BAB 24

4.4K 34 3
                                    

Pagi itu, Esmeralda bangun namun Andrian tiada di sisinya. Esmeralda bangun dan terus ke kamar mandi.

Selesai mandi Esmeralda melakukan skincare dan make up hariannya serta mengenakan camisole color peach dan blazzer plain light brown. Skirt di atas paras lutut yang berwarna coklat gelap.

Esmeralda mengenakan jam tangan yang di design oleh Michael untuknya. Sambil tersenyum melihat ke arah cermin sebelum turun ke bawah dan menyandang handbag Channel nya.

" Dinda, sila duduk." kata Andrian melihat Esmeralda yang sedang turun tangga.

Esmeralda menghampiri Andrian yang sedang memegang kerusi untuknya.

" Thank you kanda." ucap Esmeralda sambil tersenyum.

Mata Andrian tertacap pada jam tangan Esmeralda. Tak semena-mena perasaan amarahnya berombak-ombak.

Belum sempat Esmeralda meneguk susunya.

Tiba-tiba Andrian melibas semua makanan yang ada di meja. Semuanya jatuh ke lantai dan pecah. Esmeralda terkejut. Sheila meluru ke ruangan makan apabila mendengar bunyi kaca yang pecah.

Andrian tanpa banyak bicara meluru ke arah Esmeralda dan mencengkam tangan kiri Esmeralda.

" Sakitlah awak!" jerit Esmeralda.

Tak puas hati Andrian mencekik Esmeralda.

Sheila melihat kejadian itu terus berlari mendapatkan Esmeralda. Namun apabila Sheila menghampiri mereka, Sheila ditolak kuat oleh Andrian.

John yang terdengar akan huru hara itu terus meluru masuk bersama skuad dua yang bertugas pada minggu itu.

John yang pada ketika itu mengacukan pistol ke arah Andrian diikuti pengawal peribadi yang lain.

" LEPASKAN CIK TENGKU!!" teriak John.

Andrian serta merta melepaskan genggamannya dari leher Esmeralda. Andrian perlahan-lahan mengundur ke belakang dan menangis menatap Esmeralda.

Skuad dua terus menghampiri dan memulas kedua lengan Andrian ke belakang.

Sheila meluru ke arah Esmeralda yang masih dalam keadaan trauma berat. Perlahan-lahan Esmeralda menghirup udara sambil menangis.

" Bawa dia ke balai polis sekarang!" teriak John.

" Es, jangan risau. Aku ada. Kau tak akan apa-apa ya." pujuk Sheila sambil menepuk belakang Esmeralda.

" Saya call doktor ya Miss." kata John dengan nada lembut.

Esmeralda hanya menangis teresak-esak. Tidak mengerti. Kejadian tersebut berlaku dengan pantas.

" Shey, aku...nak naik atas. " kata Esmeralda dengan nada yang tersekat-sekat.

Esmeralda berdiri dan melangkah perlahan-lahan namun Esmeralda merasakan tubuhnya ringan dan sekitarnya berpinar-pinar.

Ngingggggggg.................
Esmeralda rebah.

Kedengaran suara Sheila dan John silih berganti mengangkat tubuh Esmeralda yang lemah longlai.

"Es...!!Cepat uncle John bawa Es ke hospital." kata Sheila dengan cemas.

John merangkul Esmeralda masuk ke dalam si Momo.

Bell kecemasan dipasang di atas kenderaan diraja tersebut. Limousine dipandu laju menyusur di jalan dan semua kenderaan rakyat membuka jalan untuknya.

MASIH ADA SYURGA BUATKU Where stories live. Discover now