"Hello,.."
Ehh, kenapa senyap jerr ni..
"Hello,.."Tuttuttuttuttttt....talian dimatikan.
"Hmm,siapa tu Es?" berkerut dahi Sheila.
"Entahlah Shey, dah biasa dah. Selalu juga dapat call tapi bila diangkat tak ada jawapan. Orang iseng kot." hati Esmeralda rasa tak tenteram.
Tanpa membuang masa Esmeralda menyerahkan handphone nya kepada P.A yang duduk tidak jauh daripada mereka berdua.
"Take this Maria, and please do investigate this number. Hubungi penyiasat peribadi Zack. Call saya bila dapat info. " Maria mengangguk tanda menerima arahan.
"John, bawa skuad satu ikut saya dan Shey shopping." arah Esmeralda kepada ketua bodyguard yang bernama John.
"Perlu ke bawa mereka ni, aku tak kesah tapi rasa rimas sikit lah Es."
"Kau kena biasakan diri lah babe. Sebab kalau tak ada mereka ni..jadi apa-apa kat kita..kau pandai martial art meh?"
"Hehe..okay ma'am, arahan diterima." sambil Sheila menggenggam jari jemari Esmeralda.
"Aku tak pernah bagi arahan kat kau lah, kau lah sahabat aku. My darling. Hihi.." Esmeralda ketawa mengilai-ngilai dan Sheila ikut serta.
Kalau tak pecah satu bangunan ketawa bukan kawan namanya bila bersama. Esmeralda dan Sheila menerobos masuk ke dalam perut kereta yang dari jauh berkilau-kilau yang aku berikan nama Si Velly. Jelas kelihatan nombor kenderaan ES 88 A.
"Eh, harini guna Si Velly ker, tak guna Si Momo?" pertanyaan Sheila mengundang tawa Esmeralda.
"Si Momo untuk kegunaan acara kerabat jerr lah Shey, kalau ikut hati nak guna Si Roro jer..itupun kalau confident jalan seorang."
Si Velly meluncur laju diikuti kenderaan Gran Turismo Racer yang memuatkan empat orang bodyguard peribadi dan dua orang lagi bersama Esmeralda dan Sheila.
Sesampainya di shopping mall, Sheila tergesa-gesa keluar meninggalkan Esmeralda.
"Eh, kenapa kau ni Shey?!" Esmeralda separuh menjerit nama manja Sheila dan ingin mengejarnya.
"Miss, baik tunggu sini jer. Bahaya kalau Miss berkeliaran di mall orang ramai ni." cadang Ray.
Hmm..Esmeralda mengelamun apabila menatap wajah Ray, ya.. My Ex Boyfie. Merangkap personal Driver aku. Mana-mana aku pergi memang bawa Ray.
Memang aku yang suruh semua staf gelarkan aku Miss. Selesa bila orang panggil aku Miss jer..Tak payah nak ber Tengku-Tengku.
Ray sangat professional walaupun kami berdua dah tak ada hubungan apa-apa lagi tapi tetap setia brkhidmat dengan aku.
"Miss,? Are you there?" tanya Ray sambil melambai-lambai tangannya.
Ohh..you are so charming....
Tettttttt.......lamunan terhenti..."Huh,..how is your wife Ray?" aku rasa macam nak hempuk diri sendiri jer tadi.
"Wife I okay jer Miss, thanks to you i got this job. Kalau tak..tak tahu lagi mana saya nak cari nafkah untuk isteri dan baby yang bakal lahir nanti."
"No worries Ray, harap wife you safe delivery her baby. I am happy for both of you."
Toktoktoktok....
Esmeralda nampak jelas Sheila mengetuk tingkap Si Velly menyebabkan perbualan aku dan Ray terhenti.
Tanpa membuang masa Esmeralda keluar dari perut Si Velly.
"Have a great day Miss." Ray menghadiahkan senyuman manis kepadaku dan membalas dengan mengenyitkan mata kanan ku.
"Shey..WTF?! Kau ni kan selalu buat aku lemah jantung." Esmeralda mencebikkan bibir.
"Sorry babe, aku tak tahan dah. Melabur jap tadi. Hehehe.." Sheila menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
"Eee, kau ni..mana-mana pun boleh kan..haha..dah cuci tangan tak Shey?
"Adalah! Nahh.. Hidu ni.. Wangi kan.."Sheila memberikan tangannya kepada Esmeralda.
" Ee.. Busuk lah,.."gurau Esmeralda kepada Sheila.
Esmeralda dan Sheila ketawa bersama.
YOU ARE READING
MASIH ADA SYURGA BUATKU
Romance[ COMPLETED- -] 🔞 🖋️KISAH INI TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP ATAUPUN YANG SUDAH TIADA. CERITA INI ADALAH SEBAGAI HIBURAN DAN PENGAJARAN SAHAJA. ⚠️AMARAN KERAS KEPADA PEMBACA BAWAH UMUR 18 🔞 . Esmeralda meleraikan pelukkan Zachary dan m...