Esmeralda memejam matanya pasrah jika itu takdirnya. Dunia seakan terhenti seketika.
Tiba-tiba...
" Saya tanya awak tadi dah habis fikir ke?" tanya jejaka misteri itu.
" Aku dah kat neraka ke ni?" desis Esmeralda di dalam hati.
Esmeralda merasakan kehangatan yang luar biasa. Perlahan-lahan Esmeralda membuka matanya.
Ternyata Esmeralda telah disambut oleh jejaka itu.
" Awak. Yang..." belum habis Esmeralda menghabiskan katanya jejaka itu perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.
" Awak buat apa tadi hah?" tanya jejaka itu lagi.
" Sa..ya..sa...ya..." ucap Esmeralda gagap.
Jejaka itu mendekati Esmeralda. Namun Esmeralda berundur.
" KENAPA AWAK HALANG SAYA??!!" teriak Esmeralda sambil menangis teresak-esak.
" BUNUH DIRI TU BUKAN JALAN PENYELESAIANNYA. Awak tahu tak perbuatan awak ni akan buat awak jadi pembunuh. Pembunuh bayi yang ada dalam kandungan awak sekarang ni." jelas jejaka itu.
Esmeralda terduduk diam membisu. Jejaka itu mendekati Esmeralda. Tanpa teragak-agak jejaka itu memeluk Esmeralda erat.
Esmeralda berasa nyaman diperlakukan begitu. Kemudian jejaka itu membantu Esmeralda berdiri.
" Awak balik ke wad awak semula ya. Mama awak sedang tunggu tu. Nak saya hantarkan ke?" tanya jejaka itu.
Esmeralda mengangguk lemah. Kerana perbuatannya tadi membuat dirinya berasa lelah. Lutut kakinya menggigil.
Sepanjang perjalanan, mereka hanya terdiam sampai ketika Esmeralda bersuara.
" Awak buat apa kat sini? " tanya Esmeralda dengan lembut.
" Saya ada tugas kat sini. Baru-baru ni ada kes bunuh diri juga kat atas tu tadi." jelasnya sambil tersenyum.
" Ohh, begitu.." jawab Esmeralda bersahaja.
Jejaka itu membuka jaket hitamnya dan dipakaikan di badan Esmeralda yang sejuk.
" Agaknya dia masih shock pasal kejadian tadi. Itulah buat keputusan ikut perasaan." desis jejaka itu di dalam hati.
" Dah sampai dah Encik, aaa... Wad saya." kata Esmeralda teragak-agak.
" Okay, saya pergi dulu ya." kata jejaka itu.
" Encik!! Nama awak siapa? " Teriak Esmeralda.
Jejaka itu memusingkan badannya sambil melambai-lambaikan tangannya sahaja.
Esmeralda masuk ke kamarnya dengan lemah longlai.
Ngingggggg....
Esmeralda rebah ke bumi." Nurse, doctor, tolong..." jerit Elisa.
Dari jauh Esmeralda melihat kelibat jejaka yang berlari menghampirinya dengan cemas.
5 Tahun Yang Lalu..
" Ouch!!!" jerit Esmeralda.
YOU ARE READING
MASIH ADA SYURGA BUATKU
Roman d'amour[ COMPLETED- -] 🔞 🖋️KISAH INI TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP ATAUPUN YANG SUDAH TIADA. CERITA INI ADALAH SEBAGAI HIBURAN DAN PENGAJARAN SAHAJA. ⚠️AMARAN KERAS KEPADA PEMBACA BAWAH UMUR 18 🔞 . Esmeralda meleraikan pelukkan Zachary dan m...