BAB 26

4K 34 0
                                    

Pada hari kejadian...

Papa Esmeralda, Charles bersama John pergi melawat Andrian di lokap. Apabila keluar daripada hospital. Ramai wartawan berkumpul diluar menanti untuk menyerbu Charles.

John di ikuti yang lain membuat laluan untuk Raja Charles yang telah siap sedia memakai kaca mata hitamnya untuk mengelak cahaya flash camera para wartawan.

" Yang Mulia, bagaimana keadaan Tengku Puteri?" tanya salah seorang daripada wartawan.

" Yang Mulia, khabarnya Tengku Puteri akan berkahwin tak lama lagi. Adakah berita itu benar?" tanya salah seorang daripada mereka lagi.

" I am apologise that I can't answer your question. I will answer it at press conference soon. Thanks." jawab Charles sambil melambaikan tangannya kepada para wartawan.

Sepanjang perjalanan, Charles kelihatan gelisah apabila mengingatkan puterinya Esmeralda.

" How I wish that I can protect you that time my princess. " kata Charles di dalam hati.

Sesampainya di balai polis..

Kelihatan Andrian sedang duduk seperti orang dungu memandang ke arah dinding yang kosong.

Raja Charles menghampiri Andrian dengan perasaan yang sangat marah.

" OPEN THE DOOR!!! " teriak Charles kepada pegawai polis tersebut.

Pegawai polis yang bertugas menjaga Andrian terketar-ketar mengapai kunci untuk membuka pintu lokap apabila mendengar suara Charles yang kuat.

Setelah pintu dibuka, Charles meluru masuk lalu menumbuk dada dan perut Andrian. Tumbukan bertubi-tubi dari Charles mengakibatkan Andrian rebah lemah.

" Once you hurt my daughter, I have to make sure you are hurt too. Even hurt than what my daughter got. Do you get it huh?" kata Charles sambil memegang colar baju Andrian.

Walaupun ditumbuk oleh Charles, Andrian langsung tidak membalas. Dia hanya menerima dengan pasrah kerana dia lah yang bersalah.

" Andrian.. " terdengar suara wanita yang memanggil Andrian dengan nada yang sayu.

Wanita itupun meluru laju ke arah Andrian yang lemah dan masih dalam keadaan orang yang hilang akal.

" Maafkan saya." kata Tan Sri Edward kepada Charles dengan nada yang sedih.

Raja Charles hanya berdiam diri.

" Aku gagal melindungi puteriku buat kali kedua." kata Charles di dalam hati.

Di hospital..

" Makan sikit sayang.." kata Elisa kepada Esmeralda.

Esmeralda kelihatan murung memandang ke arah jendela.

" Makan sikit ya..nanti baby dalam tu lapar juga.. " pujuk Elisa lagi.

Akhirnya Elisa akur dan menerima suapan daripada mamanya.

" Pahit, tawar." itulah yang dirasakan oleh Esmeralda.

Setelah beberapa sudu, Esmeralda meminta diri untuk ke tandas.

" Nak mama temankan? "tanya Elisa dengan lembut.

" Es masih boleh ni. Jangan risau ya. " kata Esmeralda sambil mengukir senyuman.

" Iyalah. Jangan lama-lama tau. Mama tunggu ni.. " kata Elisa lagi.

Esmeralda hanya tersenyum kelat.

Di luar kamar, Esmeralda perlahan-lahan berjalan sambil memegang pautan di tepi koridor hospital.

Sampainya di hadapan tandas. Esmeralda menukar perjalanannya menuju arah lif. Apabila Esmeralda masuk ke dalam lif. Dia menekan butang tingkat paling atas.

Tingkat 21..

Esmeralda kini berada di atap bangunan hospital. Entah apa yang merasuki fikiran Esmeralda sehingga membuatnya ingin membunuh diri.

Esmeralda berdiri di tepian atap yang jika tersilap langkah akan terus jatuh ke bawah.

" Maafkan Es mama, papa, Shey, baby di dalam perutku,.." ucap Esmeralda di dalam hati di ikuti tangisan yang mendayu-dayu.

Esmeralda tidak menyedari ada sepasang mata yang sedang memerhati perbuatannya.

" Dah habis fikir ke?" kedengaran suara garau seorang jejaka keluar dari tempat persembunyiannya.

Esmeralda terperanjat lalu tak semena-mena kaki nya tersepak besi yang berada di hadapannya.

ARGHHHHHHHHH!!!!!

==================================

Hai pembaca setia MASIH ADA SYURGA BUATKU. Terima kasih sebab masih menunggu chapters yg baru setelah sekian lama saya mnyepi. Namun sy harus teruskan penulisan saya sehingga akhir khas buat yg setia menunggu tinta dari saya. Bab seterusnya saya akan reveal the mysterious guy yg akan membimbing Esmeralda ke jalan yg dikehendaki Maha Pencipta. Sama-sama kita nantikan bab seterusnya  ♥️
.
Salam Sayang,
DeLunarFairy 🌙

MASIH ADA SYURGA BUATKU Where stories live. Discover now