BAB 17

5.2K 35 0
                                    

Esmeralda tergamam seketika sambil melihat Andrian yang sedang melutut di hadapannya.

Suasana menjadi tegang seketika menunggu jawapan dari Esmeralda.

Tik, tik, tik,..
Saat pun berlalu.

Esmeralda memejam matanya sambil menghela nafas yang agak pnjang.

"Yes. I do." ringkas dan padat jawapan Esmeralda yang membuatkan seluruh tetamu menjerit histeria mendengar jawapan dari mulut Esmeralda.

Andrian terus memeluk Esmeralda erat dan agak lama.

"Thank you dinda, sebab terima kanda."ucap Andrian sambil mengucup ubun-ubun Esmeralda.

Andrian mengangkat tangan kanannya di hadapan Esmeralda seperti orang yang hendak mengangkat sumpah.

"Dengan sepenuh hati kanda, kanda berjanji akan menjaga dinda sehingga akhir hayat kanda. Kanda berjanji bahawa dinda satu-satunya wanita yang bertahta di hati kanda."ungkap Andrian di hadapan Esmeralda dan tetamu yang hadir pada malam itu.

"Betul ke ni?" tanya Esmeralda kepada Andrian.

Andrian terus mendakap Esmeralda dan mencium buku jari Esmeralda dan mengangguk kepalanya berulang kali.

Muzik romantis Forever In Love berkumandang memenuhi halwa telinga tetamu yang hadir pada malam itu.

Andrian terus menarik tangan Esmeralda dan menari mengikut alunan melodi.

Esmeralda meletakkan tangannya di bahu Andrian, manakala Andrian memeluk pinggang Esmeralda. Semua mata tertumpu kepada mereka berdua ketika itu.

Tari-menari dilanjutkan sehingga ada para tetamu ikut serta dengan mengatur gerak tari mengikut alunan melodi yang lembut.

Selesai menari Esmeralda dan Andrian duduk di meja bersama ahli keluarga mereka.

Ketika itu Esmeralda merasakan yang dirinya seperti telah dipukau oleh pandangan mata Andrian ketika melamarnya sebentar tadi. Sambil mencubit pipinya.

"OUCHHH!!!" jerit Esmeralda.

Papa dan mama Esmeralda terus memandang ke arah Esmeralda dengan wajah yang berkerut.

"Kenapa darling?" tanya papa Esmeralda.

Esmeralda tersenyum kelat sambil menggeleng kepalanya. Kelakuannya tadi telah mengundang tawa Andrian yang dari tadi memerhati gelagat Esmeralda.

Andrian menghampiri telinga Esmeralda sambil berkata sesuatu.

"What is your fantasy baby?" sambil menggigit manja telinga Esmeralda.

Esmeralda tersentak dan terus mencubit paha kanan Andrian. Andrian hendak menjerit tetapi mulutnya ditekup rapat oleh Esmeralda.

Esmeralda tersenyum malu.

Sejam kemudian, tetamu beransur bersurai. Jam menunjukkan tepat sebelas tiga puluh malam. Esmeralda menuju ke kamarnya untuk membersihkan diri.

"Ma, Pa, Aunty, Uncle, Es naik atas dulu lah ya." sambil menguap Esmeralda menekan butang lif untuk kamarnya. Kerana badan yang letih Esmeralda enggan menaikki tangga.

Mereka mengangguk seraya melihat telatah Esmeralda yang menguap tak henti-henti.

"Hmmm, begitulah Esmeralda, saya cakap kat dia duduk jer kat sini, uruskan hal kerajaan, dia tak nak. Nak juga berdikari katanya. Tak nak menumpang hasil orang tua." cerita mama Esmeralda kepada Datin Bethany mama Andrian.

"Biasalah tu. Sebab tu Es special di mata anak bujang saya tu." seloroh Datin Bethany kepada mama Esmeralda.

Mereka pun ketawa bersama-sama.

"Eh, dah lewat ni. Korang bermalam jer kat sini ya." pelawa Mama Esmeralda kepada keluarga Andrian.

"Eh tak apa lah, susah-susah aje."kata Datin Bethany.

