Dua jam sebelum kejadian..
"Nak ke mana tu?" tanya Tan Sri Edward kepada Andrian.
" Nak jumpa Eric kejap." sahut Andrian.
" Hmm..tak tahu hari ini hari apa ye?" tanya Papa Andrian lagi.
" Khamis pa, kenapa ye?" Andrian masih tak mengerti.
Mama Andrian, Datin Bethany keluar dari dapur dan mengusik suaminya.
" Awak ni kan, main teka teki pula. Cubalah cakap biar terang." kata Mama Andrian.
" Ha'ah, hari apa ni pa?" Andrian bertanya lagi.
Tan Sri Edward menggelengkan kepalanya dan tersenyum sambil membetulkan tali lehernya dibantu oleh Datin Bethany.
" Hari ini birthday Es.. " belum sempat Datin Bethany menghabiskan kata-kata Andrian kelam kabut.
Andrian menaiki tangga dengan pantas menuju kamarnya.
" Ya Tuhan, macam mana aku boleh lupa ni." Andrian meraup wajahnya sambil mencari-cari kotak kecil di laci biliknya.
Datin Bethany mengikuti jejak anak lelakinya dan hanya mampu tersenyum melihat betapa kelam-kabutnya Andrian.
" Are you looking for this my son?" Datin Bethany memegang kotak cincin itu dan memberikannya kepada Andrian.
" Mom, are you stalking me? " tanya Andrian bernada merajuk.
" Jangan nak mengada-ngada, tu Mama tengok kat kalendar harian kamu tu. Dia yang catat tapi dia yang lupa. Nanti florist sampai, bunga tu bagi kat Es ya." katanya kepada Andrian.
" Aww, mom, thanks so much. Wish me luck ma.." Andrian memeluk mamanya erat.
TINGTONGGGG....
Loceng pintu kedengaran...Mama Andrian turun tangga dan membuka pintu mengambil sejambak bunga mawar dari gadis bunga itu terlihat kad kecil terselit dibalik banyaknya kuntum bunga yang tertulis persis seperti yang Andrian catat di sehelai kertas.
" Anak bujang aku ni diam-diam dah nak bebini. Dah prepared semua tapi dia pula yang lupa. Nasib baik selalu kemas bilik dia. Nampak apa yang dia nak buat di kalendar tu. " Datin Bethany berkata di dalam hati dan menggelengkan kepalanya sambil tersenyum geli hati.
Beberapa minit kemudian, kelihatan kelibat Andrian memakai suit biru gelap sedondon dengan warna seluarnya.
" There you go, handsome sungguh anak papa ni. " kata Papa Andrian dengan nada bersemangat.
Andrian meluru ke arah papa mamanya dan memeluk mereka berdua meminta restu semoga Esmeralda menerima lamarannya.
Rancangan Andrian yang hendak memperisterikan Esmeralda sudah dimaklumkan kepada Papa Esmeralda seminggu yang lalu dan mendapat restu penuh daripada kedua papa mama Esmeralda.
Apabila mereka keluar rumah, Limousine keluarga Esmeralda sedang menanti mereka.
" Eh kenapa Si Momo ada di depan rumah kita ni? Mama dan Papa call mereka ke?" tanya Andrian gugup.
" Mama Papa tak call cuma Yang Mulia yang nak kita gunakan. Acara kerabat Andrian." jelas Datin Bethany.
Tanpa banyak bicara, Andrian berasa segan saat menaiki kenderaan mewah keluarga Esmeralda.
Sesampainya di sana, Andrian berjabat tangan dan memeluk Mama Papa Esmeralda.
" Yang Mulia,.. " belum sempat Andrian menghabiskan kata-katanya Papa Esmeralda berkata.
" Tak payah formal sangat, panggil Uncle macam selalu, kalau nak selesa lagi,panggil Papa jer." Papa Esmeralda ketawa sambil menepuk-nepuk bahu Andrian.
" Ha'ah Uncle, eh..Papa.." Andrian tersipu malu.
" Begitulah, good luck young man." Papa Esmeralda menyuntik semangat kepada Andrian.
" Papa, mama, saya nak ke luar sebentar. Nak call Eric. " Andrian meminta diri untuk keluar menghubungi Eric.
Di luar kawasan kediaman Esmeralda..
Belum sempat Andrian mengucapkan
"Hello" suara Eric memecah gegendang telinganya." Woi, dah berjanggut aku tunggu kau ni." sergah Eric.
" Alaa bro, sorry ye.. Harini tak boleh lah, ada hal lebih penting nak buat malam ni."
" Hal penting? Ada patient kau sakit jantung ke?" teka Eric semberono.
" Eh, tak. Okay lah bro, aku gerak dulu. " Andrian mematikan perbualannya dengan Eric apabila melihat Si Roro tiba di perkarangan rumah agam itu.
Dengan persiapan yang sudah dibuat seminggu yang lalu, Andrian memberanikan diri melamar Esmeralda menjadi permaisuri hatinya.
Masanya telah tiba.....
Setelah lagu selamat ulangtahun dinyanyikan oleh semua orang...It's my time...=====================================
❤️Belum ada jawapan lagi, tunggu dulu.. 😜 Rasa-rasanya Esmeralda terima tak lamaran Andrian?
Stay tuned 🌻
Salam syg,
DeLunarFairy🌙
YOU ARE READING
MASIH ADA SYURGA BUATKU
Romance[ COMPLETED- -] 🔞 🖋️KISAH INI TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP ATAUPUN YANG SUDAH TIADA. CERITA INI ADALAH SEBAGAI HIBURAN DAN PENGAJARAN SAHAJA. ⚠️AMARAN KERAS KEPADA PEMBACA BAWAH UMUR 18 🔞 . Esmeralda meleraikan pelukkan Zachary dan m...