Bab 46

3.6K 161 4
                                    

ZALIKHA menjadi penonton drama pergaduhan antara Diyana dan Noah. Jauh dari sudut hatinya dia merasa cemburu sekarang. Dia merasakan Noah benar-benar jatuh hati pada Diyana, sampaikan Noah buta untuk melihat perempuan lain. Mungkin hanya Diyana sahaja yang bermain di dalam hatinya sekarang.

Jelas wajah Zalikha berubah redup. Dia mendengar setiap butir-butir ayat yang keluar dari mulut Noah, lelaki itu tulus ikhlas mencintai kakaknya, Diyana. Zalikha mula berasa malu kerana menyimpan perasaan pada lelaki itu meskipun tak pernah dibalas.

     "Cik Ika?" Izz muncul dari belakang Zalikha. Tersentak hebat Zalikha tatkala Izz sudah berdiri disebelahnya, terkebil-kebil biji mata Zalikha memandang Izz.

     "Cik Ika dari mana ni? Dah makan? Puan Ayshah mana?" Izz menyoal langsung. Dia tahu Zalikha dari tadi merenung Noah dari jauh. Sengaja dia aje bertanya soalan yang lain. Zalikha berdecit perlahan.

Bikin terkejut jela Izz ni!

     "Dari kafe. Saya dah makan dah tadi dengan Kak Ayshah. Err Kak Ayshah dah masuk dalam, tengok suami dia." balas Zalikha yang cuba mengawal riak wajah. Izz angguk faham.

     "Cik Ika okay ke? Asal muka nampak sedih je tu?" Izz pura-pura bertanya meskipun dia sudah tahu. Tak sangka dia yang selama ini Zalikha mempunyai perasaan terhadap Noah.

     "Okay je. Tak apa lah saya masuk dulu, nak tengok Abang Zahir." Zalikha senyum kelat sebelum kaki menyusun langkah menuju ke dalam perut hospital. Izz menghantar kelibat Zalikha dengan ekoran mata.

     "Broken lah tu." selamba badak Izz bersuara sendirian.

ZALIKHA melangkah masuk ke dalam bilik ward Zahir dan perlahan-lahan mendekati Ayshah. Dia berdiri disebelah gadis itu, manakala Diyana dan Puan Hajar berada di katil sebelah. Wajah Zahir dipandang Zalikha, lelaki itu masih erat memejam mata. Masih tak sedarkan diri dek penangan dari Datuk Tarmizi.

     "Kak Ayshah.." Zalikha menegur. Laju sahaja kepala Ayshah menoleh memandang wajah Zalikha. Diyana dan Puan Hajar sekadar memandang sahaja Zalikha di situ.

     "Ika balik dulu.." perlahan suara Zalikha yang ingin meminta diri pulang ke rumah. Ayshah mengerut dahi.

     "Dah nak balik? Kenapa awal sangat?" Ayshah menyoal. Dia risau kalau Zalikha pulang, pasti rahsianya akan terbongkar apabila Zalikha berjumpa dengan Datin Melinda. Wanita tua itu pasti menyoal banyak tentang dirinya pada Zalikha.

     "Ika kena balik lah kak, lagipun risau mama dekat rumah. Mesti dia dah tahu yang akak dah keluar dari bilik. Nanti tak pasal-pasal Kak Esah yang kena marah." jelas Zalikha lemah lembut. Ayshah tak mampu untuk berkata apa lagi, hanya mengangguk faham.

Diyana diam. Dia mula sedar yang selama ini gadis itu tak salah, buktinya gadis itu sendiri yang menolong kakaknya, Ayshah. Tak sangka Zalikha sanggup menolong Ayshah meskipun dia dan Ayshah pernah melontarkan ayat-ayat kesat pada gadis itu.

Diyana mula rasa serba-salah.

     "Ika balik dulu ya Kak Ayshah, Yana, Mama Hajar..." Zalikha berikan satu senyuman manis sebelum mahu menyalami tangan Ayshah dan Puan Hajar. Seterusnya Zalikha menuju ke arah pintu bilik. Namun baru sahaja Zalikha ingin membuka tombol pintu, tiba-tiba Noah muncul bersama Izz.

     "Awak nak kemana Ika?" Noah menyoal langsung. Sempat dia memandang Diyana yang diam seribu bahasa. Zalikha pandang Noah.

     "Saya nak balik." balas Zalikha acuh tak acuh. Entahlah, moment antara Diyana bersama Noah sebentar tadi seakan berlegar-legar di dalam benak fikirannya. Mungkin perasaan cemburu itu melebih-lebih? Ah! Ika, ada saja lah kau ni.

Syurga Buat Ayshah Where stories live. Discover now