Bab 44

3.4K 159 5
                                    

ERAT tangan Zalikha mengenggam jari-jemari Ayshah sambil mereka berdua berjalan dengan senyap-senyap menuju ke pintu rumah. Zalikha di depan manakala Ayshah dibelakang. Jauh di sudut hati Ayshah merasa kesal di hati kerana pernah mengelar Zalikha perampas keluarganya. Namun sekarang, keadaan sudah membuktikan bahawa Zalikha adalah gadis yang baik hati.

Ayshah senyum nipis, dia sangat-sangat berterima kasih kepada Zalikha kerana gadis itu sanggup menolongnya mendapatkan Zahir. Dia berharap sangat Zahir baik-baik sahaja di sana, kalau dia dapat tahu Zahir diapa-apakan memang dia takkan maafkan Datuk Tarmizi sampai bila-bila!

Sampai sahaja di pintu utama, muncul susuk tubuh Izz di depan yang sedang menjaga kawasan pintu rumah. Ayshah dan Zalikha cepat-cepat keluar dari rumah, sempat jugak Zalikha menunjukkan tanda jari 'okay' kepada Kak Esah yang setia menjaga kawasan bilik Datin Melinda.

Izz segera membawa Ayshah dan Zalikha ke arah kereta. Noah pulak sudah siap sedia berada di dalam perut kereta. Masuk sahaja mereka bertiga, Ayshah melepaskan nafas lega. Alhamdulillah, akhirnya terlepas jugak dia dari kamar tidurnya.

Baru sahaja Noah ingin menekan pedal minyak, tiba-tiba datang seorang bodyguard berbadan tegap. Pantas Ayshah menunduk kepala dan menyorok di celah tempat duduk. Zalikha cuba melindungi Ayshah di situ.

     "Korang dua nak pergi mana?" soalnya garang. Noah basahkan tekak, hampir tercabut jantungnya tatkala hadir bodyguard Datuk Tarmizi yang lain.

     "Nak pergi..."

     "Hantar saya pergi kolej." laju Zalikha memotong percakapan Noah. Dia lihat Noah seperti takut-takut untuk membalas pertanyaan lelaki berbadan tegap itu.

     "Haa ya, hantar Cik Zalikha ke kolej." Noah hanya mengiyakan sahaja jawapan Zalikha. Lelaki berbadan tegap itu hanya mengangguk kecil, namun kepalanya tiba-tiba sahaja menjenguk-jenguk ke dalam perut kereta. Makin rapat kedudukan Zalikha untuk menghalang Ayshah dari dilihat bodyguard tersebut.

     "Ohh.. okay!"

Noah senyum sebelum dia mahu kembali menekan pedal minyak. Namun terbantut lagi apabila lelaki berbadan tegap itu menghalang lagi perbuatan Noah. Noah tahan geram.

     "Apa lagi?" soal Noah mendatar.

     "Budak yang kau kurung tu, dah bagi makan ke belum?"

     "Dah-dah." balas Noah terburu-buru. Lelaki itu mengangguk lagi. Kali ini baru lah  Noah bergerak dengan selesa. Serabut betul dia dengan bodyguard baru Datuk Tarmizi itu. Lagi sorang berbadan gempal, lagi sorang berbadan tegap. Lagi dua orang itu muka macam pecah rumah!

Seterusnya, pacuan empat roda itu meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah banglo Datuk Tarmizi. Ayshah tarik nafas lega, perlahan-lahan dia bangun dari menyorok dan kembali menghenyak punggung di sebelah Zalikha.

Lokasi Zahir di tuju.

DATIN MELINDA mula mencari kelibat anak perempuannya, Zalikha. Dari tadi tak terlihat susuk tubuh anaknya. Kemana pulak budak tu pergi?

     "Kak Esah." Datin Melinda menghampiri Kak Esah yang sedang membasuh kain. Laju sahaja Kak Esah berpaling memandang majikannya.

     "Iye Datin?" entah mengapa jantung Kak Esah bertukar laju saat bertentang mata dengan Datin Melinda. Mungkin sebab dia bersubahat dengan Zalikha dan Ayshah? Dia harap sangat Datin Melinda tidak bertanyakan hal yang banyak.

     "Nampak Ika tak? Tengok dalam bilik dia dah kosong. Tahu dia pergi mana?" Datin Melinda ajukan soalan kepada Kak Esah. Bila sebut sahaja nama 'Zalikha' buatkan Kak Esah makin berdebar. Wajah takutnya cuba dikawal.

Syurga Buat Ayshah Where stories live. Discover now