"Ha'ah, dah lewat dah ni. Bermalam aje lah kat sini. Kita ni tak lama lagi dah nak berbesan. Tak payah segan-segan." kata Papa Esmeralda pula.

"Kalau macam tu, kami berbesar hati bermalam di sini." kata Papa Andrian sambil ketawa.

"Ha, Andrian, naik atas ya ada bilik sebelah Es tu, tidur kat sana ya. Jangan nakal-nakal pergi bilik sebelah pula."seloroh Mama Esmeralda.

"Itu saya tak janji aunty, eh.. Mama.." Andrian tersipu-sipu.

Mereka semua ketawa geli hati melihat gelagat Andrian.

Andrian melangkah kakinya ke dalam lif menuju aras kamar Esmeralda. Ketika menuju ke kamar bersebelahan Esmeralda, Andrian melihat Esmeralda masuk ke kamar itu.

Dengan senyap Andrian melihat apa yang Esmeralda lakukan di dalam bilik tempat dia ingin beradu pada malam itu.

Rupa-rupanya, Esmeralda menyediakan kelengkapan mandi untuk Andrian. Meletakkan tuala di rak tuala untuk kegunaan Andrian nanti. Menghidupkan penghawa dingin sambil menepuk-nepuk bantal di katil.

Andrian melihat segala perlakuan Esmeralda sambil menghampirinya dengan senyap.

"Hi, sweetheart. Buat apa tu?" bisik Andrian di telinga Esmeralda.

Arghhhhhhhhh!!!!
Esmeralda menjerit terperanjat.

"Easy there." kata Andrian dengan nada lembut.

"Awak ni kan. Buat terkejut saya jer lah.." kata Esmeralda dengan mimik muka yang cemberut.

"Alala, jangan merajuk. Meh sini kanda peluk." Andrian mendepakan kedua lengan nya luas.

Esmeralda pun meluru ke arah dada Andrian yang bidang. Andrian memeluk erat tubuh Esmeralda lama.

"Kenapa dinda yang buat semua tu tadi? Kenapa tak panggil bibik jer? Dinda kan penat, dari tadi lagi menguap tak henti-henti. " tanya Andrian.

"Tak pe. Bibik di rumah ni semua penat. Tak nak ganggu mereka rehat."jelas Esmeralda sambil mengeringkan rambutnya yang masih basah.

"Baiknya hati sayang kanda sorang ni." Andrian mencebikkan bibirnya.

"Apasal buat bibir gitu?" tanya Esmeralda sambil mengerutkan dahinya.

"Dinda, boleh stop tak kering kan rambut tu, sebab jantung kanda macam nak meletup dah ni." Andrian menggigit bibirnya.

Guullpppp....
Esmeralda menelan air liur dan berhenti mengeringkan rambutnya.

"Opps,sorry. Awak, saya dah sediakan toiletries dan tuala. Buat macam bilik sendiri ya." Esmeralda menunjukkan arah bilik mandi dengan memucungkan bibirnya.

Ketika Esmeralda bergerak menuju pintu, dengan sepantas kilat Andrian menarik tangan Esmeralda dan membuatkan Esmeralda tersandar di dinding dengan posisi kedua tangan Andrian menekap di dinding tempatnya bersandar.

Mata bertentang mata.
Dup-dap-dup-dap....

"Boleh tak panggil saya kanda mulai hari ni?" tanya Andrian dengan nada yang mengoda.

Esmeralda masih memproses situasi yang dialaminya ketika itu sambil memandang tepat ke arah mata Andrian yang sedang dipenuhi api asmara.

"Kan....daa..."suara Esmeralda tersekat-sekat ketika menyuarakan panggilan itu.

Andrian menggigit bibirnya mendengar suara imut Esmeralda.

====================================
                                       ❤️
Hi, pembaca Masih Ada Syurga Buatku. Maaf telah lama menyepi kerana sibuk dengan perkara-perkara yang tak dapat dielakkan. Terima kasih kerana setia menanti sambungan chapters dari karya saya yang sederhana ini. TQVM. 😘
.
Jika karya saya telah menambat hati kalian semua, boleh divote dan follow saya di sini.

Salam Sayang,
DeLunarFairy 🌙

MASIH ADA SYURGA BUATKU Where stories live. Discover now