BAB 29

3.6K 44 0
                                    

Di Ruang Tahanan...

" Encik Andrian, ada seseorang nak jumpa dengan awak." pagar besi dibuka dan kelihatan seorang lelaki beruniform masuk ke dalam ruang tahanan Andrian.

" Kau." kata Andrian terketar-ketar.

" Ya, aku An." sautnya dengan tenang.

" Kenapa kau selamatkan aku Zack. Biar je aku dihukum selayaknya. " jelas Andrian teresak-esak.

" Aku memang marah kat kau sebab kau buat Es seperti manusia yang kurang waras. Selama ni aku mengalah je untuk kau. Aku harap kau dapat jaga Es. Rupanya tak. " kata Zachary dengan nada yang kecewa.

" Aku tak sengaja. Aku tak berniat. " katanya sambil meraup wajahnya.

" Aku tahu kau sakit An, sebab tu aku tolong kau sebagai sahabat. Papa Esmeralda dah berbincang dengan aku. Walaupun pada mulanya dia enggan tarik tuntutan. Tapi kita dengan Es berkawan sejak kecil. " kata Zachary sambil meraih tangan Andrian.

Andrian senyap sambil memandang Zachary.

" Oh... Lepas ni kau pula yang ambil kesempatan nak dapatkan Es kan?! " kata Andrian dengan senyuman yang sinis.

Genggaman tangan Zachary segera dilepaskan oleh Andrian.

" An! Kau lupa janji kita. Sebelum aku mengalah aku pernah kata kat kau, kalau kau buat Es menangis, setitik air mata Es jatuh, aku tak teragak-agak untuk ambil Es. Tapi kau yakin sangat yang kau akan bahagiakan Es waktu tu." jelas Zachary tegas.

" Ya. Aku yakin tapi disebabkan Es terlalu digilai ramai jejaka, aku tak tahan Zack. Aku tak nak dia dekat dengan lelaki lain. " jelas Andrian.

" Kita tak boleh salahkan Es. Kau tahu kan Es jadi macam tu sebab apa yang telah berlaku padanya 10 tahun yang lalu. " kata Zachary sambil menundukkan wajahnya.

" Macam mana kau tahu kejadian tu Zack?! Setahu aku, hanya aku sahaja yang tahu akan hal itu selain keluarga Es. " kata Andrian seolah-olah tidak percaya.

" Kau silap Andrian. Kau tahu Michael tu siapa? Lelaki asing yang kau tuduh tu? " tanya Zachary dengan senyuman yang sinis.

" Lelaki asing itu lah yang Es gila-gilakan. Dia lah punca segalanya. " tegas Andrian.

" Kenapa kau tak tanya Es sendiri siapa Michael? Kenapa mesti nak salahkan Es dalam hal ini hah?? " Zachary bernada marah tapi ditahan olehnya.

Tiba-tiba...

Andrian merenggut colar baju Zachary dengan amarah.

" Kau ni dah kenapa? Kau tak tahu apa-apa pun. " terbeliak mata Andrian melihat Zachary.

" Lepaskan aku An. Kalau tak..."

" Kalau tak apa hahh?? Kau fikir kau boleh dapatkan Es? Langkah mayat aku dulu Zack." jerit Andrian.

Polis di penjara semua berkumpul di hadapan ruang tahanan Andrian.

Namun, Zachary mengisyaratkan mundur kepada mereka semua.

" Lepaskan aku An. " kata Zachary lagi.

Andrian semakin geram apabila dicabar oleh Zachary. Andrian menggenggam penumbuknya dan ingin menumbuk wajah Zachary.

Zachary tidak dapat menahan perasaannya lagi lalu meleraikan tangan Andrian dengan kuat dari colar nya lalu mengacukan pistol ke arah Andrian.

Andrian mengundurkan diri sambil ketawa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Andrian mengundurkan diri sambil ketawa.

" Kau... Kau nak tembak aku? Tembaklah! Dipersilakan!" sambil ketawa Andrian turut menangis teresak-esak.

Zachary mengarahkan pegawai membuka pagar. Dia tidak tahan lagi untuk bersemuka dengan sahabatnya itu.

Di Bilik Hospital...

