"LAGI puan. Push lagi puan." suara doktor wanita itu bergema di ruang bilik bersalin. Ayshah yang sedang berbaring di atas katil, tak henti-henti meneran untuk mengeluarkan seorang bayi kecil.
Wajah kesakitan Ayshah mula kelihatan, Zahir disebelahnya tak berhenti memberi kata semangat sambil menggenggam erat tangannya. Terpekik terlolong Ayshah di atas katil, menahan sakit.
"Push lagi puan. Kuat lagi!"
Nafas Ayshah tersekat-sekat. Peluh mula merintik di atas dahi, Zahir setia berada di sebelah Ayshah. Dia faham keadaan isterinya itu bagaimana, sakit melahirkan anak hanya wanita-wanita sahaja yang tahu bagaimana rasanya.
Dan sekarang, Zahir tahu macam mana peritnya seorang ibu melahirkan dia. Zahir mula rindukan arwah ibu dan ayahnya.
"Sikit lagi puan. Sikit lagi." kepala bayi mula kelihatan keluar. Ayshah keluarkan lagi kekuatannya sebagai ibu. Di saat Ayshah bertungkus lumus meneran, ada lelaki yang sedang menangis di sampingnya.
Suara bayi menangis mula kedengaran. Ayshah lepas nafas lega. Tercungap-cungap Ayshah keletihan, begini rupanya melahirkan seorang anak. Sakitnya Masyaallah!
Doktor terus membalut tubuh bayi itu dengan kain. Ayshah dah tak boleh buat apa, dia terus memejam mata dengan rapat. Dia benar-benar penat, sudahlah hari ini hari kepergian papanya. Lagi tambah buat dia penat.
Zahir mengucap lega. Dahi Ayshah di cium dengan lama, dia berterima kasih pada isterinya kerana sanggup bertarung nyawa untuk melahirkan seorang budak kecil. Lagi-lagi dengan diri Ayshah yang masih sedih dengan hari kepergian Datuk Tarmizi.
"Bayi perempuan. Alhamdulillah." doktor wanita itu memberitahu, sambil mengucap syukur. Zahir angguk, terpancar kegembiraan di wajah Zahir. Tak sangka yang dia dah jadi seorang ayah.
Ayshah dah terlena di situ. Tapi dalam masa yang sama, dia masih terfikirkan keadaan Datuk Tarmizi. Pasti ahli keluarga sudah berkumpul untuk mengebumikan mayat papanya.
Pa, Ayshah dah lahirkan cucu papa.
TERESAK-ESAK Zalikha di depan pusara arwah Datuk Tarmizi. Sakit bila dia dapat tahu yang papanya sudah meninggal dunia, terus dia tinggalkan kolej dengan tergesa-gesa.
Semua ahli keluarga sudah berkumpul di pusara arwah Datuk Tarmizi. Masing-masing dengan perasaan sendiri, paling teruk menangis Datin Melinda. Dia tak sempat nak mintak maaf pada lelaki itu. Dia belum dapat jadi seorang isteri yang baik pada lelaki itu, sangat-sangat terkilan.
Zalikha menyiram air di pusara papanya, diikuti dengan Diyana. Dua beradik itu tak henti-henti mengeluarkan airmata. Diyana jugak terkilan, dia lah anak yang paling ego bila berlawan dengan arwah Datuk Tarmizi.
Dia selalu berhasrat untuk menanamkan sikap yang paling angkuh bila berdepan dengan papanya. Pernah dia simpan perasaan benci pada orang tua itu, kerana sikap yang terlampau kejam.
Tapi sekarang Diyana baru faham, sejahat-jahat mana pun dia, kalau dah namanya bapa, takkan ke mana jugak. Dia tetap ayah kita sampai bila-bila. Diyana menyesal, kerana tak cuba untuk berbaik dengan arwah Datuk Tarmizi.
"Yana... Yana sayang papa.. sangat-sangat." sebak suara Diyana, mengatakan isi hatinya pada lelaki yang sudah tiada di dunia. Seumur hidup dia, tak pernah sikit pun dia dengar perkataan 'sayang' keluar dari mulut papanya. Sampai lah perginya orang tua itu, dan itu buat dia rasa nak melutut depan pusara arwah Datuk Tarmizi.
Dia mahu kembalikan masa-masa dia bersama arwah Datuk Tarmizi, meskipun dia selalu memarahi lelaki itu. Ada sahaja yang tak kena pada matanya, dia tak boleh lari dengan perasaan benci dia pada arwah papanya.
YOU ARE READING
Syurga Buat Ayshah
RomansaKarya keempat in romance by hernazulaikaa 📖 TAMAT Nur Ayshah, gadis sekuat batu. Hidupnya tidaklah seindah yang disangka, walaupun datang dari keluarga yang senang, dia tetap berdiri teguh seperti orang biasa. Dari dulu hingga sekarang, dia masih...