Angin sepoi-sepoi menerpa pipi tatkala Esmeralda termenung mengingatkan kenakalan Jordan hari itu. Sungguh menggiurkan apabila jari jemarinya membelai lembut seluruh tubuhku. Kemudian...PAPPPP!!!!
"OUCHHH!!!" Esmeralda separuh menjerit. Sheila ketawa terbahak-bahak melihat muka Esmeralda yang pucat.
"Woiii, apa ni main pukul-pukul?! Rasa nak gugur jantung aku Shey.." sambil Esmeralda mengurut-urut dadanya. Gila betul si Shey ni lah..
"Dari jauh wei aku nampak kau tersengih-sengih macam minah angau. Eeii, tak malu..." sambil Sheila menguis-nguis pipinya mengejek Esmeralda. Esmeralda mencebikkan bibirnya yang mungil.
"Mana ada aku senyum, aku duduk je ni sambil melihat pemandangan. Kau jangan main tuduh-tuduh.." kata Esmeralda menafikan Sheila.
"Jangan nak tipu aku lah Es, aku belum buta lagi ni tau. Haa..mamat mana lagi yang buat kau sasau ni? Roy ekk?? Ke..Christ??" sambil Sheila menggigit jari telunjuk kanannya menunjukkan reaksi ingin tahu.
"Nope..bukan." Esmeralda tersipu-sipu sambil menggoyangkan badannya ke kiri ke kanan.
"Es, kau tak serik lagi ke nak menipu lelaki, kau cakap kau " single " tapi sebenarnya kau ada lagi simpanan kan, cuba kau bagi aku seorang." kali ni Sheila pula yang tersipu-sipu malu.
"Amboii, cakap orang menipu, tapi dia pun nak bahagian juga. Tak semudah itu. Padan dengan muka mereka tu. Aku tahu mereka tu nakkan kat duit aku dan badan aku jerr. Aku bukan gadis biasa-biasa tau..Aku orang ada-ada.." kata-kata Esmeralda membuat Sheila melopong.
" Ha'ah, tak ye juga.. Betul cakap engkau. Jap ekk, aku kira, satu, dua, tiga, empat, lima, enam..gila kau Es.. Nak dekat sepuloh. Macam mana kau nak handle mereka ni." melotot mata si Shey..
"Mostly, I tak cari mereka. Mereka yang terhegeh-hegeh..Nak buat macam mana? Bini mereka pun tak pandai nak ambik hati laki. Bukan salah I ye Shey.."
"Rasa aku nak cilikan mulut kau ni Es, mau tak nya isteri mereka bawa parang penggal kepala kau Es." Sheila menempik dahinya.
"Itulah gunanya duit, upah spy upah bodyguard. Tengok bodyguard i, bukan kaleng-kaleng tau, siap ada weapon." Esmeralda mengenyit mata kanannya kepada Sheila yang asyik menggelengkan kepala nya.
"Okay ma'am..Harini schedule kau free kan, apa kata kita ke mall. Dapat cuci mata kan..Mana tahu aku terserempak jejaka idaman.." Sheila merenung mata Esmeralda dengan mengerdipkan matanya berkali-kali.
"Baiklah sahabatku. I belanja ni hari. Tapiii..jaga mata tu,nampak desperado sangat. " mereka berdua pun melompat kegirangan.
Sheila pun mengekori sahabatnya itu untuk mengganti pakaian. Tiba-tiba bunyi nyaring kedengaran..
RinggggggRingggggg!!!!
YOU ARE READING
MASIH ADA SYURGA BUATKU
Romansa[ COMPLETED- -] 🔞 🖋️KISAH INI TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP ATAUPUN YANG SUDAH TIADA. CERITA INI ADALAH SEBAGAI HIBURAN DAN PENGAJARAN SAHAJA. ⚠️AMARAN KERAS KEPADA PEMBACA BAWAH UMUR 18 🔞 . Esmeralda meleraikan pelukkan Zachary dan m...