BAB 22

4.4K 39 2
                                    

Esmeralda menghela nafas panjang lalu menoleh ke arah Sheila semula.

" Dia tahu semua or half of the real story?" tanya Sheila ingin kepastian.

" Andrian tak tahu siapa yang selamatkan aku Shey." jawab Esmeralda dengan nada yang suram.

" Wei, kenapa kau tak kasi tahu dia. Nanti timbul salah faham antara korang." kata Sheila dengan nada yang risau.

" Susahlah nak explain benda dengan Andrian. Asyik-asyik nak naik angin jer bukan nak dengar kita cakap habis dulu." keluh Esmeralda.

" Aku tanya kau ni kau kena jujur ye. " Sheila menghampiri sahabatnya itu sambil meraih tangan Esmeralda.

Esmeralda mengangguk tanda setuju.

" Panas baran Andrian tu masih macam dulu ke Es? " Esmeralda terus menatap mata Sheila.

" Eh, apalah kau ni. Andrian dah berubah tak macam dulu. " Esmeralda melepaskan genggaman tangan Sheila.

" Aku tahu kau sayang kan dia. Tapi dalam masa yang sama aku tak nak kau kecewa Es. Baik kau fikir balik keputusan kau ni." air mata Sheila mulai berlinangan.

" Kau jangan risau ya Shey. Aku kan ada kau." Esmeralda memeluk sahabatnya itu.

" Eh aku naik atas dulu nak pergi tengok Andrian. Kau rehat lah ya. " Esmeralda meleraikan pelukan seraya tersenyum melihat sahabatnya itu masih dalam keadaan bermuram durja.

" Ha'ah yelah. Ada apa-apa please let me know ya." kata Sheila dengan nada yang sayu.

Esmeralda mengangguk kepalanya.

Di bilik Esmeralda.

Kelihatan Andrian yang masih mengeringkan rambutnya di hadapan cermin.

" Dinda pergi mana tadi? Puas kanda cari tau. " tanya Andrian sambil tersenyum sinis.

" Pergi borak-borak dengan Shey kejap Kanda." jawab Esmeralda tenang.

" Hmm, macam serius perbincangan korang tadi." kata Andrian sambil menyisir rambutnya yang semakin panjang.

" Kanda tak rasa nak potong rambut ke? Dah macam rockers dah Dinda tengok." Esmeralda mengubah topik perbualan.

" Esok kalau ada masa dinda temankan kanda ke barber shop lah ya. " Andrian memalingan wajahnya ke arah Esmeralda yang masih berpura-pura kelihatan tenang.

" Boleh jer kanda. Esok ek. Eh kanda nak tidur mana malam ni nak sini ke nak tidur sinun?" Esmeralda bertanya seraya memuncungkan bibirnya yang munggil ke arah pintu bilik bertentangan dengan kamarnya.

" Rasanya kanda nak bersendirian lah hari ni. Kalau dengan dinda, bukan tak nak tapi ada yang tak dapat duduk dengan tenang. " Andrian berseloroh sambil ketawa nakal.

" NAKAL!" teriak Esmeralda lalu membaling bantal guling ke arah Andrian.

Andrian ke kamarnya dengan ketawa yang kuat.

Pada malam itu, Esmeralda tidak dapat tidur lena akibat memikirkan kata-kata Sheila.

Jam menunjukkan satu pagi.

" SATU PAGI! Kenapa kau ni Es, tak dapat tidur pulak. Jangan cakap kau teringin ke club pulak waktu cenggini." Esmeralda menempik dahinya.

" Tapi kalau keluar kejap chill pun cadangan yang bagus." kata Esmeralda dalam hati.

Tanpa membuang masa, Esmeralda bergegas besiap menggunakan pakaian yang agak seksi dan skirt yang singkat.

Ketika Esmeralda menuju ke pintu utama.

" Miss, nak pergi mana lewat dah ni. " tanya John.

