Bilik Pakar Psikiatri..
Tangan Andrian digari bersama tangan seorang anggota polis yang menjaganya. Andrian kelihatan sugul sambil menunduk sepanjang perjalanannya menuju bilik tersebut.
" Aku tak berniat nak cederakan dia." kata Andrian dengan suara yang perlahan.
Anggota Polis yang menjaganya hanya memandangnya sekilas.
Sebaik pintu bilik dibuka. Andrian tiba-tiba meronta histeris.
" AKU TAK GILA!!! KENAPA HANTAR AKU KAT SINI HAH??!!" teriak Andrian kuat.
Anggota polis yang menjaganya terkejut lalu menggenggam kuat tangan Andrian.
" Bawa dia ke mari." kata doktor tersebut.
Andrian yang meracau seperti orang yang hilang akal dipaksa menghadap doktor yang berada tidak jauh di hadapannya.
" Bawa bertenang Andrian. Ini untuk kebaikan awak." kata doktor itu.
Keadaan Andrian semakin reda. Dia mulai bekerjasama dengan doktor tersebut.
" Saya doktor Henry. Saya dapat laporan kesihatan awak dari doktor Keisha. Apabila saya teliti laporan ini awak tak nak bekerjasama dengan doktor Keisha. Betul?" tanya doktor Henry.
" Ya. Saya tak gila doktor." tegas Andrian lagi.
" Tak semua orang pergi jumpa pakar Psikiatri ni gila Encik Andrian. Ada kalangan yang tertekan, kemurungan dan fobia macam awak. " jelas doktor Henry.
Raut wajah Andrian kelihatan gelisah.
" Kalau tak dapat rawatan kesihatan mental awak akan semakin buruk. Kat sini doktor Keisha menyatakan bahawa awak adalah seorang thantophobia. Dimana kondisi ini mengakibatkan awak takut kehilangan orang yang awak sayangi. Ini yang menyebabkan awak menjadi obses akan seseorang. " jelas doktor Henry lagi.
Andrian tegamam seketika.
" Adakah awak selalu mendengar suara-suara aneh yang menghasut awak melakukan sesuatu? " tanya doktor Henry kepada Andrian.
" Ya. Saya kerap mendengar suara-suara aneh di sekeliling saya. " kata Andrian.
" Kali ni jujur dengan saya, adakah awak selalu menkonsumsi alkohol? " tanya doktor Henry ingin kepastian.
Andrian memandang doktor Henry lama.
" Ya." jawab Andrian sepatah.
" Seberapa kerap ya Encik Andrian? " tanya doktor Henry lagi.
" Se..jak..saya melihat Esmeralda berjumpa dengan lelaki asing itu. " jawab Andrian dengan perasaan geram.
" Siapa lelaki itu? Awak tak tanya Cik Esmeralda sendiri?"
" Tak. Saya tak suka orang pegang hak saya. ES SAYA PUNYA." kata Andrian tegas.
" Okay, okay.. Bawa bertenang. Saya faham. Saya harap laporan saya ni nanti membantu meringankan hukuman awak. Nak tahu ni permintaan siapa? " tanya doktor Henry buat kali terakhir.
" Tak. Saya tak nak tahu. " jawab Andrian lemah.
" Betul? Hmm.. Rasannya awak perlu tahu. Zachary. Tuan Zachary. " kata doktor itu dengan senyuman sambil tangannya mencatat.
Andrian membatu seketika. Seakan terkena panahan petir.
5 Tahun Yang Lalu..
" Kau suka Es ke? " tanya Zachary.
" Zack, Zack.. Kau ni kan macam dapat baca hati aku. Kau, aku dan Es dah macam adik beradik dah walaupun berbeza ibu bapa." kata Andrian.
Zachary terdiam seketika. Dia tahu taraf dirinya tidak sedarjat dengan Esmeralda. Andrian pula anak Tan Sri. Dia hanya anak kepada Ketua Polis Istana pada masa itu.
YOU ARE READING
MASIH ADA SYURGA BUATKU
Romansa[ COMPLETED- -] 🔞 🖋️KISAH INI TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP ATAUPUN YANG SUDAH TIADA. CERITA INI ADALAH SEBAGAI HIBURAN DAN PENGAJARAN SAHAJA. ⚠️AMARAN KERAS KEPADA PEMBACA BAWAH UMUR 18 🔞 . Esmeralda meleraikan pelukkan Zachary dan m...