AYSHAH dan Zahir kepenatan, setelah puas berlari bermain kejar-mengejar. Zahir berbaring di lantai rooftop, sambil nafas tercungap-cungap. Sampai ke tingkat atas mereka berlari, Ayshah pulak ikutkan sahaja perangai suaminya itu.
Ayshah berbaring di sebelah Zahir, ketawa dia melihat Zahir yang tak berhenti batuk-batuk. Mungkin penat sangat main kejar-kejar dengannya. Namun tingkah Zahir semakin menjadi-jadi, bila lelaki itu menunjukkan tanda-tanda sakit di bahagian dada.
Ketawa Ayshah mati, bila lihat wajah Zahir seperti berkeruh menahan sakit. Zahir menekan-nekan dadanya, mungkin terlalu penat berlari. Ayshah terus bangun dari baring dan duduk menghadap Zahir.
"Zahir, awak okay tak?" Ayshah berubah risau. Dia tahu jantung Zahir tak sama macam jantung orang lain. Lelaki itu tak boleh penat, pasti akan ada kesan pada jantungnya.
Bahu Zahir dipegang Ayshah. Lelaki itu masih terbatuk-batuk sambil kepala menunduk. Ayshah hendak nangis. Cukup lah dia kehilangan arwah papanya, dia tak mahu kehilangan suaminya pula. Tak kuat dia nak tempuh semua tu.
"Zahir, jangan buat saya risau lah. Awak okay tak?" suara Ayshah sudah bertukar marah bercampur risau. Kelopak mata Ayshah sudah terasa panas. Terketar-ketar mulut Ayshah.
Dan Ayshah, mula menangis bila Zahir semakin batuk-batuk.
Batuk Zahir terhenti bila dia melihat wajah isterinya sudah menangis ketakutan. Terus dia memegang pipi Ayshah.
"Hey, aku main-main jelah." diselak rambut Ayshah yang menutupi wajahnya. Tangisan Ayshah teresak-esak, perlahan-lahan matanya naik memandang Zahir.
Zahir cuma nak main-main dengan Ayshah sahaja. Tak tahu pulak wanita itu akan menangis, serba-salah pulak dia.
"Jangan tinggalkan saya.." sebak suara Ayshah, merayu kepada suaminya. Basah lencun wajah Ayshah ketika ini, dia sangat takut dengan kehilangan Zahir kalau lelaki itu pergi dengan tiba-tiba.
Zahir serba-salah melihat Ayshah ketika ini. Jelas menunjukkan yang Ayshah benar-benar takut dengan perpisahan ini. Terus Zahir bawa Ayshah ke dalam pelukannya. Dibelai-belai kepala isterinya dengan lembut.
"Shhh.. maaf buat kau menangis. Aku janji, takkan tinggalkan kau. Aku sayang kau." kepala isterinya di cium-cium. Dia jugak tak mahu kehilangan Ayshah, kalau terjadi perpisahan antara dia dan Ayshah, masa depan dia akan gelap-gelita.
Ayshah semakin galak menangis di dada Zahir. Di kuatkan lagi pelukan mereka sampai Ayshah merasa tenang di situ. Dia berharap, perkahwinan dia bersama Zahir akan kekal sampai maut memisahkan mereka. Dan berjanji akan berjumpa di syurga kelak.
SELESAI sahaja sesi foto bersama pengantin baharu iaitu Zalikha dan Izz, Ayshah dan Zahir mengambil tempat untuk menjamu selera buat kali kedua. Siapa sangka bahawa Izz dan Zalikha berkahwin dahulu, mungkin semua pasti ingat yang Noah dan Diyana bakal berkahwin dahulu.
YOU ARE READING
Syurga Buat Ayshah
RomanceKarya keempat in romance by hernazulaikaa 📖 TAMAT Nur Ayshah, gadis sekuat batu. Hidupnya tidaklah seindah yang disangka, walaupun datang dari keluarga yang senang, dia tetap berdiri teguh seperti orang biasa. Dari dulu hingga sekarang, dia masih...