo yang dibuat sebentar tadi memandang pelik ke arah Shasha.
"Kenapa ni kak? Macam marah je muka tu?" Zalikha menyoal dengan dahi berkerut. Dipandang wajah kemerahan Shasha.
"Bapak kau tula! Tiba-tiba je dia nak jodohkan si Ayshah tu dengan Aydeen. Apa dia nampak bagus sangat dekat anak dia tu?" terkumat-kamit bibir Shasha mengomel di depan Zalikha. Rasa nak dimaki hamun je depan Ayshah. Apa semua yang dia nak, pasti Ayshah yang dapat miliki. Buktinya, dia pernah nak tawar diri jadi PA Aydeen, tapi akhir-akhir Ayshah jugak yang dapat. Memang biadap betul keluarga Tarmizi ni!
Zalikha timbulkan wajah terkejut tambah gembira. Bulat besar biji matanya melihat Shasha. Tak sangka Datuk Tarmizi mempunyai citarasa yang sama dengannya. Memang dah lama dia berkenan kalau Ayshah dan Aydeen dijodohkan. Lagipun memang nampak serasi pun mereka berdua tu.
"Betul ke papa cakap macam tu? Wau! Kak Ayshah dengan Abang Aydeen memang nampak sepadan sangat! Kan Kak Sha?" bersinar-sinar mata Zalikha memandang raut wajah Shasha. Mendidih darah Shasha apabila mendengar jawapan adiknya. Tak tunggu lama, pantas gelas air milo buatan Zalikha disimbah atas kepala adiknya.
Terkesima Zalikha dengan perbuatan mengejut Shasha. Habis basah lencun rambutnya yang sudah selamat 'mandikan' air milo. Wajah bengis Shasha dipandang.
"Apa ni kak? Kenapa buat Ika macam ni?" Zalikha menyoal berbaur sedih. Shasha mengetap gigi.
"Itu balasan dia sebab kau suka-suka hati cakap macam tu depan aku! Aydeen milik aku kau faham tak?!" dahi luas Zalikha di tunjal selamba sebelum dia bangkit dari kerusi. Makin meleret rasa marah dia terhadap keluarga Tarmizi. Anak dengan bapak sama je!
Hilang sahaja kelibat Shasha. Zalikha mengalirkan airmata kecewa, terasa dia dengan sikap Shasha. Apa salah dia sampai macam tu sekali Shasha buat? Kenapa semua kakak-kakak dia tidak pernah berlaku baik terhadap dia? Apa buruk sangat ke perangai dia terhadap kakak-kakak dia? Kenapa dia langsung tidak diberi peluang? Kenapa?!
Perlahan-lahan Zalikha bangun dari kerusi dan berlalu ke arah ruang tamu untuk membersihkan dirinya yang sudah berbau milo. Sempat Kak Esah melihat kelibat Zalikha melintasi ruang tamu dengan wajah penuh kesedihan. Terbit rasa pelik di minda Kak Esah.
"Dah kenapa pulak rambut Ika tu basah semacam?" kening Kak Esah bertaut rapat. Lain macam betul muka?
"SERIUS lah kau nak kahwin?!" tak bagi salam, terus disoal. Wajah kakaknya dipandang tidak percaya. Membulat besar mata Diyana ketika ini. Ayshah tersentak sedikit bila dengan tiba-tiba sahaja Diyana muncul disebelahnya. Ayshah bengang.
"Memang tak boleh nak kuat lagi ke suara kau tu? Dengan salam tak ada main terjah je kau ye?" ujar Ayshah geram. Dah lah dia tengah syok layan drama Korea! Lepas tu dengan selamba je Diyana bangkitkan isu perkahwinannya.
"Serius lah kak kau nak kahwin?" lagi sekali buah soalan yang sama dilempar. Wajah Diyana masih tetap terkejut. Ayshah tarik nafas perlahan-lahan sebelum dia tersenyum kambing.
"Ye adikku, kakakmu memang nak kahwin." Ayshah membalas dalam nada menahan geram. Apa salah ke kalau dia nak kahwin? Sampai macam tu sekali Diyana punya reaksi. Diyana semakin teruja.
"Dengan siapa? Hensem ke?" Diyana tersenyum-senyum di depan Ayshah. Mana tak terkejut bila terdengar kakak sendiri nak kahwin?! Hati batu macam Ayshah ni siapa je yang nak percaya? Agak-agak dengan siapa lah Kak Ayshah nak kahwin eh?
YOU ARE READING
Syurga Buat Ayshah
RomanceKarya keempat in romance by hernazulaikaa 📖 TAMAT Nur Ayshah, gadis sekuat batu. Hidupnya tidaklah seindah yang disangka, walaupun datang dari keluarga yang senang, dia tetap berdiri teguh seperti orang biasa. Dari dulu hingga sekarang, dia masih...