" SSHHHH...." Esmeralda meletakkan jari telunjuk di bibirnya.

Dengan bahasa isyarat Esmeralda mengatakan yang dia nak keluar.

" Kalau nak ikut senyap-senyap ya." kata Esmeralda separuh berbisik.

John mengangguk tanda mengerti.

Esmeralda mengambil kunci kereta yang lama dia tak pandu iaitu si Enzo.

Esmeralda meneka punat garaj untuk mengambil si Enzo lalu masuk ke dalam perut kenderaan itu dibuntuti oleh John ketua pengawal peribadinya.

Vrooomm,Vrooommm.......

Kedua kenderaan hilang dengan pantas menyelusuri jalan raya.

Setibanya di De'Lasvebar.
Cahaya warna-warni bergemelipan menghiasi premis itu.

Esmeralda keluar dan mencari tempat untuk menikmati paginya itu.

Esmeralda melihat sekitarnya dengan buas jikalau ternampak pemuda yang tampan akan menjadi penghiburnya ketika itu.

" Well, gotcha." Esmeralda tersenyum sinis melihat jejaka yang duduk jauh 1 meter bersebelahannya.

Esmeralda merenung pemuda itu lama kemudian pemuda itu turut merenung Esmeralda tajam.

" Come here boy." kata Esmeralda nakal di dalam hati.

Namun, hampa. Pemuda itu memalingkan pandangannya ke hadapan dan tidak mempedulikan Esmeralda. Seolah-olah dia tidak terpesona dengan mantra Esmeralda.

" Wow, who is that man?" tanya hati kecil Esmeralda.

" Miss, Andrian call. We should go home now." bisik John ke telinga Esmeralda.

" Wait, what? Saya baru jer duduk nak tangkap jerung. Hmm.. Yelah yelah.. Kita balik."

Esmeralda masih melirik ke arah pemuda tadi namun pemuda itu tidak kelihatan lagi.

Akibat asyik fikirkan pemuda misteri itu. Esmeralda tiba-tiba...

" Ouch!" jerit Esmeralda.

Apabila Esmeralda membuka matanya wajah pemuda tadi yang menyambutnya yang hendak jatuh daripada kerusi bar yang tinggi itu.

" Next time use your eyes properly. Jangan lalai dan asyik jadi makanan buaya." pemuda itu mengangkat Esmeralda dan tersenyum sinis.

" AMBOIII!! Cantik bahasa!!!" teriak Esmeralda ke arah pemuda itu.

Pemuda itu langsung tak menghiraukan kata-kata Esmeralda dan berlalu pergi.

" Eh, mana John ni. Awal juga dia ke tempat parkir. Haiss.." keluh Esmeralda geram.

Sepanjang perjalanan, Esmeralda asyik memikirkan pemuda itu sehingga kelajuan kereta yang dipandunya memecut laju di jalan raya.

" Uish, lajunya Miss bawa kereta. Tak pasal-pasal aku pun ikut laju ni. " keluh John.

Setibanya di perkarangan rumah Esmeralda, kelibat Andrian menunggu di gazebo rumahnya dengan wajah yang tenang.

" Wei, kalau Andrian muka cengitu memang seram." gerutu Esmeralda dalam hati.

" Dinda, meh sini jap teman kanda. "lambai Andrian mesra.

" Aduh.. Alamakk... " Esmeralda mengaduh.

==================================
Saya mulakan bicara dengan maaf sebab lma tak muncul, due to my surgery and i take a long break from my writting. Saya rsa gembira bila ada yg komen asking when im going to update a new chapters. So.. I have this draft a long ago but didn't manage to publish it. I hope this chapters will encourage you to stay and keep waiting for the new chapter. ❤️
.
Saya harap korang terus setia menanti 💝
Stay tuned.

Salam sayang,
DeLunarFairy 🌙

MASIH ADA SYURGA BUATKU Where stories live. Discover now