Esmeralda cuba turun dari katilnya. Dia menoleh ke arah mamanya yang sedang terlelap.

Kakinya mencecah lantai yang sejuk. Lalu dia membuka pintu biliknya. Di luar kelihatan kesemua pengawal peribadinya.

" Miss, nak pergi mana?"

"Er, saya nak ambil udara segar je." kata Esmeralda.

Kesemua pengawal peribadinya mendepakan tangan mereka sambil menggelengkan kepala.

Esmeralda tertawa kecil.

" Sekejap je pun tak boleh ke?" rayu Esmeralda dengan suaranya yang masih serak.

Mereka tetap menggelengkan kepala.

" Please..." rayunya lagi.

Setibanya Zachary di hospital dia terus ke wad Esmeralda. Apabila dia sudah hampir tiba-tiba kakinya terhenti lalu melihat celoteh Esmeralda yang degil ingin keluar.

" Sekejap je. Tak jauh. Dekat je..." kata Esmeralda lagi.

Pengawal peribadi Esmeralda semuanya menggelengkan kepala tanda tidak menyetujui permintaan Esmeralda.

Wajah Esmeralda cemberut.

Zachary tersenyum lalu menghampiri Skuad Satu dan Esmeralda. Dengan pakaian uniform yang dikenakan menambahkan lagi watak karisma yang ada pada dirinya.

" Skuad Satu, tak apa saya ada. Saya akan temankan Cik Tengku Puteri kita ni." arah Zachary sambil menyinsingkan lengan bajunya.

Skuad satu menoleh ke arah  Zachary lalu memberi ruang kepadanya sambil berdiri tegak.

Skuad Satu akur dan mengangguk tanda menerima arahan daripada Zachary.

Esmeralda kelihatan kebingungan apabila pengawal peribadinya menurut perintah jejaka yang berada di hadapannya.

" Oh ya, tolong inform Tuanku Permaisuri Esmeralda di bawah jagaan saya ya." kata Zachary lagi kepada Skuad Satu.

" Baik Tuan. " kata mereka serentak sambil melakukan tanda hormat.

" Tuan?? Siapa dia ni hah??" desis Esmeralda dalam hati.

Zachary memaut bahu Esmeralda erat sambil mengiringi Esmeralda berjalan di koridor hospital.

" Eh, apa ni pegang-pegang? Tapi kenapa perasaan aku ni semacam deja-vu ek?" kata Esmeralda di dalam hati lagi.

Melihat Esmeralda kebingungan, Zachary mendudukkan Esmeralda di sofa rehat berdekatan.

" Hmm.. Awak okay?" tanya Zachary sambil menggenggam jari jemari Esmeralda lalu menatap matanya diikuti bibir Esmeralda yang mungil namun kelihatan pucat.

" Saya okay. Tengok ni.." kata Esmeralda sambil berdiri untuk meyakinkan Zachary keadaanya.

Esmeralda duduk semula lalu Zachary meraih tangannya sekali lagi.

" Ehh.. Ayat ni. Ahh.. Mungkin perasaanku sahaja. " Esmeralda kembali duduk dan tersenyum manis di hadapan Zachary.

Air mata Zachary bertakung di kelopak matanya melihat gadis yang dicintainya disakiti lagi.

Zachary secara spontan menundukkan wajahnya di jari jemari yang digenggamnya saat itu sambil menangis. Tangisan kekecewaan terhadap dirinya sendiri.

Zachary mencium telapak tangan Esmeralda seperti orang yang menyesal.

" Hei, awak kenapa ni? Are you alright?" tanya Esmeralda lembut sambil mengusap rambut Zachary.

Entah kenapa hati Esmeralda seperti hanyut dibawa bayu ketika melihat jejaka dihadapannya menangis sayu.

Zachary mendongak dengan wajah yang sembam lalu berkata.

" Es, why you can't recognise me? I'm your Ary. "

======================================

Adakah Esmeralda akan ingat pada Zachary? I hope that Im too kind for writting that. 😊
.
Terima kasih sebab setia tau ❤️

Salam sayang,
DeLunarFairy 🌙

MASIH ADA SYURGA BUATKU Where stories live. Discover now